Friday, September 4, 2009

Kisah Satu Cerita : Curik line Public Phone..


Pernah curik line tak? ini satu pekerjaan yang sangat thrill tau. Hormon adrenalin bagai dipam-pam ke seluruh anggota badan. Aku pernah buat dengan kawan-kawan seperjuangan waktu di matrik dulu. Maklumlah saat-saat ketidakadaan kredit tuh, membawa kepada ketidakseimbangan pemikiran kami. memandangkan kami mempunyai teknik tertentu untuk mencurik line dari public phone, maka kami pun mula beroperasi.

Bermula dengan public phone pertama, kami bertukar-tukar giliran buat call. Bergayut dari pukul 1 sampai 4 pagi. Esok malam pun buat perkara yang sama. tapi kali ni public phone kat blok tu buat hal. So kami pun pindah ke public phone blok sebelah. Public phone tu sebelah dengan pondok security guard. Mak Guard kat situ pulak garang gila. Kalau student lambat masuk kolej pd waktu yg tlh ditetapkan, dia takkan bagi masuk.Sama la kalau student p'puan yg pakai baju x m'ikut attire yg betol. Hah mampuslah kau berdiri kat luar sambil tersengih-sengih tahan malu. Silap2 aribulan..kene bayar 'fine' lagi..

Tapi satu malam tu kami silap langkah. Kami pergi ambush public phone yang sedikit canggih. Bila kami masukkan je device untuk curik line tu, serta merta telefon tu keluarkan bunyi siren. Siren macam kereta peronda polis tu...Giler panic. Hampeh betul telefon tu. Ape lagi, kiteorang pun lari bertempiaran la. Yang bestnya kiteorang semua lari arah berlainan. Konon-konon berpecahlah. Tak mahu ditangkap secara beramai-ramai lah kononnya. Kami semua bukak langkah macam pelari pecut 100 m olimpik tuh. Tak cukup tanah kami lari tahu.Mase tu jantung aku berdetak lebih kencang seperti genderang mahu perang. Tapi kami memang lucky lah cozt tidak tertangkap. Tu yang buat lebih thrill kerana tidak tertangkap.. kah kah kah. Kalau tertangkap, itu bukan thrill lagi..itu..ahh, pandai2 la korang sambung sdr.

Tapi serius memang syioklah curik line tu. Tepon orang secara percuma tahu. Berjam-jam pun takpe. Device nya cuma duit 5sen. Itu je. Dan kadang2 perlu juga pembaris besi utk menjolok kuar duit 5sen td.Sbb esok bleh guna lg. hak hak hak..mudah bukan?

Tapi tu dulu..sekarang aku baik..baik gila. .kalah korang semua tahap kebaikan aku.Serius..!!
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Little Lizzy's Note : Telefon berjam2 scr percuma?? telefon siapakah? But but but...agak2 da bape tahun aku x gune public phone ek???

No comments:

Post a Comment

Nota kaki kamu kamu