Wednesday, September 1, 2010

Jijah the series - Episod 2

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hari bersilih ganti.. semester demi semester.. lama2 kenal, mereka pon bertukar2 gambar. Temb memanggil Jijah dgn panggilan manja Deq Ja. Manakala Jijah pula memanggil Temb dgn panggilan Abang kerana faktor usia mereka yg berbeza. Lagipon mereka sudah rapat seperti abang dan adik. Temb kata dia mahu panggil Jijah dgn satu panggilan yg berbeza dr orang lain...

Dan akhirnya bila da serasi, Jijah mengajak Temb datang ke satu event di Universitinya. Kebetulan pada masa tu Jijah mewakili persatuannya untuk membuat persembahan di malam penutup event tersebut. Temb pon beria2 untuk datang memberi semangat pada Jijah. Dan mlm tu mereka pon berjumpa la buat pertama kali nya. Tp ironi nya..x sikit pon ada rasa janggal untuk berjumpa pertama kali dgn Jijah. Mungkin sbb da lebih setahun berkawan. Walaupon x pernah jumpa..tp da rasa selesa & mesra bersama..xde rasa kekok.Rasa seperti berjumpa dgn kawan lama..

Mlm tu Temb rasa sungguh gembira sekali.. untuk pertama kali nya melihat Jijah yg sungguh ayu berbaju kurung moden warna putih dgn corak abstract hijau pucuk pisang dan bertudung manis. Sesuai dgn warna kulitnya yg mulus kuning langsat serta perawakan nya yg lembut tapi tegas. Bagi Temb, Jijah seorang wanita yg berkarisma. Ada pendirian dan tegas dgn pendirian nya. Malam tu mereka tidak berdua.. Jijah mengajak rakan baiknya Mya Zara untuk menemani mereka. Bagi Temb, Jijah wanita sempurna. Tiada yg lebih indah selain melihat Jijah tersenyum da ketawa. Riang tawanya sungguh memukau. Mulai dari saat itu..Temb menaruh hati pada Jijah.. tp dia masih belum bersedia untuk berterus terang.

Lepas dua tiga kali perjumpaan, maklum la..masa tu zaman student. Temb blaja di UITM, Jijah pulak di KL. So, jarak jauh la jugak. Keadaan ekonomi pon x berapa banyk untuk berjumpa selalu..jadi lepas perjumpaan 2-3 kali tu..hubungan mereka pon semakin rapat. Time ni Temb da berani nak mengusik dan bergurau2 dgn Jijah soal hati dan perasaan. Jijah pon seperti rela.. ;P Masa ni..hati masing2 sudah terusik..tp xde siapa nak mulakan dulu. Temb takut nk berterus terang dgn Jijah..alasannye..takut nnt boleh rosakkan hubungan baik mereka selama ni.Jadi, Temb simpan j perasaan dia terhadap Jijah dalam hati.Bak kata ...KU PENDAM SEBUAH PERASAAN la.. Sambil2 tu..Temb tidak putus2 untuk memberi hint pada Jijah..tentang perasaannya terhadap gadis istimewa itu, cuma Jijah tetap pura2 x paham. Adoii...keras hati betul si Jijah ni.

Sehingga lah di suatu hari, Temb mendapat surat sambung belajar di Luar Negara. Oh, lupa nak cerita..masa derang baru2 kenal, masa tu, Jijah sedang mengikuti khursus Ijazah, manakala Temb sedang ambil diploma. Jadi, atas dorongan Jijah dan usaha keras Temb selama ni..akhirnya permohonan Temb melanjutkan pelajaran diluar negara tercapai. Jijah sedih campur gembira..sbb perasaan dia baru nak berbunga2, da nak kena tinggal pulak. haha..tu la Jijah, sape suruh jual mahal sangat. Dalam pada itu, Jijah tetap menggalakkan Temb untuk mengejar cita2 nya. Bagi Temb, dia turut merasa kehilangan "sesuatu". maklum la..da biasa bersama. Sebelum Temb pergi melanjutkan pelajaran..

Temb rasakan inilah masa terbaik untuk dia meluahkan isi hatinya pada Jijah. Tambahan pula dia tidak rela kehilangan insan yg sangat istimewa itu dari hati nya. Jijah pon menerima dgn hati yg terbuka. lagipon Jijah mana ada kawan rapat selain Temb. Mereka pon berjanji untuk menjaga hubungan itu sebaiknya. Dan berdoa semoga tiada siapa antara mereka yg berubah dan hubungan ini mesti berteraskan kepercayaan. Walaupon berat hati..Temb tetap melangkah pergi demi mencapai cita2.

Pada hari terakhir sblm berangkat, sempat la Temb dan Jijah meluangkan masa bersama petang hari nya. Jijah temankan Temb menguruskan urusan dia untuk bertolak pada mlm hari nya. Dari urusan Visa, tiket, duit dan sebagai nya. Berat rasa hati Jijah tatkala melihat Visa dan tiket Temb pada masa itu. Walaupon perjumpaan singkat tu sangat sekejap..tetap mereka rasa itu la saat paling manis dlm perhubungan mereka. Masa nk balik tu dlm LRT, orang pon x ramai..Jijah tgk muka Temb..lama. Rasa macam xnak lepaskan Temb pergi. Rasa seperti hubungan mereka baru nk bermula.Tp suda kena berpisah. Temb pon rasa benda yg sama. Sehingga dua2 pon sepi. Diam seribu bahasa. Walaupon dalam hati..ada macam2 benda nak cakap.. rasa macam banyak lagi benda x terluah and belom cakap. Xtau mana nk start dulu..

Akhirnya..sampai kesudah..dua2 diam tanpa kata..mereka hanya bermonolog dalam hati.

Mcm dlm cerita Ninja Assasin tu.. Huhu..

Malam hari, Jijah serta rakan baik nya Mya pegi menghantar Temb di KLIA. Sempat la bersembang sekejap dgn family Temb. Ramai juga rakan2 Temb yg menghantar Temb masa tu. Jijah buat muka happy j sbb xmo kasi Temb sedih. On the way balik tu,menitis juga air mata Jijah.. Temb call lagi Jijah waktu dlm waiting room sbb dia tau Jijah sedih sbb Temb pergi. Sblm dia off HP untuk naik flight dia xmo Jijah sedih2.. Antara nasihat2 Temb untuk Jijah sebelum berangkat,

Jaga diri baik2,doakan kejayaan dia dan jgn lupakan dia..jgn sedih2.. Dia juga ckp dia sayang pada Jijah dan berharap Jijah jaga hubungan mereka baik2. Teruskan perjuangan mencapai kejayaan dan cita2..

Dengan berbekalkan semangat Jijah serta memori indah bersama Jijah..Temb terbang kenegara orang.. Untuk masa hadapan..

"Adeq Ja, abang love you..please take care of yourself for me.."

" I will...abang.. you take care of yourself too. Adeq will miss you very much. "

" Promise dgn abang.. adeq kena study rajin2 dan jaga relationship kita baik2. Dont forget to keep in touch wif me. Promise key.. Gonna miss you too Deq.."

Adeq "Nodded and Cry.. "

To be continue..

No comments: