~~~~~~~~~~~~~
Last weekend teringin nk makan apam beras ni. Tengok kat FB laling Diana.. dia buat apam manis..kemain lagi kembang. Tp bahan2 dia ada guna telur. lebih kurang kuih seri ayu tu.
Cik Lyzz terus teringat nk makan apam beras ni. Dulu kat pasar malam kat kampung tu ada jual. Comel2 n warna warni.. Suka Cik Lyzz beli.. 6 ketul RM1. Kalau x silap la.
Now, rasa da lama x mkn apam gebuss tu. So, Cik Lyzz pon intai2 la dapur cyber..tinjau2 resepi. Macam senang j.. So rodger la!
1st time buat apam beras. Mula2 buat x jadi sebab derhaka pada resepi. Lepas tu ikut resepi betul2..baru menjadik.. Kekeke..
Okey, untuk bahan2 satu bancuhan :
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air
1 cawan nasi
1/2 cawan gula
1/2 cawan brown sugar
1/2 packet Eno
2 sudu yeast ( mauripan )
Cara - cara :
1. Blend nasi dengan air sampai betul2 hancur
2. Bila da hancur, masuk kan gula pasir n gula perang. Kalau nk kurang manis, kurang kan la sikit.
3. Dalam bekas lain.. satukan tepung gandum, tepung beras dan yeast.
4. Tuang sikit2 dalan blender dan blender sampai sebati.Then, perapkan selama 3 jam dalam bekas kedap udara.
5. Lepas 3 jam.. kacau pelahan2.. masuk kan eno. Tunggu sekejap dan kacau rata. kalau suka, boleh letak pewarna ikut kesukaan masing2. ( Mula2 Cik Lyzz derhaka..x tunggu sampai 3 jam. Cik lyzz tambah kan sikit air dan lebih kan yeast..kasi cepat kembang. Haha..lepas 1 jam terus kukus. harammm...x jadi. Mula2 dia kembung..lama2 dia turun balik. ;P )
6. Kemudian, masukkan dalam bekas2 kecil dan kukus selama lebih kurang 15-20 min.
Tips:
-Pastikan air kukusan betul2 menggelegak sblm mengukus.
-Kalau boleh panaskan dulu acuan apam tu sekejap, sblm masukkan bancuhan td. Dan sapu minyak sikit kat acuan tu supaya senang nk tanggal bila da masak nanti.
-Balut penutup periuk kukus dengan kain supaya air wap tak kena pada apam2 tu semasa proses pengukusan.
-Ok..yg ni penting. Within 15-20 minit waktu mengukus tu.jangan dok gatal2 tangan nk bukak tutup periuk tu..nak tengok ok. Nnt apam tu malu nak kembang. Hahaha..
- Ohh..lupa. Cik Lyzz xde acuan apam. So Cik Lyzz guna tart mould yg besi tu..( eh, tak tau la besi ke, aluminium ke..or stenless steal.) Tp, kurang gebuss.. So, cik lyzz tengok kebanyakan acuan apam adalah jenis plastik. So, Cik Lyzz pakai bekas plastik container tau fu fa..ok pulak. Gebusss mcm kat kedai. Lembut dan yum2. Mungkin kena pakai acu yg bermaterial plastik kot.
Ikut pengalaman Cik Lyzz la..
-Sedap dimakan dengan kelapa parut. Gaul kan garam sedikit dan kukus selama 5 minit supaya tahan lebih lama.
Ok..senang kan.. try la. ;P
P/s : Vougue tak apam Cik Lyzz color biru?? huhuhu. Vougue la.. Apam pon pandai gak nk melaram. ( Actually..terlebih color tu. Kalau baby blue or biru2 manja..ok sket kot. )
No comments:
Post a Comment
Nota kaki kamu kamu