~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
1.Jadikan diri anda sebagai tumpuan tarikan
Mengikut suatu kajian psikologi yang telah dilakukan, di mana anda berada dan apa yang anda lakukan di dalam sesuatu bilik yang dipenuhi orang memainkan peranan penting dalam menarik perhatian atau minat orang-orang yang berlainan jantina dengan anda. Contohnya jika anda aktif di dalam bilik kuliah dan sering bertanyakan soalan pada pensyarah, semestinya orang akan mengenali diri anda. Sebaliknya jika anda gemar berselindung di sebalik orang ramai dan suka menyendiri di sudut bilik, bagaimana anda ingin menarik jejaka2 ataupun aweks untuk perasan kewujudan diri anda?
2. Pilih warna yang sesuai
Sedikit tips untuk anda: pilihan warna yang sesuai sebenarnya boleh membuatkan diri anda menarik pada pandangan orang-orang di sekeliling anda, terutamanya pada jantina yang berlawanan. Menurut suatu kajian, wanita akan lebih tertarik pada lelaki yang memakai baju biru. Warna biru dikatakan menunjukkan cirri-ciri lelaki yang stabil, setia dan yang akan sentiasa menemani anda.
Manakala wanita yang memakai baju berwarna merah jambu atau ‘peach’ pula membuatkan diri mereka lebih senang untuk didekati.
Gulp.. so suhweettt izenit? She has beauty heart and look... and not forgotten she has brain as well. wee ;P
Sebaliknya, untuk menunjukkan diri anda seorang yang tegas pendirian dan berani, cubalah anda mengenakan pakaian merah. Yang pastinya, lelaki yang tidak berani untuk ‘approach’ anda adalah confirm lelaki yang tak reti untuk handle wanita yang ‘hot’ macam anda…:-)
Tapi awas kerana warna merah adalah warna yang paling seksi dan sensual, dan ia akan menarik 2 golongan lelaki – lelaki yang berminat pada seks semata-mata dan lelaki yang sukakan wanita yang berani dan mencabar. So anda kenalah bijak memilih okay…
p/s: Satu perkara yang anda patut tau, warna yang akan membuatkan orang ramai menghindari atau mengelak daripada mendekati anda ialah warna kuning kehijauan… :-)
Macam okey j kan??
3. Guna bahasa tubuh
Bagi kaum wanita, jika anda ingin menarik seseorang lelaki untuk menghampiri dan bercakap dengan anda, gunakan bahasa tubuh atau body language untuk membuatkan anda menjadi lebih senang untuk didekati. Entah betul ke tak, tapi suatu kajian di Barat mengatakan bahawa wanita yang ingin lelaki mendekati mereka harus berdiri dengan jarak antara kakinya tidak lebih daripada 6 inci, dan dengan jari-jari kaki menghala ke dalam sedikit… betul ke? Ntahlah…sekadar kajian je kot… huhu.. Satu lagi, anggukan kepala juga memberi isyarat bahawa anda seorang pendengar yang baik dan memberi perhatian pada apa yang dicakapkan oleh pasangan anda.
Bahasa badan atau body language juga perlu di tafsirkan atau di ekpress kan dgn cara yg betul. Jangan sampai orang kata kamu wanita yg gediks atau lelaki yg poyo sudah la..Pandai2 la bawak diri ye.
Bagi lelaki pula, bersikap dominan atau menonjol sememangnya akan menarik perhatian wanita. Berdasarkan kajian yang sama, lelaki yang ingin wanita menghampiri mereka haruslah berdiri dengan jarak antara kakinya lebih kurang dalam 6 – 10 inci, dan dengan jari-jari kaki menghala ke luar. Selain itu, beberapa lagi tips body language bagi lelaki ialah memakai pakaian yang lebih tebal (atau banyak lapis – pakai t-shirt putih di dalam, kat luar pula disesuaikan dengan kemeja lengan panjang (bahagian lengan dilipat sedikit) atau lengan pendek), tegapkan badan dan dongakkan kepala anda dan cuba bercakap dengan lancar tanpa tergagap-gagap.
Tips body language untuk kedua-dua lelaki dan wanita pula ialah JANGAN fold your arms, bercekak pinggang atau mengunyah sesuatu di dalam mulut. Kelakuan ini sebenarnya menunjukkan emosi anda yang tengah resah, berdebar-debar atau sedang kecewa.
4. Sentiasa tersenyum
Pakar psikologi dan pakar body language bersetuju bahawa salah satu perkara penting yang boleh menjadikan diri anda lebih menarik dan senang untuk didekati ialah dengan mengukir senyuman. Bukan ketawa terbahak-bahak (sampai mengejutkan si dia yang berada di samping anda) ataupun senyuman ‘plastik’ yang sering terlekat pada bibir anda jika dipaksa2 untuk senyum:-) Cukuplah sekadar anda menguntum senyuman yang ikhlas dari hati dan yang mengatakan, “Saya suka awak dan seronok bercakap dengan awak!”
Sesungguhnya senyuman itu adalah satu isyarat international untuk menunjukkan sikap ramah dan mesra. Your truely memang suka banget lagu "Senyum"...
"Seyum... tak perlu kata apa2..lalala"
5. Pakai wangian yang harum dan menggoda
Kajian telah menunjukkan ada perkaitan di antara bau cinnamon (kulit kayu manis) dan vanilla dengan CINTA. Misalnya, pakar-pakar aromaterapi percaya bahawa cinnamon itu adalah suatu afrodisiak (menaikkan syahwat atau nafsu seks). Memakai wangian seperti cinnamon dan vanilla dapat meningkatkan lagi pengeluaran feromon daripada tubuh anda dan ini dapat meningkatkan lagi tarikan pada diri anda. Tau tak feromon tu aper? Actually, feromon nie adalah sejenis bahan (yang keluar dari badan anda) seperti hormon yang dapat menarik mereka yang berlawanan jantina dengan anda untuk mendekati anda. Cayalah…!
Sebenarnya, bagi mereka yang telah lama berumahtangga, mereka akan dapat mengecam atau menghidu bau badan yang dikeluarkan oleh pasangan masing-masing. Dan bau ini bukanlah terbit daripada apa-apa wangian yang disembur! Sebenarnya ia berpunca daripada sejenis feromon yang dikeluarkan oleh badan dan bau ini dapat meningkatkan rasa atau tarikan seksual anda pada pasangan.
Little Lizzy Notes : I love my bedsheet so damn much because it smells like DD.. ;D
No comments:
Post a Comment
Nota kaki kamu kamu