Monday, January 3, 2011

TINDAK-BALAS PENYAKIT (TANDA-TANDA DALAMAN)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Here is the copy and paste articles that I received from my friend. he email me this one that I thinks is good to share it here. Selamat menjaga kesihatan dan amalkan hidup yg sihat ye kawan2.. hehe

A. KEPALA

Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyaikaitan dangan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

1. PENING KEPALA
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyakberfikir.

2. PENING / SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
i) Bahagian atasMenunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.

ii) Bahagian bawah (tengkuk)Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah rendah.

3. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA
Menandakan penyakit migrain.

4. BISUL TERJADI DI KEPALA
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan denganpenyakit migrain.

5. RASA PENING YANG MEMUSING
Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

B. MULUT / KERONGKONG

1. LOYA / MUNTAH
Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

2. MUNTAH DARAH
i) Darah merahPembuangan tisu sudah musnah di bahagian kerongkong dan paru-paru.

ii) Darah hitamPembuangan tisu yang sudah musnah di bahagian perut; misalnya penyakitulser.

3. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK.Tanda sakit jantung.

4. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT
Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman atau barahkerongkong.

C. KENCING

1. KENCING KERAP.
Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang berlebihan.

2. AIR KENCING BERKAPUR
Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

3. AIR KENCING BERMINYAK
Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berminyak.

4. AIR KENCING BERWARNA COKLAT
Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.

5. AIR KENCING BERDARAH
Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

D. BUANG AIR BESAR

1. CIRIT-BIRIT / KERAP BUANG AIR BESAR
Membersihkan kotoran / keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan sertamerta selepas memakan Ganoderma, menandakan penyakit barah di bahagian ususbesar.

2. SEMBELIT
Membersihkan toksin dari usus kecil.

3. NAJIS BERDARAHi)
Darah merahMasalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.ii) Darah hitamMasalah penyakit ulser perut.

4. NAJIS BERWARNA HITAM
Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

E. TINDAK BALAS BADAN

1. BADAN RASA SAKIT
Secara umumnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah dansaluran pembuluh yang tersekat.

i) Sakit menyucukProses menyeimbangkan urat saraf.

ii) Sakit sengalMenandakan luka di dalam badan

iii) Sakit menyentapProses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.

iv) Sakit menegangProses melancarkan pengaliran darah.

2. BADAN TERASA BERAT / MALAS / LENGUH.
Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan sedang berlakudan badan memerlukan rehat.

3. BADAN TERASA PANAS
Badan mengandung asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukanbanyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

4. BADAN TERASA RINGAN.
Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

F. TINDAK BALAS EMOSI

1. RASA TAKUT MENGEJUT
Lemah fungsi buah pinggang

2. CEPAT NAIK DARAH / MARAH
Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

3. RASA BIMBANG DAN TAKUT
Sistem paru-paru yang lemah.

4. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB.

i) Sistem jantung yang lemah.

ii) Sistem saraf otak yang lemah.

iii) Masalah pengaliran darah.

5. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL
Sistem penghadaman yang lemah

No comments:

Post a Comment

Nota kaki kamu kamu