Wednesday, September 1, 2010

Jijah the series - Episod 3

~~~~~~~~~~~~~~~

Sampai2 j di sana..Temb terus call Jijah. Inform yg dia sudah selamat sampai. Dan bakal menguruskan tentang tempat penginapan dan urusan Kolej disana. Jijah happy sangat dengar suara kekasih hatinya diperantauan..Itu lah pertama kali nya Temb menjejak kan kakinya di negara orang. Nasib baik student2 Malaysia yg berada disana sangat friendly dan baik hati. Mereka sedia membantu apa saja keperluan pelajar baru seperti Temb.

" Adeq, abang da sampai.. tp abang x boleh bercakap lama dgn adeq sbb abang pinjam telephone kawan disini. Tolong call parent abang dan beritahu mereka abang da selamat sampai disini. Semua baik2 sahaja.. Nnt, setelah selesai segala urusan kolej dan rumah sewa disini, abang akan call adeq lagi ya. Luv u adeq.. bye "

Lega hati Jijah dapat mendengar suara Temb setelah 8 jam berlepas.

Sambil2 tu..hati Jijah tetap risau. Maklum la..kekasih jauh nun disana. Risau keadaan study, perubahan cuaca, makanan tempat tinggal. Dalam hati Jijah sentiasa berdoa supaya kekasih hatinya itu baik2 saje ditempat orang.

Esok nye..Jijah dapat email pertama dari Temb. Temb bagitau Jijah dia sudah dapat tmpt tinggal. Cuma urusan pendaftaran universiti nya masih belom selesai.. Namun semuanya dalam keadaan baik2 sahaja.

Begitu la mereka hari2 yg berikutnya. Jijah dan Temb saling berhubung melalui email, skype, chatting dan sebagai nya seperti masa mereka mula2 kenal dulu. Semua benda dan setiap perkara mereka akan kongsi bersama. Hari2 pasti akan ada email untuk mereka berdua. Apa sahaja yg berlaku pada diri masing2 pasti akan diceritakan. Kadang2 Temb akan call Jijah untuk melepaskan rindu. Dalam seminggu 3 kali Temb akan call kalau dia x busy. Perbezaan masa kadang2 buat mereka susah nk berhubung melalui telefon atau melalui chatting. Namun ia tetap tidak menjadi masalah buat mereka berdua. Malah mereka tetap rasa lebih dekat dengan diri masing2. Cuma perasaan rindu sahaja yg makin menebal. Kan lebih baik jika mereka saling bercinta dgn lebih awal. Maka tidak la mereka merasakan sakit rindu seperti sekarang. Apabila hati masing2 sudah tersentuh..mereka pula terpaksa dipisahkan oleh dua benua.

Sehinggakan Jijah membuat kompilasi resepi untuk kekasih hati yg jauh diperantauan. Bagi Temb..selain masalah sukar mendapat makanan halal ditempat orang..masalah ekonomi juga menjadi salah satu sebab mengapa dia harus memasak sendiri disana. Jadi Jijah sediakan senarai resepi mudah " cooking for dummies" untuk Temb ikut. Jijah buat dgn begitu terperinci sekali supaya Temb mudah ikut. Tanpa disangka..lama2 temb sudah mahir memasak dan juga boleh mempelbagai kan resepi mengikut bahan2 yg ada.

"Abang memang terang hati..mudah belajar dan cepat dapat apa yg dipelajari.. adeq bangga dgn abang " kata Jijah suatu hari ketika Temb menelefon nya.

" Mesti lah Adeq...tgk la sape yg ajar abang sampai pandai " balas Temb

" Tp...adeq x pandai masak lasagna mcm yg abg buat tu..tengok gambar pon da kenyang.."

" xpe..nanti lepas kita kawen.. biar abang masakkan Lasagna special untuk Adeq. Nnt abang masak dgn penuh kasih sayang untuk buah hati abg ni ye. " usik Temb

" Eh, sape yg nak kawen dgn abang? x malu..Hehehe.." balas Jijah jual mahal.

"Ooo...nakal ye. Yelah.. sape la yg nak kawen dgn abang kan..orang da x sudi.. "

Pada musim perayaan, Jijah akan menghantar baju melayu untuk Temb. X sampai hati mengenang kekasih hati menyambut raya di perantauan tanpa baju baru. hehe.. Temb juga selalu menghantar hadiah2 istimewa untuk Jijah. Selain itu, Jijah juga menolong Temb untuk mengisi organizer jadual harian, jadual kelas hinggakan bajet kewangan Temb disana. Semua Jijah tolong uruskan. Bukan nya Temb tidak tahu buat sendiri..tapi Jijah yg beria2 nk tolong buah hati. Kira mcm PA jarak jauh la.. Dgn itu juga...sedikit sebanyak, Jijah tahu aktiviti Temb disana.. keadaan ekonomi dan sebagainya. Hubungan mereka juga semakin lama semakin baik dan Jijah dan Temb rasa sangat bahagia sekali.

Bila sudah stabil disana, Temb mengambil keputusan untuk berkerja part time disana. Sedikit sebanyak dapat membantu menjana ekonomi dia. Nak harap duit pinjaman semata2 memang x cukup. Ramai juga student2 Malaysia yg bekerja sambilan disana untuk mendapat pendapatan tambahan. Setelah dibincangkan dan dipersetujui bersama.. Temb pon mula la berkerja secara sambilan disana. Apepon, pelajaran tetap diutamakan.. Itu janji Temb pada diri sendiri dan juga pada buah hati dan keluarga. Jijah juga percaya Temb boleh lakukan dua kerja dlm satu masa. Bagi Jijah, Temb seorang yg berwawasan tinggi. Jijah hanya mampu memberi semangat dan diiringi doa yg x putus2 buat sang teruna idaman nya itu..

Semoga Allah permudahkan segala urusan abang disana.. Amin..


To be continue lagi..

No comments: