~~~~~~~~~~~~
1) Laman social Facebook. Sume orang mesti ada account facebook. Mak , ayah, mak cik, pak cik, atok, nenek malah baby yg baru lahir pon ada akaun facebook. Laman social ini semacam trend zaman sekarang untuk komuniti bertukar2 cerita dan tahu perkembangan masing2 through it. Hebat..sampaikan menu mkn malam untuk sekian2 hari pon akan di update di laman ini.
Jadi, kalau mahu berita2 terkini dan sensasi rakan atau saudara mara, sila lah mempunyai akaun facebook ya.
Jangan hairan lah kalau anda tidak dapat kad kawen rakan2 kerana kebanyakan nya hanya jemput melalui facebook. Wahh... E-Jemput tau.. Jimat!! Untuk sesiapa yg x rajin bukak facebook atau hanya boleh melawat rangkaian itu pada waktu bekerja, amatlah simpati. Sbb anda mungkin akan ketinggalan bnyk perkara terutamanya bila ada diantara komuniti anda baru saje menukar status drpd "single" to 'in a relationship" untuk dua hari lepas..dan pada hari ini status bertukar lagi kepada " its complicated". hahaha
2) Mengambil gambar ber-gallon banyaknya ketika keluar bermadah cinta sama kekasih. Lokasi kegemaran photoshoot temasuklah pusat membeli-belah ternama, di dalam panggung wayang sementara menunggu filem Alice in The Wonderland ditayangkan, dan restoren makanan segera. Tak dilupakan juga lokasi wajib iaitu dalam kereta proton/perodua/honda kepunyaan kekasih atau mak ayah kekasih.Ohh...x lupa jugak semasa sesi bergambar harus tunjukkan betapa akrab n romantik nya anda bersama pasangan. Biar satu dunia tahu anda memang pasangan bahagia alaf baru. Hohoho..
Kamon lah..kalau korang da kawen, I x berapa nk kisah sangat. Buat lah mcm mana pon kan. Nak nak lagi pasangan yg baru j kenal 2-3 minggu..tau2 da upload gambar konon romantik la sangat. Lepas tu, x sampai beberapa bulan, dengar2 u da x kawan lg pon dgn pasangan u tu..what a cheapskate..
Paten foto merangkumi foto yang diambil menggunakan angle yang senget (kamera condong 45 darjah), foto seakan-akan candid atau separa candid (lakonan palsu memang jelas), foto diambil daripada posisi yang sama tapi berbeza dari segi hasil juihan/muncungan bibir, foto bercermin mata gelap di waktu malam, tidak dilupakan untuk buat muka yg comel or cheeky face, dan sebagainya.
3) Kamera DSLR ialah satu trend. Di mana-mana saja berpeleseran penggemar DSLR, ke hulu ke hilir bersama kamera yang bergantungan di leher. Sesetengah daripada mereka adalah mereka yang betul-betul jurufoto sejati, whilst the rest are those who can only operate the camera using the Auto mode. Orang sebegini biasanya terdiri di kalangan pelajar sekolah yang berjaya menghabiskan duit mak ayah untuk membelikan mereka gajet sempena keberjayaan mendapat 7B dalam peperiksaan percubaan PMR. Yes, x kurang juga species yg sudah berkerjaya tp mahu pendapatan sampingan dgn bermodalkan DSLR. Khabarnya ramai freelance photographer mendapat pendapatan lumayan hanya sekadar menjual seni. Tak kisah la walau hakikatnya kamu x pernah ambil peduli pon pasal seni atau teknik2 gambar sblm ni. Yg penting ada DSLR.
Lagipon..now kan we boleh beli DSLR secara installment or easy payment. Nahhhh..masing2 x mahu lepaskan peluang la. Yg penting..tokey kedai kamera jugak yg kompem2 akan kaya raya. hehe Harga satu kamera bukan alang2 murah. Makan 3-4K juga..itu belom masuk other accessories lagi. Maklum la..kalau mahu jadi freelance photographer, harus ada peralatan yg lengkap bukan?
Paten foto macam usual suspect. Depan cermin bilik air pusat membeli-belah. Extra mark diberikan untuk pautan bibir dalam setiap gambar. Ada juga yang gemar bergambar dalam fitting room or bergambar x mahu tgk kamera ala2 candid terancang gitew. Ikut suka you lah bai.
