~~~~~~~~~~~~~~
Satu sembilan sembilan tiga. Ketika zaman sekolah rendah. I merupakan seorang pelajar yg nakal, dan bukanlah tergolong dalam kategori "Howttt". Maksudnya, bukan hot stuff, hot chick. In fact, rupa I dulu memang tak menyelerakan, sangat tak menjaga penampilan.Dalam pelajaran pon I x berapa up sangat. Tp I sangat suka beraktiviti. Masuk persatuan itu dan ini, jadi olahragawati team untuk main lompat tinggi dan lari 4x100m dsb. I masih ingat lagi betapa Ustazah yg mengajar kelas I merajuk dgn geng kami kerana x mahu jadi wakil nasyid sekolah, malah memilih untuk masuk persatuan koir seterusnya menjadi wakil sekolah di peringkat yg lebih tinggi..Hehe ( kalau masuk koir, I boleh pakai skirt & uniform yg cantik masa tu..Make up pon tebal masa buat persembahan.)
Cuma dalam pada hodoh-hodoh rupa, I masih ingat crush pertama I. Dengan budak kelas Merah ( selang 2 kelas dari kelas I ), seorang pengawas, hot boy. Biasalah, budak perempuan tak sedar diri memang akan minat dengan budak lelaki yang sangat comel, bijak dan berdedikasi. I pula tergolong dalam kategori budak perempuan begini.
I yang mulakan langkah mahu berkenalan dengan dia. Jamal nama dia. Comel, sumpah I tak tipu. Setiap kali I melintas depan kelas 5 Merah, mata tak lekang menatap wajah comel dia. Sebagai pengawas, setiap hari selasa atau rabu dia akan ditugaskan untuk mengetuai bacaan ikrar semasa perhimpunan pagi. Kadang2 dia juga akan tolong naikkan bendera malaysia semasa semua pelajar menyanyikan lagu kebangsaan. Aduhh...si perempuan hodoh x lepas peluang mencuri pandang. Kadang2, budak comel juga membalas pandang dan senyuman. Semakin perasan la si perempuan hodoh. Maka, satu hari, dengan beraninya I minta dia tuliskan biodata diri dalam buku himpunan biodata rakan-rakan I. Trend zaman sekolah dulu, siapa yang tak pernah tulis biodata?
Lepas 3 hari, dia pulangkan buku tersebut pada I.Terus saja I baca hasil tulisan dia. Mata melirik-lirik mengeja satu persatu perkataan yang ditulis, sampailah bacaan I terhenti di 'rakan karib'. Ada beberapa himpunan nama kawan-kawan yang disenaraikan, semuanya nama lelaki. Dan pula terselit nama I sebelum dia meletakkan noktah.
Ah, bergetar hati waktu tu. Girang tak terkata. Siapa yang tak girang bila hot boy di sekolah, comel rupawan acknowledge kamu sebagai rakan karib. Tambah-tambah lagi biodata yang dikarang, aduhai kemasnya, siap berkaler warna-warni, garisan-garisan lukisan juga sebagai hiasan. Ikhlas sungguh.
Langkah seterusnya diambil. Budak perempuan hodoh ini memberi kad raya kepada budak lelaki comel. Indahnya dunia bila Jamal membalas kad raya tersebut. Walaupon butir2 nya hanya bertanya mengenai berapa bnyk baju raya dan kuih raya yg mak buat dan tak lupa juga jemputan beraya kerumahnya selain momohon maaf zahir dan batin.Klise.. tp cukup indah buat perempuan hodoh tak sedar diri. Haha..
Skip terus ke hujung tahun, yakni bulan perpisahan, yakni bulan peperiksaan. Tak lama selepas peperiksaan hujung tahun tamat, I and family terpaksa berpindah ke kampung.
Dalam minggu yang sama, tiba-tiba I terdengar bahawa Jamal rupa-rupanya ada peminat lain. Budak perempuan 5Merah juga. Sekelas, lebih bertuah budak tu ya. Budak perempuan tersebut boleh tahan hot nya. Orang kata, macam match from heaven. Lebih pilu lagi, Jamal juga suka akan budak perempuan tu. Khabarnya, cikgu2 pon sakan mengusik mereka berdua. Padan..Sama2 comel dan pintar. I pula selalu jadi saksi hubungan rapat mereka especially masa training olahraga sesi petang, dalam hati, Tuhan saja tahu betapa sedihnya perasaan.Tak usah cakaplah betapa remuknya hati budak perempuan hodoh.
Mungkin juga selama ni, Jamal sekadar tak mahu memalukan I, ataupun menganggap I sebagai kawan biasa. Nasib baik juga dia jenis lelaki comel yang bertanggungjawab. Tidak memalukan I, tidak memperlekehkan minat I pada dia.
Lepas saja perpindahan, I sudah tidak jumpa dia lagi. Pernah juga I cuba hendak merisik kabar Jamal dari kawan2 yg masih belajar di sekolah lama, tp I malu.
Malu. Itu saja puncanya. Kerana I masih lagi perempuan hodoh yang sama, dengan BMI kurang dari 20..kulit sawo matang akibat bnyk duduk di tengah padang sekolah. Bagai langit dengan bumi. Heh..
Fast forward dua kosong kosong kosong. I sudah tinggalkan wajah selekeh, BMI pun tidak melebihi 21. Sudah banyak improvasi. Kata orang, sudah jadi big lady. Muka pon da pandai pakai clean and clear moisturizer. Sudah bertahun I tak nampak muka budak lelaki comel itu,tiba2 I terserempak bahu dgn dia Central Market. Masing2terkejut barangkali. Si perempuan hodoh pura2 x nampak budak lelaki comel kerana malu. Malu lagi..Manis nya bila budak lelaki comel tu datang rapat dan menegur si perempuan hodoh yg sudah bertukar rupa selepas pandai memakai clean & clear moisturizer. Butir2teguran, dia kata I da lain skarang.Aww.. I masih malu bila kenang kisah I minatkan dia zaman kanak2 dulu.Kami hanya dapat berbual singkat sahaja sblm dia pergi. Selepas dari hari itu, I x pernah jumpa dia lagi.Cuma betul lah, kadang-kadang seronok juga patah balik jalur memori, apatah lagi kenangan zaman suka sang kanak-kanak.
Nota kaki : Moga-moga Jamal sihat sejahtera hendaknya sekarang. =)
No comments:
Post a Comment
Nota kaki kamu kamu