Salam ols... I know I know... its been ages since my last update.. Kui kui kui..
Ade sape2 yg udah tumboh janggut tak? maap kan cik lyzz penunggu gua. Ape nak buat, sabor j la haih..
okey, kali ni Cik Lyzz nak share resepi sedap inspirasi dari video Pastribella Dr Ezani, juara Masterchef Malaysia tu. Sedap sangat nyah.. lebih2 kalau dimakan masa sejuk. Laju j masuk dalam mulut.. tiba2 x sedar dah habis separuh bekas. X caye?? Percaye lah... sila percaya. Kalau x caya jugak...mari kita cuba resepi ni.. Siap dengan vedio skali. Murah rezeki Dr Ezani atas perkongsian ilmu ni eh. Amin..
Karamel:
60g gula kaster
Puding:
400 ml susu segar
70 g gula
4 biji telur
Sedikit esen vanilla
Kek span:
2 biji telur diasingkan kuning dan putih
60g gula kaster
70g tepung gandum
20g mentega dicairkan
Cara-cara:
- griskan loyang dgn mentega- panaskan ketuhar 170 darjah C
- sediakan karamel. Masak gula kaster hingga keperangan. Dengan segera tuangkan ke dalam loyang dan ratakan ke dasar loyang
- sediakan puding. guna periuk yg digunakan utk masak karamel tadi utk memanaskan susu. Panaskan susu dan gula hingga gula larut. Pecahkan telur di dalam mangkuk dan kacau bersama esen vanilla. Tuang susu panas ke dalam telur dan kacau. Tapiskan adunan ke dalam loyang
- sediakan adunan kek. Pukul putih telur dgn separuh gula hingga kembang. Pukul kuning telur dgn separuh lagi gula hingga kental dan berkrim. Perlahan2 kaup balikkan putih telur ke dalam kuning telur. Ayakkan tepung ke dalam adunan telur dan kaup balik perlahan-lahan. Akhir sekali masukkan mentega cair dan kacau sebati.
- tuang kek ke atas adunan puding tadi. Kek akan terapung di atas adunan puding
- letak loyang di atas dulang yg besar dan tuang air mendidih ke dalam dulang besar. Bakar dalam ketuhar lebih kurang 35 minit atau hingga kek perangan.
- sejukkan, kemudian boleh keluarkan dari Loyang
Nota Cik Lyzz : Seriuslyy Doc, u make it look easier than i thought :) tq sis..... For you guys, ade banyak lagi resepi ygg best2 kat Pastribella tu. Yang penting it's simple and sedap. Janji..!!
No comments:
Post a Comment
Nota kaki kamu kamu