4) Trend filem melayu skarang, bila terbitkan movie..mesti lepas keluar lah pulak cerita drama bersiri dari filem tersebut. Jgn pandang belakang the series la..remp-it la..evolosi drift, dan yg terbaru adnan sempit the series. Best sangat kot cerita tu sampai harus di bikin drama susulan. Peten jalan cerita.."lebih kurang". kalau ade org buat cerita pasal lumba motor mcm KL menjerit..x lama lepas tu, ada la pulak keluar cerita pasal lumba kereta, nak lagi nampak hebat tukar la sket perkataan mat rempit tu kepada Remp-It. And kalau da kering idea sangat buat jugak la cerita lumba motor mat rempit jugak. Alang2 aura rempit masih ada..tp harus la ubah sikit jln cerita supaya x nmpk copycat..biar hero rempit yg jiwang ada hati nk ngorat bos yg cantik jelitawan. Dlm hati ada taman n bla bla bla.
X pon cerita klise mcm dalam drama cerekarama tv3..but now u have to pay rm10 plus pop corn n air pepsi untuk tgk cerita tu kat panggung. Tak kurang juga kalau ade saje producer yg buat cerita hantu mcm Pontianak Harum Sundal Malam..ada la pulak nanti producer2 lain tumpang tuii, buat jugak lah cerita hantu..Jgn pandang tepi la...pandang langit la..Nak improvise mesti lah guna tajuk mengancam. Biar buat org tertanya2 mcm susuk la, congkak..haa...kalau da kering idea sangat, alang2 aura hantu pulak tgh "in" masa tu..buat j la cerita mcm "jgn pandang belakang congkak". Gasak la ko kan..nak jugak cerita hantu. Yg x berapa teror buat cerita seram boleh ikut abg mamat khalid buat cerita Zombie Kg Pisang. Abis cerita.. yg penting ramai gak yg penuhkan panggung. x gitu??
5) Reunion. Di mana-mana sahaja, pantang bertemu dengan kenalan lama, perkataan reunion pasti keluar. Bila nak buat reunion? Ajak budak-budak lain sekali.
Yes, reunion is a trend now. Even to kids who have just finished their SPM. Who cares if you have only left school for 3 freaking months? Semangat rindukan zaman persekolahan perlu dipupuk sedari awal lagi.
Lokasi kegemaran reunion? Restoran mamak, restoran makanan segera, pusat karaoke ternama atau tidak, dan sebarang tempat yang menyediakan makanan. Kamera compact dan DSLR tak mungkin dilupakan. Memori sebegini harus diabadikan. Paten fotografi seperti nombor (2) jatuh dalam kategori wajib. Bukan camwhoring lah, sekadar mencipta memori untuk kenangan hari tua.
6) I-phone and blackberry. Sudah mcm trend atau satu kewajipan untuk memiliki gajet ini. Lebih2 lagi bila kamu boleh update laman social seperti Facebook via this gajet. Hebat bukan? Sape2 pon boleh ada i-phone and blackberry walaupon function yg digunakan hanya untuk sms, call, main game ohh tidak dilupakan untuk tangkap gambar dan meng'update' facebook. Penting sekali untuk memastikan farmville kamu di harvast cukup pada waktu nya. haha..
Persetan kan pada function2 lain..walaupon sebenarnya kamu kurang arif pon tentang cara2 penggunaannya..apepon, yg penting, kamu ada gajet itu kan.. kau ada??
7) Bola sepak Liga Perdana Inggeris. I mean, the mocking to one another among fans of different teams. Corak biasa ejek-mengejek adalah dengan mengeluarkan status 'berdesing telinga' bertujuan untuk mem-provoke peminat team rivals.
Lihat saja lah tangga liga sekarang. Jurang mata yang dekat, which means, setiap team big four ada equal chance of walking away with the title. Kecuali, of course lah, team satu lagi tu yang termasuk dalam big four, malangnya ehem. You pasti tahu maksud I kalau you pun peminat liga ni.
8) Menjadi seorang indie. Semuanya indie, baik dari stail pakaian, percakapan dan teman sosial. Indie adalah satu culture sekarang, dibantu dengan kebanjiran band-band music Indie dan Yuna. Wow, sekarang semua orang mahu menjadi indie.
Antara prop kegemaran seorang indie adalah gitar akustik yang dibawa ke mana-mana sahaja. Tahu main atau tidak, itu belakang kira.
Untuk lelaki indie, kebanyakannya suka memakai tight jeans dan kadang-kadang dipadankan dengan fedora dan tali leher. Lebih ketat, lebih hebat. Perempuan indie pula berpakaian ala-ala Yuna, dan pakaian wajib berwarna-warni. Persetankan fashion policy. Kombinasi lebih daripada 3 warna digelar jenayah fesyen? The hell with fashion crime. Indie tak kisah bab fesyen. Yang penting, semangat indie. Baru jiwa bebas.
Nota Kuku Ibu Jari Kaki : Hehehehe...artikal ini untuk suka2 saje. Sory mory the morning glory la for those yg terkena or terasa ye..don't u think this is sooooo true peeps??
No comments:
Post a Comment
Nota kaki kamu kamu