Tuesday, January 13, 2015

Sandwich wrap - Easy Healthy Yummy

Kenapa???? Kenaapaaa??
Kenapa senang sangat nk buat ni?
Eh eh..dah la senang... sedap plak tu..
Dah la sedap dan senang... cepat pulak tuuuu...
Dah la sedap, senang dan cepat.... berkhasiat pulak..
Dah tu..jimat pulak tu..
And yg paling penting sangat berkhasiat.. lebih khasiat dari mee maggie atau fast food delivery. ;P eh eh... dah dah la tuh..

Utk sausage roll ni just susun cheesedale atas Mission wrap, then letak sausage yg da dimasak( Cik lyzz panfry jer ) pastu..gulung. Pastu... panfry kejap bagi luar dia rangup and cheese dlm tu meleleh. Ok senang kan?
HAHAHA....dasyat nau intro entry kali ni.
Malas nak cakap banyak la.. tgk gambar pon dah tau..melting..drooling..salivating...kan kan?
( Cik Lyzz pon sambil taip ni sambil teguk air liur..)
Malas nak cakap la.. bukan susah pon nak buat hidangan untuk family yg berkhasiat tp still look fancy and ada class mcm ni...
Malas nak cakap banyak la... tapi mmg kalau Cik Lyzz buat ni...lajuu j habis sebab sedap tau. Sama sedap nya macam makan beger mekdi. ;p
Malas nak cakap la... bila cik abg yg susah nk makan sayur.. tetiba dengan x sengaja dia pon dah makan ni dengan jayanya. Cik Lyzz tengokkan j..huhuhu..
Malas nak cakap la.. sebab bila Cik Lyzz buat ni..mmg tengah malas pon. Ahaha
Malas nk cakap la.. time malas pon masih boleh served healthy food to our family..
Malas nk cakap la.. this meal even more faster than the fast food delivery that u order.
So, malas nk cakap banyak lagi.. kalau dah malas sangat..buat sandwich wrap ni k.

Haa....kau. Kesan gigitan Cik Lyzz.. nganga besaq2. Pastu Ngapppp!! Baca bismillah duluu... k.
 Bahan utama.. "wrap".. cik lyzz selalu guna jenama Mission. Harga pon berpatutan, ada 8 keping around RM6.90. Ada macam2 flavour.. potato, garlic, wholemeal, original, curry etc.. so, pilih j la ikut kesukaan.

Next..susun la segala jenis salad, timun, carrot, tomatto, pickles, ikut la.. boh j sume2 yg ada dlm fridge tu.

Then.. add on protein, ayam, salmon, daging, tuna, sausage or anything that u like. Paling2 pon boleh j boh telur scrabble.

Untuk bagi perasa..boleh tambah sos kegemaran, mayo, mustard, olive oil, bbq sos etc.. ( for my taste, cik lyzz suke letak mayo and mustard only)

Nak potong2 mcm ni pon voleyyy... untuk kids xde la membazir kalau x abis kan.
Pastu gulung.. then dah boleh makan pon. Tp Cik Lyzz suka pan fry sekejap kasi rangup sikit outter dia. Baru lah.. perghhh...


Malas nak cakap lah.....

Nak buat ni jap...

Bye..

Homemade oreo ais krim/ice cream


Halooooow.... Mownink. ;)

Sape kat sini suke makan eskrim?

I mean who doesn't like this fellow kan? Ia lembut, sejuk, sweet, manis, tambah pulak dengan kerangupan biskut oreo tu. Perghhh.. dapp.

So, why buy if you can do it yourself? Lebih2 lagi, kalau buat sendiri, kita boleh control kadar kemanisan yg kita nak. Especially nowadays, kena amalkan 'eat clean'... dlm apa pon makanan yg kita consume tau. Pastu.. boleh jimat. Pastu.. dah la jimat, puas makan sebab boleh buat banyak2.. dah la banyak.. sedap pulak sebab ikut taste kita kan. Hehehe ..

Maklum lah..macam2 penyakit skang ni. Jadi, baik lah kita minimakan faktor2 yg boleh menyebabkan penyakit2 tu kan. Mudah2 han...
Beside, bila buat sdr ni..Rasa puas hati sebab kita tau apa yg kita letak dlm sesuatu makann tu kan. Then, puas hati dapat bagi ahli keluarga dan  kesayangan2 kita makan hasil air tangan kita. Dan yg paling penting, faktor KEBERSIHAN..

DD suka perisa vanilla.. while "your truely" suka chocolate. Maka jadilah eskrim belang2 mcm kek belang. Dan to add texture..cik lyzz boh biskut oreo yg di patah2kan.  Malas nk hancurkan sbb suka nk gigit biskut tu masa makan ice cream nnt. Onomnomnom... try ler.

Ok.. moh intai resepinya :

Bahan2 asas :

1 biji telur
1/2 cawan susu pekat ( leh kurangkan kalau x suka manis )
1 cawan fresh milk/susu cair
1/2 cawan whip cream
1sudu ovellete

**** perisa yg digemari : chocolate, strawberri filling, yougart, vanilla etc

Cara2 :

Combine telur and susu pekat. Putarkan sampai jadi creamy. Then double boil kan sekejap sambil putar dengan mixer utk matikan any bacteria yg ada dlm telur tu.

Satu kan bahan2 lain dalam mangkuk besar. Tambahkan dengan adunan telur tadi. Pukul dengan mixer sampai gebu dan kental. Lebih kurang 15min. Depend on the mixer la k. Kalau yg heavy duty..kejap j la ye.

Kemudian masukkan perisa kegemaran.

Masuk dalam bekas dan bekukan semalaman.

Boleh lah nikmatinya as it is..atau dgn roti, pancake, ice cream cone, pisang goreng ataupon boleh juga buat ais krim goreng.

Till then, selamat mencuba.

Saturday, January 3, 2015

Telur dadar chicken sausage gebu

As Salam and selamat Sejahtera.



Dah lama tak singgah blog sebab internet connection sangat la slow and siput.
Between belum terlambat Cik Lyzz nk ucapkan Selamat Tahun Baru 2015 pada semua dan juga Salam Maulidul Rasul SAW. Banyak2 selawat arini k.. ;)

Seperti yg kita tahu.. 2014 meninggalkan kita dengan seribu satu kenangan dan pengajaran. Negara kita pon ditimpa pelbagai ujian since kejadiah MH370, MH17, banjir, QZ8501.. Cik Lyzz doakan semoga rakyat Malaysia khususnya terus tabah untuk teruskan kehidupan mendatang. InshaAllah. 

Semoga tahun yg mendatang ni lebih baik lagi untuk kita semua. Amin.. Mana2 yg baik tu jadikan teladan, x kurengg tu.. elok2 ler tinggalkan.

Okey... x zabarrr dah Cik Lyzz nak share resepi telur dadar special ni.. Ala, telur dadar j pon.. tp kalau kita buat dengan baik, it turn outstanding. Selain dari mudah, simple and jimat masa dan wang ringgit. Almaklum la kan.. zaman ekonomi makin meruncing ni. Kena la pandai berjimat dan sebolehnye elakkan makan kat luar. At least we know what we put inside the food. Dan yg paling penting ia bersih dan sihat.





Orait.. moh kite.

Bahan2 :

Sayur2 seperti carrot/brokoli/cauliflower/green peas etc
Bawang besar hiris ( optional )
Garlic ( smash )
1 Chicken sausage ( hiris nipis )
salt and papper to taste
3 biji telur
1/2 cup fresh milk

Bahan tabur: ( optional )
Capsicum/ cili padi
cheese
any herbs of your choice

White creamy Sauce :
1 clove of garlic ( smashed )
fresh milk
1 spoon Mayonise
1/2 tea spoon mustard
salt and sugar

Cara2 :
Campur telur dengan fresh milk, salt and papper. pukul sampai gebu dan ketepikan.
meanwhile, kita saute bawang, garlic dalan kuali. bila da agak layu, add chicken sausage, then masukkan sayur2, just like u masak sayur campur tu. Bila dah agak2 sayur 1/2 cook, tuangkan telur yg kita pukul tadi. Slow kan api.. and tutup kuali supaya stim dia boleh masakkan permukaan telur. Once u see telur tu dah nak masak, boleh la taburkan bahan tabur tadi... then tutup api.. and still tutup kuali biar dia continue masak with the heating yg masih ada tu.

Ok, sebenarnye, da boleh serve pon masa ni. Tp untuk dapat A and kasi husband dan anak2 lebih syg kat wife and mummy dia ni.. buat la white creamy sauce and tuang atas telur dadar td.

Mesti berebut derang makan. Hehehehe...

For mummy, kalau nk diet, boleh makan telur dadar special ni and skip nasi. Kenyang dah sebab ada sayur, protien, carbo, vit etc.. Suke letteww! ;)

Untuk white creamy sauce, just saute garlic with olive oil sampai naik bau. then add fresh milk, mustard and mayo. Gaul sebati and masak dengan api perlahan sampai kuah pekat.
Perasakan garam and gula.


Cepat!


Simple!


Sedap!


Ape nk lagi?????

Jommm buat.. zasssssssssss


Thursday, December 11, 2014

Nak sihat dan cantik? Jom makan buah sebelum makan.


Salam Hari Khamis, good morning...and Saranghea,

Sebelum tu nk wish happy holiday to all Selangor's employees. Suka nau nau dapat cuti ye. Sila jangan datang KL untuk bershopping ye kengkawan. Nanti jammed. Muahahaha...

Gambar ehsan dari google



Dapat petua untuk cantik luaran dan dalaman.. eat fruits before any meal. Selalu kita jadikan buah as "pencuci mulut" kan? Means after meals baru makan buah buahan kan? In fact, Cik Lyzz ada baca yg amalan makan buah selepas hidangan utama adalah tidak baik untuk kesihatan. Kandungan gula di dalam buah memerlukan masa untuk dicerna. Jika kita makan buah selepas makan, cara ini membuatkan perut kita mengalami masalah pencernaan.  Ini boleh menyebabkan nutrisi makanan yang lain tidak dapat diserap dengan baik di dalam tubuh. Khasiat buah yang mengandungi Fruktosa dapat meningkatkan kadar insulin dan kerana itulah memakan buah-buahan sebelum makan nasi dapat mengelakkan pankreas dalam badan kita berkerja terlalu kuat untuk menghasilkan insulin.




One of the example of my fruit+vege juice

Selain itu, kajian juga membuktikan memakan buah-buahan dapat mengurangkan risiko menghidap penyakit. So, why not start from today kite jadikan dia starter plak. Early in the morning, before breakfast, makan la buah buah dulu.. begitu juga sblm makan nasi tengah hari and dinner. Wokeyyy??

Okey, kali ni Cik Lyzz nk kongsi, selain dari makan fresh fruit yg kita potong dan makan... boleh juga sekali sekala tukar selera buat fresh juice dari sumber buah2an dan sayuran, There is no right or wrong in the recipe, all u need is just mixes all the fruits + vege's that u like in the blender, add ice cube.. blend well and have it. This juice Cik Lyzz suka sangat minum waktu pagi sblm sarapan. Selain rasa yg sedap..baik untuk kesihatan dalaman dan juga dapat mencantikkan kulit wajah. Xde la lagi masalah kulit kusam x bermaya.. bla bla bla.


Tips : Kalau suka boleh add Dairy cream/fresh milk/ yougurt in it. Terus jadi smoothies. Yummm.. ;P

For those who doesn't like vege.. atau ada anak2 yg x suka makan buah2 mahupon sayur, this juice doesnt taste like veg at all.. 


Try la and tell me how u like it. 

Orait.. ni assignment untuk korang ye. Pas da start amalan makan buah sebelum makan and drink this healthy fruit+vege juice ni.. dalam sebulan sila la tangkap gamba selfie and send kat Cik Lyzz. 

Cik Lyzz nak tengok... cantik ke tidokkk?? hehehe...


Wednesday, December 10, 2014

Lantai kayu murah

As Salam dan happy Wednesday kekasih sekalian.

