Saturday, July 17, 2010
Kek Pisang Kukus Special
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kek Pisang Kukus Special
Da lama buat ni...tp x post2. Hehe...actualy your truely baru blaja buat kek pisang ni. 2nd time buat ni baru jadi.. B4 this try resepi lain, so x berapa jadi. Kali ni baru jumpa resepi yg senang dan sedap.. Buat terus menjadi pulak tu.. tu yg rasa semangat nk post kat sini. Sila lah cuba, garenti puas hati. hehe..
Bahan-bahan:
8 biji pisang-dilenyek
2 cawan tepung
1 sdk baking powder
1 sdk soda bikarbonat
3/4 cawan minyak jagung
1/2 cwn gula kastor
1/2 cwn gula perang
4 biji telur
1 sdk esen vanilla
secubit garam
coklat cip utk hiasan. (optional)
Cara-caranya:-
1.Panaskan air kukusan.
2.Ayak tepung, baking powder, soda bikarbonat dan garam.
3. Pukul telur dan gula sampai sebati. Masukkan minyak, esen vanilla dan kacau sebati.
4.Masukkan tepung yang telah diayak bersama bahan-bahan lain, dan kacau secara kaup balik sampai rata.
5. Masukkan pisang yang telah dilenyek. Kacau sebati.
6. Taburkan coklat chip dalam mould dan kemudian masukkan bancuhan kek.
7. Kukus selama 1 jam.
Cadangan Hidangan:
Sedap dimakan pada waktu petang bersama air teh panas. Selamat mencuba...sedap...
No comments:
Post a Comment
Nota kaki kamu kamu