Monday, August 30, 2010

Jijah the series - Episod 1

~~~~~~~~~~~~~


Kisah cinta pertama Jijah a.k.a Enca Nur Qisya Binti Mohd Qalif Dayyan

Kenalkan dulu Jijah atau nama sebenarnya Enca Nur Qisya Binti Mohd Qalif Dayyan. Ramai orang kata nama sebenar Jijah sedap sangat. Secantik orang nya.. very honest, suci dan kudus. Dulu, Jijah tinggal bersama Opah di Tanah Merah, Melaka. Dari kecik sampai la da bersekolah Jijah tinggal dengan Opah. Atuk Jijah bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah di sana.. Jadi malam2 Opah akan tinggal sorang. Papa dan Mama Jijah bersetuju untuk Jijah tinggal di kampung teman Opah. Lagipon Jijah x rasi tinggal di bandar tu. Jiwa Jijah lebih dekat dengan suasana kampung yg damai dan permai ni.. setulus hatinya yg kudus tu.

Papa dan Mama panggil Jijah dgn nama Qisy. Tapi Opah kata susah benau nak sobut nama ekau ni ha... Den panggil ekau Jijah la sonang. So, mulai saat tu Jijah lagi selesa org panggil Jijah dgn nama tu. Lagipon seluruh kampung tu kenal Jijah dgn nama Jijah.. Kalau sebut nama Enca Nur Qisya.. semua org akan terpinga2. Haha..

Lepas Opah meninggal, Jijah tinggal dgn Papa dan Mama di Kuala Lumpur. Nilai2 ayu dan sopan Jijah di kampung masih dikekalkan. Jijah tak sewenang2 nya senang untuk terpengaruh dgn budaya hidup di bandar. Jijah terkenal dgn sifat ramah dan peramah dia di sekolah. Ramai yg senang berkawan dgn Jijah. Bagi mereka..Jijah cantik secantik nama nya. Namun Jijah bukan la seorg yg mudah lupa diri dgn pujian. Malah, jika ada lelaki yg ingin mendampinginya untuk menjadi teman istimewa..Jijah menolak dgn hikmah. Baginya..dia disini untuk mencari ilmu demi mencapai cita2. Dia masih ingat pesan Opah.. Baik2 berkawan, jgn terpengaruh dgn budaya yg tak elok, belajar tinggi2 dan cari kerja elok2.. lepas da berjaya capai cita2..baru lah mencari cinta. Akhirnya, berkat usaha gigih, Jijah berjaya melanjutkan pelajaran di sebuah Universiti tempatan.

Masa Jijah baru2 masuk University dulu, Jijah ada kenal dgn sorang mamat ni melalui chatting..Ape salah nye berkawan kan.. At least boleh bertukar2 pandangan dan saling memberi semangat. Jijah suka berkawan dgn dia kerana bagi Jijah dia bukan lelaki yg tipikal. Dia mempunyai cita2 tinggi dan wawasan hidup serta jati diri yg kuat. Seperti lelaki lain yg dia selalu jumpa..baru kenal sekali, da ajak berjumpa, bercinta dan sebagainya. Dia lain. Topik perbincangan mereka sering tertumpu pada soal study, life di universiti.. bertukar2 cerita tentang Universiti masing2. Paling tidak, kedua2 mereka suka berbahas tentang satu2 topik seperti isu semasa dan sebagainya.

Temb nama dia. Temb belajar di salah sebuah University tempatan juga. Walaupon Temb bukan satu university dgn Jijah, and bukan sama course, tp lama2 kawan melalui email, Jijah rasa selesa berkawan dgn Temb. Temb selalu memberi semangat pada Jijah untuk terus berjaya dlm pelajaran dan hidup. Jijah juga bukan la jenis yg senang nk percaya pada lelaki..lebih2 lagi bila kenal melalui internet kan..So, Jijah x kasi no HP dia masa tu pada Temb. Jual mahal la..walaupon seposen x laku..haha.. Jijah sangat gembira kerana mempunyai rakan cyber yg baik seperti Temb.

Lama jugak la Jijah dan Temb berhubung melalui email. Berbalas kabar dan bertukar2 cerita pasal study masing2. Time susah senang ketika jadi mahasiswa nk exam la, assignment la, kuiz, presentation dan termasuk juga bertukar2 cerita pasal aktiviti2 yg Jijah dan Temb sertai semasa study. Dua2 pon sorang yg aktif..tak dinafikan..bila kawan dgn Temb, Jijah rasa ada semangat nk blaja. Temb pon rasa mcm tu..Sejak kenal dgn Jijah, result piksa Temb pon makin bagus. Mungkin sebab selalu dapat kata2 semangat dari Jijah dan begitu juga sebaliknya..Mereka saling mencabar antara satu sama lain untuk mendapat result yg bagus. X sangka lepas setengah tahun lebih berhubung melalui email, baru la Jijah kasi no HP dia pada Temb. Itu pon Jijah kasi melalui email secara runcit2..satu email, satu nombor dia kasi..

Hehe..Boleh dikatakan hari2 Jijah dan Temb berbalas email. Tanpa jemu..malah tiap2 hari Jijah dan Temb x sabar2 nk tunggu email masing2.Setelah dapat no HP, Jijah dan Temb pon bertukar medium perhubungan, kalau dulu selalu berhubung melalui email j..now da boleh dengar suara. Sekarang mereka lebih kerap berhubung melalui telephone dan sms pulak. Tp masih x nampak wajah memasing. Pelik..perkenalan tanpa wajah dan suara lebih dari setengah tahun..kemudian dengar suara tp x nampak paras rupa..selama beberapa bulan berikutnya. Nampak sangat perhubungan derang ni unik kan. x mcm zaman sekarang, yg berlandaskan rupa paras dan harta..derang mmg ikhlas berkawan. Kata Jijah pada Temb..dia sengaja xnk kasi no Hp cepat2 supaya Temb tau nk dpt sesuatu yg elok dan baik tu, memang susah. Then, bila da bersusah payah nk dapatkannye..ia akan lebih dihargai..Temb pon setuju dan x mendesak. Satu sikap Temb yg Jijah puji and suka sangat..iaitu, Temb respek pendirian Jijah yg memang susah nk rapat dgn mana2 lelaki pon. Lebih2 lagi dgn orang yg dia x berapa kenal. Bagi Jijah pulak, dia lebih selesa berkawan begitu dgn Temb..sbb dia rs lebih bebas nk berkongsi cerita ape saje dgn Temb.Sbb Temb bukan kenal dia siapa..kalau berselisih bahu pon mesti x kenal.So, dgn Temb dia boleh jd diri sendiri.Seperti juga Temb..sedikit sebanyak, Temb cuba2 membayangkan rupa paras Jijah melalui suara dan atitude jijah yg dia kenal selama ini.

Tak lama lepas tu mereka pon bertukar gambar sebelum berjumpa buat kali pertama.. Jeng jeng jeng..

Okey...sambung episod akan datang pulak.

No comments: