Friday, October 7, 2011

Apam Ladybird a.k.a Polkadot.









Okey la tu kan... Cam cacat sikit ladybird Cik Lyzz ni. Menggeletar tangan ni nk lukis2. Tu la dulu tangan x berbedung sapa suruh. Ehehehehe..






Copy paste dari Lyne My Resepi






3 biji telur
275 gm tepung gandum*
3 sudu teh baking powder* (diayak bersama tepung gandum)
150gm susu segar (fresh milk) . Boleh juga ganti dgn susu sejat
1 sudu teh ovallete
Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
Pewarna & Esen Vanilla
200 gm gula halus (boleh kurangkan jika tak suka manis)






*** Semua bahan2 kecuali tepung n baking powder Cik Lyzz sejuk kat dalam frezer sblm guna. Cara-cara
Pukul telur dan gula hingga kembang dgn kelajuan maxima selama 10 minit. Masukkan susu BERSELANGSELI dengan tepung sedikit demi sedikit sambil pukul perlahan dengan mixer. Tambah esen vanilla & Ovallette ,pukul lagi sehingga sebati dan nampak adunan akan berubah texture menjadi gebu . Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ,titiskan pewarna mengikut citarasa






Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang. Saya guna acuan tart , kawan saya guna acuan apam..boleh je mana2..asalkan berlapik






Picitkan blueberry filling secukupnya. Cik Lyzz guna filling Nutella. Picitkan lagi adunan sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan






Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. Jangan buka api besar semasa mengukus. Nanti merekah






Boleh tukar filling (inti) apam ni dengan inti pilihan contoh : sekaya, strawberry, jem, peanut butter, coklat, orange filling dan apa2 yg anda suka.






Selamat Mencuba :)






P/S : Untuk dapat kan warna hitam tu.. boleh beli siap kat kedai. Tp Cik Lyzz terdesak sangat tiba2 rasa nk buat apam ni.. Cik Lyzz campurkan kesemua pewarna yg Cik Lyzz ada. Biru, merah, kuning, hijau, oren. Kacau rata setiap warna...nnt dapat la warna hitam ni.






Guess who is the most delighted person to have these apams?? Cik Qistina laaa..... but she called its "Apam Ball".

Haiyaaaaaa... ( Penat aku lukis mata dia sampai naik juling mata ladybird tu. ) Dah besar dah Tina... X lama lagi nk jadi Kakak.. Don't nouty2 ye syg..







4 comments:

  1. nak try jugakla buat apam polka dot... dorg ckp senang...
    singgah dari : http://emasriee.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Sila2... senang j. But make sure beat the batter tu sampai betul2 kembang. And masa nk lubangkan piping bag tu buat lubang betul2 kecik. Kalau besar nnt susah nk lukis. Mcm Cik Lyzz punya tu ada gegar2 kat garisan tu... hahahaha..

    Nway Good Luck & thanks for dropping by.

    ReplyDelete
  3. Bila makngah buka entri eja....aisyah kata....wah hebat betul kuih kak eja...lepas tu ayat bawah tu...."nak jadi kakak"...huhuhu..tahniah imah n dayat..

    ReplyDelete
  4. Hehehe...hopefully dpt adik boboi.

    ReplyDelete

Nota kaki kamu kamu