Sape kat sini ada masalah malas nk mop lantai rumah.
Lebih2 lagi bila lantai kita jenis simen yg cepat nau berlengass.
Rasa macam nk kena mop hari2 plus nk sental plak kasi kilat. Sbb kalau x sental bebaik dia jadi lagi licin dan bahaya. Haa.... Saya saya!! Letih tau.. kengkadang fed up pulak kitew. Especially lantai simen kat dapur.

Dah la kite ni jenis rajin memasak.. tapi malas pulak nk mengemas tu kan. Tambah pulak nk kena mop n sental lantai pas masak tu. Adehhaiii... memang selamat berjuang la kan. Nangis tersedu2.. ( ok over la tu..  xde la sampai nangis pon. Nasib baik umah Cik Lyzz kecik j. Dapur pon kecik. So Alhamdulillah.. x penat la sangat kalau nk mop hari2 tu. )

Ok sebenarnye nk cerita pasal lantai kayu.

Sebab asyik la merungut kat DD kata leceh la lantai ni.. sejuk n x baik untuk kesihatan bla bla bla.. kami pon survey2 la lantai kayu. Survey harga la yg pasti. Lama kami survey.. and selalunye harga mahal nau nau. Mcm x berbaloi j.. atau yg sebetulnye, Off-budget. Bila off- budget, DD pon OFF terus offer tu. Huarghhh.. gewam.

Satu hari ni, Cik Lyzz blog walking la deco rumah2 apartment mcm umah kami. Then ternampak la satu blog ni kata dia pasang lantai kayu kat umah dia x sampai RM1K untuk bilik dia. Bila tgk gamba bilik tu, boleh tahan la besar gak. Eh, murah nau.

So, kami pon estimate, kalau rumah kami yg sekangkang kera and dapur cenonet tu, maybe la dalam RM2k j kan. DD pon try la call En Sudin untuk tanya2. Then En Sudin kata dia dr Kuala Selangor. So, before nk kasi total harga dia kasi la harga per sq feet is RM4.50 x silap. Kalau confirm nk pasang nnt dia dtg la ukur rumah and kasi quotation sume. Maka pada hari yg dijanjikan, En Sudin pon datang untuk ukur ruang tamu n dapur. Pastu dia kasi tgk contoh2 kayu.. and kami pon pilih la yg berkenan dihati.

Guess what??

Harga untuk ruang tamu dan dapur cuma RM1.7K siap pasang sume skali dengan frame keliling rumah. Sukeeeee...

Pada sesape yg berminat nk no contact En Sudin, boleh drop email kat ruang komen ye.

Cik Lyzz x dapat komisyen pon.. cume Cik Lyzz and DD puas hati dengan hasil kerja En Sudin dan harga pon berpatutan. En Sudin ni pon kerja sendiri.. Maybe hobi dia la kot. Weekend j dia buat lantai ni. So, kena la tunggu turn jugak na. Lagi satu saje nk tolong orang melayu. Hehehe..


Ok, enjoy la gamba before and after rumah kami.





Monday, December 8, 2014

Resepi Pavlova mudah


As Salam dan selamat sejahtera u ols..

I was fall in love with these babies. Comel kan?

Selain comel, rasanya pon sedap.. yummy my tummy!! Haha... 
Untuk sesiapa yg masih belom pernah cuba rasa pavlova ni, rasanya manis. Sesuai untuk sesiapa yg gemar makanan manis2. Luarannya crunchy, manakala didalamnya lembut macam kapas dan teksturnye macam marshmellow.

Closed up.. rangup diluar, dalam macam kapas. Nyummm..


Jadi, mostly orang akan serve pavlova ni dengan fresh fruit yg masam2 untuk balancekan rasa manis base dia tu. Ditambah pulak dengan whip cream, jadi combinasi lemak2 bercream serta masam manis tu buat pavlova ni sangat special.

Untuk pengetahuan, now ramai pulak kawan2 Cik Lyzz order baby pavlova ni dr Cik Lyzz. Dah jadi favourite  and bestseller pulak. ;P Cik Lyzz buat suka2 j.. tp kalau ada org mintak tolong buat, Cik Lyzz buat la.

