Wednesday, September 1, 2010

Jijah the series - Episod 4

~~~~~~~~~~~~
Suka duka Deq Ja dan Abang....

Setelah 2 tahun Temb diperantauan..Banyak pengalaman dan cerita yg dapat mereka kongsi.. Temb juga berpeluang melawat beberapa tempat2 menarik serta melawat beberapa negara berhampiran. Seperti biasa..segala2 nya akan dikongsi bersama Jijah. Saat itu sungguh manis sekali.. Mereka berdua tidak sabar2 untuk menghabis kan pengajian dan bercinta seperti pasangan lain. Seperti kata Opah, capai cita2 dan carilah cinta selepas itu.. Sekarang mereka sudah menemui cinta mereka. Cuma..mereka harus mengutamakan pelajaran terlebih dahulu demi cita2 dan demi masa hadapan bersama. Mereka tidak mahu seperti kata pepatah..yg dikejar tak dapat..yg dikendong berciciran.

Masuk diakhir tahun ke dua..hubungan mereka menjadi renggang sedikit.Maklum la..semakin hari semakin sibuk dgn urusan pelajaran dan kerja. Jadual waktu blaja Jijah juga sangat padat.. Jijah pula ditahun akhir masa tu. Temb pula sudah masuk tahun kedua Ijazah. Jadi, banyak project2 dan assignment perlu disiapkan. Faktor perbezaan masa antara Malaysia dan UK selama 8jam sedikit sebanyak merenggangkan hubungan Temb dan Jijah. Jika waktu Temb siang, maka Jijah pula sedang lena dibuai mimpi..begitu juga sebaliknya. Dan kesibukan mereka dlm pelajaran juga menjadi salah satu faktor untuk mereka jarang berhubung. Selain itu..Temb juga harus bekerja sambilan selepas habis class. Dalam waktu2 yg terhad itu sempat juga Jijah dan Temb berbalas email.. Masa itu juga lah Temb harus bahagikan untuk rehat dan untuk menyiapkan project study nya. Akibat dari kekangan masa dan kesibukan hari..email2 juga sudah tidak semanis dan semesra dulu. By this time, mereka hanya update benda2 penting sahaja. Namun mereka berdua tetap saling memahami dan memberi perangsang untuk menumpukan pelajaran. Temb faham keadaan Jijah di semester akhir.. Jijah juga perlu menjalani latihan praktikal selama satu semester. Disamping itu Jijah juga banyak assisment dan presentation yg perlu disiapkan.

Boleh dikatakan..perhubungan mereka berdua menjadi sedikit dingin pada saat ini disebabkan oleh tuntutan study dan keadaan pada masa tu. Mereka berdua sedar akan keadaan itu.. Tp masing2 berteraskan kepercayaan. Kejayaan harus digapai bersama.. itu janji mereka dari mula lagi.

Lebih mengharukan, di tahun akhir Temb di sana, Temb menyatakan hasratnya untuk menyambung Visa dan mencari pekerjaan disana.

Jijah pula sudah tamat pengajian Ijazahnya dan diterima bekerja disebuah syarikat swasta yg agak besar di KL. Hasrat Temb untuk melanjutkan Visa, sedikit sebanyak membuat hati Jijah sedikit kecewa. Dia merasakan hubungan mereka akan menjadi semakin jauh jika Temb terus bekerja disana. Dlm hati nya...tidak kah Temb ingin cepat pulang ketanah air untuk berjumpa dgn nya? tidakkah Temb ingin selalu berada dekat dengannya? Tidakkah Temb merinduinya sebagaimana rindunya terhadap Temb yg sangat tebal dan mendalam itu? Sedang dia sudah berkira2 untuk memulihkan hubungan antara dia dan Temb yg semakin renggang sejak akhir2 ini. Jadi, pada perkiraan nya..selepas tamat tahun akhir dan dapat pekerjaan yg baik, Temb pula akan pulang ke tanah air dan tamat pengajian, jadi mereka boleh bersama2 memulihkan hubungan yg kian jauh itu. Jijah pula berkira2 untuk mengajak Temb sama 2 mencari pekerjaan di KL supaya mereka dapat berjumpa dgn lebih kerap, melepaskan rindu dan menjalin hubugan seperti orang lain.

Demi untuk masa hadapan Temb. Jijah merestui..apa yg Temb rasakan baik untuk masa hadapannya, Jijah doakan yg terbaik saja untuk Temb. Ada juga Jijah terfikir untuk menyambung pelajaran di tempat Temb. Jadi mereka boleh bersama2. namun jenuh Jijah apply pinjaman serta biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di tempat Temb, namun masih belum ada rezeki, malah terus dapat pekerjaan. Jd jauh di sudut hati Jijah.. Jijah tidak menyimpan ape2 harapan yg tinggi pada hubungan itu. Dia tahu hubungan mereka kian dingin dgn kesibukan, malah Temb seperti melarikan diri lebih jauh dari dirinya. Jijah berasa jauh hati dgn Temb ketika itu..malah disudut hatinya masih mengharap agar permohonan nya untuk melanjutkan pelajaran ke tempat Temb berhasil. Temb juga sangat senang hati apabila mendengar hasrat Jijah untuk sambung belajar dan berada dengan nya.. Cuma belom ada rezeki lagi..

Bagi Temb pula..hubungan dia dgn Jijah samakin hari dia rasakan seperti hubungan sahabat sahaja. Tidak tau kenapa dan dimana silapnye..perasaan sayang dia pada Jijah dirasakan seperti sayang seorang abang kepada adik. Perasaan cintanya terhadap Jijah semakin pudar..didalam hati nya..sedikit tertanya, adakah Jijah pon turut merasakan apa yg dia rasa? Kerana setiap kali dia bergurau tentang impian perkahwinan bersama Jijah, Jijah pasti tidak respon. Alasan Jijah..dia mahu mereka berdua fokus tentang pelajaran dahulu sebelum memikir soal kawen. Temb Faham dan hormati pendirian Jijah itu. Tp lama kelamaan dia berasa seperti bertepuk sebelah tangan. Dia beranggapan, Jijah tidak menganggapnya seperti kekasih. Saat dia menyatakan hasrat untuk menyambung Visa, jauh disudut hati berharap, Jijah akan menghalang atau merajuk..setidak2nya..Jijah memujuk dia untuk kembali ketanah air supaya mereka boleh kembali bersama seperti pasangan kekasih yg lain..Tetapi sebaliknya..Jijah hanya bersetuju. Dia juga turut rasakan hubungan mereka yg berada di semester dingin. Lebih2 lagi Jijah sudah mempunyai pekerjaan. Mungkin Jijah sudah bosan berhubungan jarak jauh dgn nya..

Jijah pula sudah menjadi wanita berkerjaya di salah sebuah syarikat swasta terkemuka. Mungkin dia sudah berjumpa dgn org yg lebih baik dr dirinya..Demi sayang nya kepada Jijah, dia mahukan segala yg terbaik sahaja buat buah hati nya itu. Padanya..jika Jijah sudah bertemu insan yg lebih baik dan lebih segalanya dari dirinya..dia rela lepaskan Jijah.

Oleh itu..perlahan2 dia lepaskan Jijah.

Huhuhu..ok bersambung..

No comments: