Nak share resepi lagi. Saje nk abadikan kat sini biar senang tahun2 depan nk buar rujukan. Wee..
Tgk la biskut Cik Lyzz yg ni.. Cik Lyzz suka sangat melihat hasil biskut ni. Suka tgk j la.. tp nk makan x minat sangat. Hihihihi.. Mula2 tu Cik Lyzz suspen jugak nk try buat almond london versi mcm ni. Nampak mcm ada enhancement la sikit dari segi looks.. Rasa dia sama j cuba beza sikit sbb Cik Lyzz guna white choc. Bukan apa, suspen bab melorek tu j. Seperti biasa alat2 pon x berapa nk cukup. So, Cik Lyzz x pakai piping bag pon.. Pakai plastic bodo j. Lepas tu buat lubang kecik kat bucu dia. Kecik j tau.. kalau besar2 nnt, x jadi pulak.
Biskut ni Cik Lyzz tergoda sebab rupa dia sexy sangat. Awwwwwwwwww....!!
Cik Lyzz sangat suka the combination color of Black, White and Red tu.. Sangat elegant. ( bagi Cik Lyzz la.. )
Sumber inspirasi seperti biasa la blog Kak Ita . Bagi siapa2 yg belom lagi melawat dapur Kak Ita tu..sila la pergi selongkar dapur dia.. macam2 ada. Cantik, Menarik n Da Boommmm.. Seyes ni, x tipu punya. Cik Lyzz sgt inspired and sangat admire dgn cara Kak Ita buat kuih dia yg cantik2 tu. Pulak tu, dia tangkap gambar dgn DSLR dia tu.. perghh.. mcm tgk majalah masakan j rasanya. Hehe.. Seronok jadi mcm Kak Ita kan.. dia duduk rumah n buat apa yg dia minat. Hmm.. Best2.. Selamat berbahagia kepada Kak Ita dgn apa jua yg dia lakukan. ;)
Kan da habaq awai2...tema biskut raya Cik Lyzz ialah biskut K.ita. Hahaha..layan j la ek.
Ni Cik Lyzz C&P resepi n cara2 nk buat dr dapur Kakak ku itu.
Anggaran dalam 120 - 150 biji
250 gm butter
450 gm tepung gandum ( Cik Lyzz + 1 sudu tepung jagung)
2 sudu kecil emplex ( Cik Lyzz x pakai emplex ni tp gantikan dgn 1 sudu shortenning )
140 gm gula icing
2 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila
150 biji badam - dipangang
Untuk menyalut biskut
Cawan kertas secukupmnya
Coklat masakan secukupnya
Badam cincang - yg di panggang
Panaskan oven dan bakar badam dengan suhu 170 C selama 15 - 20 minit atau sehingga badam masak sempurna.
Ayak tepung dan emplex ketepikan
Pukul butter, gula icing dan esen vanila hingga lembut.
Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul lagi hingga adunan bergaul sempurna.
Masukkan tepung dan uli adunan hingga menjadi doh yang lembut.
Bulatkan doh seberat 6 gm. Letakkan sebiji badam di dalamnya dan bulatkan membujur.
Buat hingga adunan habis dan susun dalam loyang.
Panaskan oven 150C dan bakar biskut selama 25 - 30 minit atau sehingga biskut masak sempurna.
Keluarkan biskut setelah masak dan susun atas redai sehingga ia sejuk.
Cairkan coklat secara double boiler. Ambil biskut tadi dan celup dalam coklat. Letakkan dalam cup kertas. Taburkan badam dan biarkan ia mengeras. Simpan biskut dalam bekas kedap udara.
Boleh juga hiaskan ikut citarasa masing.
Siap!! ;D
Note : Susah etul Cik Lyzz nk cairkan Coklat putih tu. Sampai hampir2 give up. Macam2 cara Cik Lyzz cuba..ada yg kata campur shortenning la, campur air la, campur butter la.. end up become worst. Dia membeku and ada tu mcm berketul2. Then, Cik Lyzz cairkan tanpa campur apa2..still membeku jugak. White Chocolate ni 1st time Cik Lyzz try guna. Ingatkan sama mcm Coklat masakan biasa tu. Last2 skali Cik Lyzz campur kan sedikit Whip Cream. Tu pon, main teka2 j. Alhamdulillah jadi pulak tu. Sampai 3 bar white chocolate Cik Lyzz korban kan. Hahaha.. Xpe la...practice make perfects. Learning process.
So, sebenarnye mcm mana nk cairkan white chocolate ni dgn cara yg betul ek?? kalau google selalu org sebut cairkan double boil j. Tp apesal Cik Lyzz buat x jadi.. Helpppppppppp!!
So, sebenarnye mcm mana nk cairkan white chocolate ni dgn cara yg betul ek?? kalau google selalu org sebut cairkan double boil j. Tp apesal Cik Lyzz buat x jadi.. Helpppppppppp!!
No comments:
Post a Comment
Nota kaki kamu kamu