Knowing that, baking is my pasion and hobby.. now boleh jana sedikit income $$.. hehe x sangka ler pulop. Seronok bila orang pon seronok.
Kita seronok baking.. they seronok enjoying its. Haa..what a bliss kan.
Happy pulak bila kawan2 suka and give positive feedback to our baking. Selalu DD asyik merungut sbb Cik Lyzz asyik baking.. end up dia jugak yg kena perabih. Hehehe... pastu komplen dia da gumuk. Kui kui kui.. angin kawan tu.

Untuk Baby Pavlova ni, Cik Lyzz jual RM45 per box. Satu box ada dalam 24-25pcs of pavlova's.
Kalau mini pavlova tu RM10 j satu box. Setakat ni xde delivery jauh2. Lebih prefer orang pick up kat mrr2. 

Ok, now kita cerita pasal resepi. Kot2 ada yg nk mencuba buat sendiri. Boleh la try guna resepi dibawah ni k.. InsyaAllah menjadi. Don't Worry!!



Untuk Pavlova:
4 biji telur gred A (bahagian putih sahaja biarkan ke suhu bilik)
200gm gula castor
1/2 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil Cream of Tar tar
1/2 sudu besar tepung jagung

Cara2 : Make sure bowl kering... untuk membuat maringue, pastikan tiada sisa air, minyak sebagainya...

sebab nak buat meringue memang pantang bendasing... telur putih juga mesti takde sisa telur kuning. Masukkan putih telur dulu ke dalam bowl.... Putar putih telur sampai berbuih....

Bila dah berbuih2 sambil putar mixer masukkan gula  dan cream of tar tar sedikit demi sedikit ....
(tips: jangan campur putih telur + gula terus dari awal... Putar dulu putih telur bila dah berbuih baru masuk gula okies kawan2). And then, Putar sehingga ia kental dan berkilat.
Masukkan esen vanilla
(Tips: esen vanilla akan buatkan pavlova kita tidak hanyir bau telur.... dan sedappp)
Then putar lagi.... 
Lepas tu stop kan mixer.... masukkan tepung jagung dan juga cuka.
Masukkan adunan tadi ke dalam piping bag.... dan paipkan ikut bentuk kegemaran.
Panaskan Oven suhu 150 celsius...Bakar selama 60-75 minit sehingga disc bertukar kepada perang... It should be crust outside and marshmellow inside. ( tips : cuba try angkat pavlova tu. Kalau dia lekang dari baking sheet tu, means dah masak la. Pavlova ni sepatutnya x melekat di kertas pembakar. Kalau masik melekat, tambah kan lagi waktu pembakaran 10min. )



Untuk Krim:
240ml whipping cream

Buah2 kesukaan..
(yg masam2 mcm strawberry, berries. peach 
sebab nak bagi kontra rasa ngan pavlova yg dah sgt manis)

ok dah... tu je.

cara nk serve, letak whip cream di atas pavlova, then susun buah2 kegemaran. Enjoy...

P/s: Pavlova ni boleh simpan dalam bekas kedap udara up until 1 week tau. So boleh buat sesiap, nnt bila2 teringin nk makan baru bubuh whip cream n buah2. :D

Lastly... sila lah jamu mata dulu k.




ATV Adventure at Kemensah, Ampang

ATV RIDE TO WATERFALL!!!..

OH MY GOD
 This is really awesome getaway activity that you should try out.
So much fun, thrill and of course the most important element is when we had the chance to experience the mother nature along the journey to the waterfall while riding the ATV. Haaa... terus rasa diriku hensome macam gajah. Hik hik hik


 If you love to try a fancy riding, an ATV through the lush, green forests, nak lari dari hiruk pikuk KL, and taking a dip in the cold chilly waterfall, ATV Adventure Park, Kemensah offers these experiences to those craving for a bit of adventure or just wanting a whiff of mother nature away from the stone forest in the city. Do come here and you will love it!! Xyah jenjalan jauh2, kat KL pon boleh jumpa hutan2 dan air terjun. So, moh terjah.

 There are 25 of us, gather at ATV Adventure park pepagi lagi  around 9am and get ready to the adventurous ride for the day.. Yeahhh.. It was sweet and special because not all of us know each other since most of us just meet on the day itself but surprisingly we can get along very well. You guys are rockings buddies that i've meet so far. Thank u for being so friendly. ;) Hawwweeesomm!!

Mungkin sebab memasing da teruja sgt bila tgk ATV motor tu.. plus mostly first timer gak macam we ols. Jadi keterujaan dan nervourseness yg kami rasa masa tu adalah sama. Hehe..


Activity wajib lepas parking motor untuk ke waterfall. Wefie yaww!!

Present to you the waterfall... my goshh!!

Before ride, of course there are a short breifing about the do's and don't, the safety, the track and etc. And right after that they demo us how to ride the ATV motor. And after that each of us had the chances to try out to ride it ourself. Cool.

Mula2 kami disuruh pusing2 kawasan sekeliling. Masa ni baru la dpt feel macam mana nk break, nk laju, nk slow, nak turning the handle etc. Panic skettt.. Rasa mcm susahnye..bahaya nye, beratnye..susah nk naik bukit.. tau2 j lah, track kat hutan tu, berlecak, berlopak, berbukit semua. Muka suspend j.. But believe me, u will forgot all thise worries right after u masuk dalam hutan.
Keindahan ciptaan Allah..mengatasi rasa risau tu. Then tetiba u akan follow the flow.. and terus rasa hensome sbb bawak ATV motor.
Terus pandai... macam magic!!
Haha

Kami dibahagikan kepada 5 group. Each group ada 5 peserta iaitu kami2 ni la. Pastu each group akan di ketuai oleh tracker iaitu ATV expert dr organiser la of course. Jadi, kalau ada apa2 kita follow leader kita j la. And he will help us kalau2 ada masalah nk naik bukit ke.. tayar masuk dalam lopak ke.. etc. Dont worry k.. keselamatan adalah terjamin.

Present to u our organiser of the event.. En Esham Halim.. Adik Beradik KRU yg  xde sape yg tau.. hihihi
Sampai kat waterfall, kami buka makanan/ bekalan memasing. And share among us. Sweet sangat. Cik Lyzz and DD x mandi pon, sbb malas nk basahkan baju. Tp ada a few of us yg mandi2.. makan nasi lemak,aym goreng, kek span and many2 more. Kalau xnak mandi, just lepak2 sambil makan.. dengar bunyi air terjun, celup2 kaki pon dah awesome sgt dah k.

Sbb air terjun tu xde org.. kami2 j.. suci bersih j persekitarannye. Air pon sejuk n damai. Cube engkorang bayangkan.. cer cube cer cube.

Us

Vrooommmm...vrommm... hensome kan? Hensome kan?
Lepas dah puas lepak air terjun, kami pon zaassss balik naik. Sape2 yg rasa nk sambung mandi, boleh sambung kat swimming pool kat bawah.

Among the package that ATV Adventure Park offers are:

 Package B - RM100.00
1 to 1 1/2 hours offroad track up to Waterfall. You get a chance to swim there!

Package C - RM150.00
1 1/2 to 2 hours offroad track up to Sofea Jane. Yes, the famous waterfall where Sofia Jane used to swim. And you can swim there too! Fefeeling Sofea Jane gitew...

Package D - RM200.00
2 to 2 1/2 hours offroad track uphill and downhill to Bukit Tabur/Dam Ride. You will be seeing the whole KL and Kelang Gate Dam, here.

Package E - RM300.00
3 to 4 hours offroad track with rough terrains, river trail, steep hills, and bumpy muddy to Bukit Tabur/Dam/Sungai Liza/Dataran Mas/Bukit Lalang. Well, I guess this is the best of all!

Besides these tempting packages, facilities such as surau, toilets with showers, swimming pool, and ample parking space, clearly offers a good venue for adventurous Family Day. For  More info here at ATV Adventure Park website. They operates on Monday to Sunday : 9am to 6pm (Close from 11am to 3pm on Friday). Sila check their website for the latest update k.









Ok.. till then, ada bran?

Hehe