Thursday, October 7, 2010

7 Makanan Cegah atau legakan batuk & selsema

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Your truely and darling dear not feeling well recently. Both of us are having sore throat, flu, batuk, sengal2 badan mcm org nk start demam tu.
Da 2 hari da cm ni.. kepala rasa berat j..mata pon merah and hidung meleleh..hehe.. Panas dalam kot. Lemau j kami ni kalau kat rumah..terbaring j. Da minum bnyk air pon still x ok lagi.

So, td your truely pon google walk la..jumpa pulak acticles ni. So, best share kat sini. Since now, musim org demam..cuaca x bagus skang ni. Sape2 yg sedang bernasib yg sama mcm kami, selain mengambil ubat dan vitamin c tambahan, leh try mknn ni ye..



7 makanan berikut boleh membantu mengubati batuk dan selsema :
1. SUP AYAM
hidangan yang panas boleh membantu melancarkan pernafasan yang tersumbat dan memberikan tenaga tambahan. Campurkan bawang merah dan bawang putih dalam sup agar lebih cepat sembuh. ( ok, mlm ni nk masak sup ayam la.. nyum2 )

2. MAKANAN PEDAS.
Bawang putih, lada hitam/putih atau sos pedas boleh membantu melancarkan hidung yang tersumbat. ( Dua hari lepas Cik LitteLizzyMe masak tom yam pedas. Mcm x selera nk mkn..so, nk makan mknn pedas2 n masam2..end up..sbb selsema kan, lagi bnyk pulak air hidung yg meleleh bila mkn mknn pedas ni.. opsss, sorry for sound raw.. tp betul tau. )

3. BAWANG PUTIH
Di akui boleh mengurangkan tanda-tanda selsema dan batuk. tambahkan bawang putih dalam makanan kegemaran kamu atau kunyahkan seulas dua bawang putih mentah ( erk, nk kunyah bawang putih mentah2?? Tp pernah dengar that garlic ni sumber antibiotic asli. Boleh meningkat kan daya tahan badan. So,nnt goreng sayur nk masukkan garlic lebih sket..)

4. AIR
Pesakit digalakkan untuk meminum banyak air masak dan jus buah-buahan. Elakkan kopi, minuman manis dan berkarbonat.

5. BUAH-BUAHAN SITRUS
Buah-buahan sitrus seperti lemon, oren atau limau mempunyai kandungan bitamin c yang tinggi, sekiranya kamu merokok, kamu memerlukan lebih vitamin C kerana merokok meningkatkan serangan selsema dan batuk.

6. SUMBER VITAMIN C
Selain buah-buahan sitrus, kamu juga disarankan untuk menambah pengambilan kentang, lada hijau, strawberi dan nanas dalam menu makanan harian sebagai salah satu usaha mencegah selsema dan batuk. ( Nak masak sup ayam mlm ni, so boleh letak kentang lebih2 jugak.. sumber vitamin C aight? )

7. HALIA
Air rebusan hali bukan sahaja mampu membuang angin tetapi baik juga untuk mengubati selsema dan batuk.

For sore throat, En Suami punya petua..kena kumur2 dgn air garam. Masa kumur2 tu angkat kepala sikit kasi air garam tu kena pada tekak yg sakit tu. Buat la selalu..
As for now, Cik Lyzz da cuba dua hari ni..alhamdulillah lega sikit. Xde la sakit tekak tu melarat jadi kahak ke ape. Sakit tekak pon kurang dah.. Cuma selsema dan sengal2 badan ni j x kebah lagi. Mintak2 jgn la demam.. Amin..

.

No comments:

Post a Comment

Nota kaki kamu kamu