Resepi ilham dari : minami133 my resepi.
Sabtu aritu Cik Lyzz terlebih rajin. Kesian tgk DD rajin sangat kemas rumah, sapu sampah, vacoom karpet, lap2 habuk, sidai kain bla bla.. Cik Lyzz pulak busy buat cheesecake untuk cousin Cik Lyzz sebab ahad tu ada kenduri aqiqah untuk anak sulung dia. Dari dalam pantang lagi dia dok mengidam nk mkn cheesecake. Raya aritu x sempat nk bawak untuk dia rasa... Pagi2 raya dah licin..
Tgh hari tu DD tanya nk mkn apa tgh hari ni? Cik Lyzz cakap x larat nk masak nasi n lauk2.. DD kata xpe la... kita makan maggie j la. Sebab dari pagi tu Cik Lyzz dah buat Blueberry Cheesecake 2 biji and buat Custard Tea cupcakes pulak lagi for breakfast tambah dgn goreng nugget. hehe.. X sampai hati pulak nk kasi DD mkn maggie lepas dia penat2 buat housekeeping. Cik Lyzz teringat ada cheese kat fridge. Ada ayam, yeast, pineappe cube, sos pergo, mixed vege.. haa...ok la. Cik Lyzz pon ON la lappy google resepi pizza.
Dari bulan puasa lagi Cik Lyzz teringin nk try buat pizza ni. Tp DD risau x jadi..then dia risau membazir. lagipon kami 2 org j kat rumah ni kan. Kalau buat pizza kecik mcm x berbaloi j nk uli tepung. So, tunggu ada org dtg rumah baru nk buat. Masa bulan puasa adik ipar Cik Lyzz stay dgn kami. Tp weekend j dia balik kg. So, terbantut la lagi hasrat nk buat pizza.
Sabtu tu nekad la nk buat pizza. Buat satu cawan tepung j.. tp rupanya dapat satu talam besar jugak. Sbb Cik Lyzz canaikan nipis2. Kalau tepung tebal nnt rasa muak pulak kan?
Ok, moh kitew tgk resepi pizza ni. Topping tu ikut suka hati la ek. Toksah la nk skema sangat. Boleh buat ikut kesukaan n kreativiti memasing. Hehehe... resepi asal dari myresepi.com minami133. Thanks Minami133. ;)
200 gm tepung roti ( Cik Lyzz pakai 1 cawan tepung gandum + 1 teaspoon bread improver )
1 sudu gula ( Cik Lyzz x bubuh )
sedikit garam
1 sudu kecil yis
125 ml air
1 sudu butter
1 sudu susu tepung ( Cik Lyzz pakai susu pekat manis )
bhn2 utk topping
** 2 keping dada ayam
** 2 ulas bawang putih
** 1 biji bawang besar di dadu ( Cik Lyzz tambah )
** Sos prego ( Cik Lyzz tambah )
** Serbuk Origano ( Cik Lyzz tambah )
** serbuk lada sulah
** mayonis
** sos cili dan sos tomato
** cheese mozarella ( grated )
** mixed vegetable ( boleh juga diganti dgn button mushroom dan pineapple)
** black paper
Cara-cara
1. bhn2 utk kulit piza dicampur dan diuli sehingga sebati. Biar kan selama 45- 60 minit. tutup doh tersebut dgn kain yg lembab.
2. canai doh tersebut setebal 0.5 cm. cucuk dengan garfu keseluruhan doh tersebut. Bakar pada suhu 200 darjah selama 12-15 minit. ( Cik Lyzz canai nipis sampai seluruh permukaan baking tray oven Cik Lyzz tu. Kira mcm Cik Lyzz dapat size XL la. Hehe)
3. utk topping: bawang putih dicincang2. masukkan 1 sudu minyak masak ke dalam kuali dan masukkan bawang putih. goreng sehingga kekuningan. kemudian masukkan isi ayam yg telah dicincang2. goreng sehingga masak. masukkan garam dan serbuk lada sulah.
** Untuk topping Cik Lyzz tumis bawang putih dan bawang besar sampai naik bau. kemudian masukkan daging ayam dan masak hingga kekuningan. kemudian tuang sos prego secukupnya. masukkan juga bahan2 lain seperti cendawan butang, mixed vege dan pineapple. Perasa kan garam dan gula. taburkan sedikit serbuk origano, lada sulah, black paper secukup rasa. Kacau sebati dan tutup api.
4. Sapu kulit piza dengan mayonis. kemudian diikuti dengan sos cili dan sos tomato.ratakan sos keseluruh bahagian. tabur ayam yg digoreng tadi di atas kulit piza dan juga mixed vegetable atau button mushroom dan pineapple. taburkan cheese mengikut citarasa masing2..
5. masukkan piza ke dalam oven sekali lagi, bakar pd suhu 200 darjah kira2 8 minit.. enak dimakan panas-panas!
P/S : Yg warna merah tu Cik Lyzz ubah sikit2. ;P
No comments:
Post a Comment
Nota kaki kamu kamu