Tuesday, April 13, 2010

Pernah tgk cerita Glee versi m'sia?? ops, sepatutnya to b called "GELI" lg sesuwaiii kowt!

~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dalam bnyk2 rancangan yg diterbitkan oleh Astro..salah satu cerita yg aku paling x paham ialah cerita Kau dan Aku.

Beria la setiap 5 minit mesti kuar iklan pasal cerita ni. In fact..ade pulak video muzik pasal cerita ni jugak untuk beberapa jam. Homai goddd!!!! sat sat...kalau korang rasa nk muntah..sila muntah jauh2 sket dr page ni. Hehe..x kira..tahap geli aku ni dah to the max da ni....ai nk komen jugak. Dlm masa aku tinggal sorang2 kat umah time En.suami g class, terpaksa la aku layan tgk citer ni. Bukan ape..sumtime..pagi2 astro mcm xde cerita lain da. Asyik ulang2 cerita yg sama ribu2 kali.

Orait . Mula dengan pelakon-pelakon utama . Kalau nak meluat , dipersilakan .

Mila . Aku tak paham tang mana best sangat pasal dia ni . Okay kau menang AF , finelah kan , kau boleh nyanyi . Tapi kalau berlakon tu , mungkinlahh , mungkin boleh . Masalahnya , confirm tak akan menang anugerah . Baik nyanyi saje . Tapi masalahnya , passion menyanyi tu dia bawak pi drama . 88% dlm cerita ni mesti si Mila dok pegang gitar besau 2 kali ganda dari dia , lepas tu pura-pura dia konon-konon Sham Kamikaze , and then nyanyi lagu yang sama je . Dan juga..konon2 dialah paling cun habis dalam kolej tu. Hot stuff...kalau boleh sume orang nk minat kat dia.
Itu je lahh . Tak pon , dia miming lagu dia sebab konon-konon depa ada buat audition untuk birthday party Aril (HOMAIGODD!) . Seterusnya , edisi dia dok angau sama si Akim dan dialah manusia paling innocent dalam dunia . Ye lahh , kata pun dari kampung . Aiyoo..


Next , Akim . Okay malas nak cakap banyak .Dalam cerita tu , rupanya si Akim bukan student kolej pun , tapi cuma kerja kat konti radio depa yang konon-konon hot . Other than that , aku cuma nampak Akim as .. Emm entah , tak ada kesan langsung . Simpati sikit .


Aril . Yee kawan-kawan , dalam cerita ni , dia HOT (HOMAIGODD lagi) , habis diminati , anak orang kaya , buat birthday party yang memerlukan kawan-kawan menari sampai stuggle minta tolong lecturer buat koreografi dan semangat buat audition untuk cari performer . Wawaawawat did I sayy ? Yesss , ala-ala sweet sixteen gitu . Lagi syok , semangat-semangat buat perancangan , last-last buat party kat kafe kolej . Siap jemput lecturer . KELASSS gitu . Oh , Aril ada hati sama Mila . Typical nya .



Aku tak tahu nama dia sapa tapi dalam drama tu dia ni sepupu Mila . Ika kot nama dia . Rasa aku lah kan , dia ni lagilah lawa dari Mila tu . Nasib kau lahh mungkin suara tak sedap , sebab tu tak dapat jadi heroin . Dia pada aku ok lah , pandai jugaklah kot berlakon . TAPI ! Satu benda yang fake sangat . Dalam cerita tu , dia ni konon pandai main organ . Piano ke apa ke , tak tau lah . Tapi nampak macam organ je selalu ada . Gila hopeless director , sangguplah kau biar je minah ni pura-pura main organ , without any background punya muzik or apa-apa je lah . Lagi best , dia miming lagu si Mila , sambil main organ , lepas tu suara si Mila depa guna . Okayy dah lah before dia nyanyi , si Mila yang nyanyi , pasai apa suara depa boleh sama ? Hangpa bajet hangpa cousin , suara pun nak cousin jugak ? Lagipun , kamonlah . Walaupun tak semua orang tahu main alat muzik , tapi semua orang tahu kau fake main muzik . Kata anak seni , bagilah effort sikit . Bukanlah suruh kau khatam habis main benda tu , at least bagi nampak real dah lah .

Sorang lagi, Raja Farah . Wahhh hang ingat hang Rachel McAdams dalam cerita Mean Girls ? Meletop kak , pergi kolej bawak Mercedes . Dia girlfriend Aril , tapi sebab boifren syok kat Mila , terus kauu dendam . Asyik dengan plan jahat dia . Ke hulu hilir dengan handbag dia , bertiga dengan 2 lagi bff sama loser jugak , mekap tebal had 2 batu boleh nampak . Kata dia soranglah yang betul , orang lain salah . Lepas tu nak tuduh orang nak rampas boifren dia . Dah terang-terang tunjuk dia sendiri menghendap boifren dia yang dok mengorat si Mila , nak jugak kata boifren dia kena goda . HOMAIGODD lagi lagi . Tak paham ai.

Lagi sorang..Noni. Amboi..kau lah student yg da jadi artis popular. Siap bawak PA lagi kat kolej. Tp PA tu pon useless habis.
Pegi mana2 dgn PA tau..Hebat la..ntah celah mana hebat nye. Tp dlm cerita ni dia memang artis popular habis. Ex-gf si akim..masih suka kat akim tp ego la konon sbb da establish & popular.
Silap2 nnt ada la wartawan entah dr mana dtg buat interview then masuk tv dan dan tu jugak. LIVE hokeh...kau ada??
Konon2 kau artis..tak boleh kawan dgn orang2 biasa. Homaigodd lagi lagi dan lagi.. Lebih dasyat...walaupon ko popular habis, ko still miming lagu si Mila..Simpati habis la kat ko Noni.

Yang episod hari ini aku tengok , depa ada buat pertandingan futsal muzikal . Apa menda tu ? Ada pulak semangat jantan-jantan kat Malaysia ni nak main futsal tapi sebelum tu joget dulu secara beramai-ramai menyanyi lagu yang bertemakan strategi macam mana nak menang main bola . Tarian pulak masih lagi hopeless . Cerita ni dah lah suka selitkan budak-budak kolej dia kerja nak joget kat tepi-tepi koridor , buat breakdance lah . Satu yang tak pernah tengok , bila masa depa belajar ?

Ohh ada . Kelas menari . Cikgu dia , tu ha , Sabrina kot nama dia . Lagu selooww dia suruh feel lebih . Fyi , Sabrina tu kalah awal dalam Sehati Berdansa Musim Pertama .

Kalau macam ni , memang memang tak dapatlah kau nak jadi macam cerita Glee . Don't get me wrong , bukan tak patriotik , tapi malulah tengok cerita macam ni .

Sekarang ni , Astro ada produce cerita Roket something something , pasal perjalanan hidup budak tiga org yang top 3 Af latest ni . Konon perjalanan macam mana depa get ready untuk konsert depa . Haihh kamon ! Nampak sangat fake . Kot ye nak buat reality show pun , pergi khatamlah cerita Keeping Up With The Kardashians . Walaupun cerita tu tak bagi manfaat pun , at least mata depa tak melilau-lilau cari kamera time depa kena berlakon .

Ahh euf enuf . Banyak nak cakap lagi tapi tak sanggup dah . Semua pelakon dia aku nak kondem tapi malaslah . Cukup sifat untuk mengatakan , eee...GELIII!! .

No comments:

Post a Comment

Nota kaki kamu kamu