Assalam...
Kali ni Cik Lyzz nk kongsi resepi Nasi arab a.k.a nasi Mandhi yg pernah Cik Lyzz try. Alhamdulillah.. DD suke sangat. Siap dapat 100likes dr en gula hati I tu.. hehe..
Resepi nasi mandhi ni da lama Cik Lyzz try.. cuma baru kali ni ada masa nk blog kan dia.
Nampak tak nasi tu panjang2.. nyum2 sangat. Rasa rempah dia sedang elok j.. especially kita ambil stock dr ayam bakar tu utk tuang kedalam nasi. Nnt leh tgk cara2 nk masaknye lps ni. Selain tu.. special nye ttg resepi nasi mandhi ni.. kita masak dgn asap arang. Pelik tak? tp, beleive me.. i think the smell from the asap tu gives best impact to the taste. Masa letak bara arang tu, advisable you all letak sket lemak ayam/daging supaya bau asap dia campur lemak tu.. terangkat sket. At least more meaningful la, dari letak bara semata dlm periuk nasi kan..
Cik Lyzz guna beras Faiza batmathi gred 1.. rendam dulu at least 20min, then masak ikut resepi.
Selain dari nasi mandhi dan ayam panggang rempah kabsha, Cik lyzz ada jugak sediakan side dish utk dimakan bersama nasi ni.
Cik Lizz buat kuah dal daging, salad timun dan sambal tomato.. eh, sambal tomato ke panggilnye. Ala..sambal cicah yg mcm kat restoran arab tu.. cili hijau blend dgn tomato, tambah gula garam n jus lemon sket.
Okey... ini la dia salad timun n tomato.
Simple sangat.. Cik Lyzz dadu kan kedua2 nya.. then, gaulkan dgn sambal tomato cili td.
Tambah sket jus lemon secukup rasa.
Gula dan garam to taste.. Kalau ada daun pudina.. boleh chop finely and tabur j atas dia. Yummmm..
And this is the sambal tomato.
Blend cili hijau n tomato, add in jus lemon, gula n garam.
kalau suka pedas, boleh campur cili padi jugak. kasi terangkat sket.
Bahan-bahan ayam:
1 ekor ayam ~ dibelah 2 dan di cuci bersih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsa ( kalau tak ada,gantikn dgn rempah campuran )
2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
2 biji lemon ~ dihiris bulat
Garam
Sedikit pewarna kuning/ saffron
Aluminium foil.
Cara penyediaan ayam:
1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250′c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.
**Semasa ayam dibakar, ayam akan mengeluarkan air. Selepas 45 @ 50 minit, buka foil dan keluarkan air didalam ayam tersebut dan barulah bakar semula selama 10 minit atau sehingga ayam sedikit garing.
**Kuah dari ayam tadi, saya campurkan dgn saffron/pewarna kuning sebelum dimasukkan ke dalam nasi.
Nasi:
4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
3 camca besar minyak sapi
4 1/2 cawan air atau secukupnya
1 biji bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
1/3 cwn kismis
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning
Garam secukup rasa.
Cara penyediaan nasi:
1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.
Untuk dapatkan resepi rempah kabsha, boleh tgk disini
No comments:
Post a Comment
Nota kaki kamu kamu