Selamat bersiaran. Hahaha...agaknye blog Cik Lyzz ni setahun dua kali j update kan. Xpe la... mcm la ade org nk baca pon. Cik Lyzz suka nk kongsi resepi kat sini so, in future, bila nk buat boleh jadi rujukan cik lyzz sdr di masa akan datang.
Sempena fenomena durian crepe yg semakin hangat sekarang ni.. Cik Lyzz pon da try buat semalam sempena birthday DD. Sebelum ni 2-3 kali nk buat, tp DD mcm x minat j nk try. Everytime we both beli durian..mesti habis mkn mcm tu j.X sempat Cik Lyzz nk bereksperimen. Hehe.. ( dua2 hantu mkn durian.. )
Sebelum tu...Cik Lyzz nk ucapkan Happy Birthday DD.. Semoga yu jadi gula hati I hingga ke syurga Jannah.
Hope Allah blessed our marriage and our life herein dunia and akhirah. Amin...
A few days back, DD balik from office, tiba2 dia cerita pasal durian crepe. Ada officemate dia beli and kasi kawan2 rasa... tp DD x sempat nk rasa, dah habis. ( expected.. ekekekeke..DD ni mana la tau nk rebut2. ) Then, balik rumah, dia pon suruh la "masterchef dapor" dia ni a.k.a your truely buat. Cik lyzz pon suka kalau ada request.. semangat nk buat!!
Actually memang ada beberapa variasi resepi crepe durian ni.
Ada yg guna tepung gandum only, ada yg guna 4 jenis tepung, ada yg 5, ada yg 7.. haaa... fening jugak la nk study resepi.
Sambil tu, Cik Lyzz pon ada jugak merayau blog2 masakan tgk cara2 n gambar2 hasil crepe derang. Lastly, Cik Lyzz pilih resepi dari blog Cikgu Ani. Cik Lyzz tgk gambar crepe dia closed tu crepe yg pernah Cik Lyzz makan kat Great Eastern Mall yg sedap lagi yumeeyeah.
Price dia sangat mahal.. bila beli, rasa mcm x berbaloi pon ada. Satu ketul kecik tu RM2, 6pcs for RM10. Wow...tp bila mkn, x ingat da cik montel ni mahal. Codapppp..
Dua hari berturut2 Cik Lyzz beli.
Sambil makan tu, Cik Lyzz belek2 tekstur crepe dia.
Sekali pandang mmg mcm based tepung ketayap.
Bila tgk betul2, lain sangat sbb dia nipis n x cepat pecah. Elastic!
Kulit dia pon licin.. bila balut dgn inti durian n full cream tu.. Wallaa... tengok pon rasa sayang nk makan.
Untuk percubaan pertama ni..cik lyzz guna resepi cikgu ani..
So, sape2 yg nk try boleh la tgk rumah cikgu ani disini
Mintak izin Cikgu Ani, Cik Lyzz share resepi cikgu kat sini k..
Bahan-bahannya:
2 sudu besar tepung pau - Cik Lyzz tukar ke tpg sagu2 sudu besar tepung ubi kayu
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung kentang - Cik Lyzz guna tepung Hongkong
4 sudu besar tepung naik sendiri
1 1/2 sudu besar gula castor
2 biji kuning telur
1 penutup esen vanila
1/2 tin susu cair
1 sudu kecil garam
Air
3 sudu besar mentega yang dicairkan
1 sudu teh pewarna kuning lemon
Bahan Filling:
Isi durian yang telah dibuang biji
1 cawan fresh cream - diputar hingga kental
- Masukkan semua bahan tepung dan yang lain kecuali mentega cair dan pewarna ke dalam blender. Tambahkan air sehingga kurang 1 inci untuk penuh blender.
- Kisar hingga rata. Simpan di dalam peti ais selama sejam. (Saya simpan dengan blender2 sekali.. )
- Selepas sejam, keluarkan dan masukkan mentega dan pewarna, kisar sekejap aje hingga rata.
- Panaskan non-stick pan menggunakan api yang paling perlahan. Masukkan adunan dan lenggangkan kuali supaya crepe tidak terlalu tebal atau terlalu nipis sehingga adunan likat dan biarkan hingga atasnya masak. Tak perlu terbalikkan. (Crepe ini adalah seperti kuih dadar/kuih ketayap yang lembut).
- Ulang langkah 4 hingga semua adunan tepung habis. Biarkan crepe sejuk..
* Cik Lyzz blender all these sampai sebati, then masak atas non stick pan mcm masak ketayap. ( Cik Lyzz x rest batter dalam peti sejuk pon sbb x cukup masa. ) Tips dr Cik Lyzz, panaskan non stick pan hingga betul2 panas.. once da panas betul then slow kan api, baru lenggangkan adunan crepe dlm kuali. masak atas api sederhana. Kalau api kuat, nnt crepe jadi crisp. Hehe..Cara mcm ni juga boleh avoid dr kulit crepe melekat bila nk terbalikkan atas pinggan. Buat hingga adunan habis. Balut dengan isi durian n whip cream.
Chill before serve.
Cik Lyzz tindih2 j lapisan crepe bila da masak. Alhamdulillah dia x melekat pon.
This is another resepi dari Mak Ngah Cik Lyzz. Dia pergi class utk blajar resepi Crepe ni. Now, dia dah pon jadi usahawan Durian Crepe kat Kedah nun.. Sape2 nk beli durian crepe area Alor Star, boleh cari mak ngah saya Ezzah Aziz. Next time, Cik Lyzz akan cuba resepi ni pula and akan kasi feedback whats the diff key.
Untuk Crepe:
40gm gula ising
40gm tepung hongkong
40gm tepung jagung
2 sudu besar tepung ubi/sagu
1sudu besar tepung kastard
4 biji telur
Pewarna kuning lemon
1sudu teh vanilla
Secubit garam
1 1/2cawan air....kalau rasa pekat tambah sikit lg
2sudu besar minyak
Gaul semua bahan...simpan dlm peti sejuk selama setengah jam
Krim kastard
1/2 cawan gula
3biji telur kuning
2 cawan susu full krim / susu cair
1 sudu teh vanilla
6 sudu besar tepung jagung
Secubit garam
Sedikit air kalau kastard rasa pekat
Semua bahan di atas masak cara double boiler...sampai masak n kental
Simpan dlm peti sejuk seketika sebelum di gaul dgn wipping cream..
Gaul separuh2 tau..
Kalau tgk sekali imbas pada dua2 resepi, x banyak beza. Cuma Mak Ngah guna 4 biji telur untuk satu adunan. X sabar nk cuba. ;)
Okey la...sampai disini dulu. Till we meet again. Daaa....
No comments:
Post a Comment
Nota kaki kamu kamu