Bahan-bahan :
1 ekor ayam ( potong sederhana kecil )
Kentang dipotong 4 ( optional )
Jintan manis 2-3tbs ( di tumbuk halus )*
Jintan besar 2-3tbs ( di tumbuk halus )*
Bawang besar 2 biji ( ditumbuk kasar )*
Garlic 5-6biji ( di tumbuk halus )*
Halia ( ditumbuk kasar )*
Lengkuas 1 inchi ( ditumbuk kasar )*
Serai 1 btg ( diketuk )*
Kulit kayu manis*
Bunga lawang*
Sedikit Asam keping*
Kerisik ( 1 packet kecil )
1 kotak santan pekat ( approx 1- 1 1/2 cup )
Serbuk Kunyit 1 tbs
Cili boh 2-3 tbs ( Cap Putri )
Air secukupnya
Garam
Gula
2-3 helai daun kunyit
Cili padi ( Optional )
Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak, tumis bahan yang bertanda * hingga berbau harum.2. Kemudian masukkan cili boh dan tumis lagi sehingga pecah minyak.
3. Masukkan ayam dan tuang sedikit air, kacau hingga sebati dan hingga ayam empuk
4. Masukkan kerisik. Kacau lagi dan biar kuah mendidih dan biar kerisik pecah minyak.
5. Bila separuh masak, masukkan santan, garam dan gula secukup rasa. Kecilkan api dan biar kuah menjadi agak pekat.
6. Akhir sekali, masukkan daun kunyit untuk menaikkan bau sajian
Kuah Kacang
Bahan-bahan :
100-200 g kacang tanah (digoreng dan dikisar kasar) - Beli j yg da siap kat kedai kek ada jual
3-4 sudu besar cili giling (cap Puteri)
sedikit gula melaka
gula pasir secukupnya
sedikit garam
5 biji bawang merah (dikisar)
1/2 labu bawang besar (dikisar)
1/2 inci lengkuas (dikisar)
1 batang serai (dititik)
Kulit kayu manis
air secukupnya
Cara-cara :
1. Panaskan minyak secukupnya di dlm periuk. Tumis bahan2 kisar dan serai hingga naik bau. Kemudian, masukkan cili giling. Tumis lagi hingga pecah minyak.
2. Masukkan kacang2 kisar tadi sedikit demi sedikit sambil diselangselikan dgn air. Kacau sebati. Gunakan api sederhana.
3. Setelah kuahnya mendidih, masukkan gula melaka, gula pasir dan garam. Masak hingga pekat dan keluar minyaknya.
4. Tutupkan api, angkat dan hidangkan bersama nasi impit atau makan bersama kuah lontong. Selamat mencuba ye kengkawan..
Hey i am suuper boy
ReplyDeleteHaii Suuper Boy.. Thanks for dropping by here.
ReplyDelete