Monday, February 22, 2010
Roarrrrr..!!
~~~~~~~~~
Bnyk hari x update blog ni...so, bnyk menda nk cerita n story mory..
tp yg satu ni..cerita smlm yg kesal & penuh kecewa..
Mungkin besar sangat harapan kami sekeluarga buat dia..sampai x mampu untuk digalas.
Mungkin berat benar kot dugaan yg harus dia tempuh di sana..sampai akhirnya mengaku tewas.
Mungkin dah habis usaha kot dia..siang malam berusaha keras untuk mentelaah..sambil bertawakal kpd Allah..sampai akhirnya putus asa..
Mungkin da habis semua kitab2 yg dibeli itu dibaca, di hafal...tapi tetap mengecewakan..
Atau mungkin dia sudah cukup dewasa sekarang..sbb da boleh buat keputusan sendiri untuk masa depan dia.
Kami sekeluarga selalu berharap dia berjaya menempuh pelbagai cabaran semata untuk mempastikan dia jadi pejuang yang berjaya..
Menempuh dan mengalami erti hidup yg sebenar. Fikirkan sedalam mungkin apa arah hidupnya..
Sematkan kedalam jiwa azam kental yang jitu..Kerna hidup ini bukan untuk bersuka ria..
Tetapi ada tujuan dan matlamat yang telah tersedia untuk di terpa
Gelombang kehidupan itu kadang-kala kecil, kadang-kala besar. Kita akan ditimang gelombang pada sepanjang kehidupan kita. Oleh itu, janganlah kita takut dan bimbang kerana kita akan timbul selagi kita berpegang kepada agama Allah.
Dalam menggarap kejayaan, kita seharusnya tidak cepat berputus asa. Bayi yang baru belajar berjalan biasanya kerap terjatuh. Tetapi ia akan berusaha untuk bangun dan berjalan kembali. Orang dewasa yang ingin memajukan dirinya perlu mempunyai jiwa seorang bayi. Jangan sesekali berputus asa dalam mengejar impian. Kakak mu ini berharap dgn sangat banyak..kamu di sana tetapkan matlamat..setting kan balik goal..dan terus lah berjuang.
Mungkin dia tidak ingat betapa gembiranya Ayah dan Ummi dan seluruh keluarga atas kejayaan-kejayaan dia yang lampau. Lantaran itu, kembalikanlah semangat yang berkobar-kobar itu kerana dia tentu tidak sanggup menyerahkan kegagalannya terhadap Ayah & Ummi yang telah banyak berkorban buat dia. Ingatlah..pengorbanan Ayah & Ummi akan jadi manis hanya jika dia berjaya. Biar berhabis duit..bergadai harta..asalkan melihat dia berjaya.
Jadi..kembalikan lah semangat kamu..pulanglah sambil diiringi senyuman dr Ayah dan Ummi.. jangan lah pulang sambil membawa secebis duka dihati mereka.
p/s
This is it
For Better AND For Worse
not "OR"
Thats all I'm asking.
No comments:
Post a Comment
Nota kaki kamu kamu