Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Tuesday, January 13, 2015

Sandwich wrap - Easy Healthy Yummy

Kenapa???? Kenaapaaa??
Kenapa senang sangat nk buat ni?
Eh eh..dah la senang... sedap plak tu..
Dah la sedap dan senang... cepat pulak tuuuu...
Dah la sedap, senang dan cepat.... berkhasiat pulak..
Dah tu..jimat pulak tu..
And yg paling penting sangat berkhasiat.. lebih khasiat dari mee maggie atau fast food delivery. ;P eh eh... dah dah la tuh..

Utk sausage roll ni just susun cheesedale atas Mission wrap, then letak sausage yg da dimasak( Cik lyzz panfry jer ) pastu..gulung. Pastu... panfry kejap bagi luar dia rangup and cheese dlm tu meleleh. Ok senang kan?
HAHAHA....dasyat nau intro entry kali ni.
Malas nak cakap banyak la.. tgk gambar pon dah tau..melting..drooling..salivating...kan kan?
( Cik Lyzz pon sambil taip ni sambil teguk air liur..)
Malas nak cakap la.. bukan susah pon nak buat hidangan untuk family yg berkhasiat tp still look fancy and ada class mcm ni...
Malas nak cakap banyak la... tapi mmg kalau Cik Lyzz buat ni...lajuu j habis sebab sedap tau. Sama sedap nya macam makan beger mekdi. ;p
Malas nak cakap la... bila cik abg yg susah nk makan sayur.. tetiba dengan x sengaja dia pon dah makan ni dengan jayanya. Cik Lyzz tengokkan j..huhuhu..
Malas nak cakap la.. sebab bila Cik Lyzz buat ni..mmg tengah malas pon. Ahaha
Malas nk cakap la.. time malas pon masih boleh served healthy food to our family..
Malas nk cakap la.. this meal even more faster than the fast food delivery that u order.
So, malas nk cakap banyak lagi.. kalau dah malas sangat..buat sandwich wrap ni k.

Haa....kau. Kesan gigitan Cik Lyzz.. nganga besaq2. Pastu Ngapppp!! Baca bismillah duluu... k.
 Bahan utama.. "wrap".. cik lyzz selalu guna jenama Mission. Harga pon berpatutan, ada 8 keping around RM6.90. Ada macam2 flavour.. potato, garlic, wholemeal, original, curry etc.. so, pilih j la ikut kesukaan.

Next..susun la segala jenis salad, timun, carrot, tomatto, pickles, ikut la.. boh j sume2 yg ada dlm fridge tu.

Then.. add on protein, ayam, salmon, daging, tuna, sausage or anything that u like. Paling2 pon boleh j boh telur scrabble.

Untuk bagi perasa..boleh tambah sos kegemaran, mayo, mustard, olive oil, bbq sos etc.. ( for my taste, cik lyzz suke letak mayo and mustard only)

Nak potong2 mcm ni pon voleyyy... untuk kids xde la membazir kalau x abis kan.
Pastu gulung.. then dah boleh makan pon. Tp Cik Lyzz suka pan fry sekejap kasi rangup sikit outter dia. Baru lah.. perghhh...


Malas nak cakap lah.....

Nak buat ni jap...

Bye..

Homemade oreo ais krim/ice cream


Halooooow.... Mownink. ;)

Sape kat sini suke makan eskrim?

I mean who doesn't like this fellow kan? Ia lembut, sejuk, sweet, manis, tambah pulak dengan kerangupan biskut oreo tu. Perghhh.. dapp.

So, why buy if you can do it yourself? Lebih2 lagi, kalau buat sendiri, kita boleh control kadar kemanisan yg kita nak. Especially nowadays, kena amalkan 'eat clean'... dlm apa pon makanan yg kita consume tau. Pastu.. boleh jimat. Pastu.. dah la jimat, puas makan sebab boleh buat banyak2.. dah la banyak.. sedap pulak sebab ikut taste kita kan. Hehehe ..

Maklum lah..macam2 penyakit skang ni. Jadi, baik lah kita minimakan faktor2 yg boleh menyebabkan penyakit2 tu kan. Mudah2 han...
Beside, bila buat sdr ni..Rasa puas hati sebab kita tau apa yg kita letak dlm sesuatu makann tu kan. Then, puas hati dapat bagi ahli keluarga dan  kesayangan2 kita makan hasil air tangan kita. Dan yg paling penting, faktor KEBERSIHAN..

DD suka perisa vanilla.. while "your truely" suka chocolate. Maka jadilah eskrim belang2 mcm kek belang. Dan to add texture..cik lyzz boh biskut oreo yg di patah2kan.  Malas nk hancurkan sbb suka nk gigit biskut tu masa makan ice cream nnt. Onomnomnom... try ler.

Ok.. moh intai resepinya :

Bahan2 asas :

1 biji telur
1/2 cawan susu pekat ( leh kurangkan kalau x suka manis )
1 cawan fresh milk/susu cair
1/2 cawan whip cream
1sudu ovellete

**** perisa yg digemari : chocolate, strawberri filling, yougart, vanilla etc

Cara2 :

Combine telur and susu pekat. Putarkan sampai jadi creamy. Then double boil kan sekejap sambil putar dengan mixer utk matikan any bacteria yg ada dlm telur tu.

Satu kan bahan2 lain dalam mangkuk besar. Tambahkan dengan adunan telur tadi. Pukul dengan mixer sampai gebu dan kental. Lebih kurang 15min. Depend on the mixer la k. Kalau yg heavy duty..kejap j la ye.

Kemudian masukkan perisa kegemaran.

Masuk dalam bekas dan bekukan semalaman.

Boleh lah nikmatinya as it is..atau dgn roti, pancake, ice cream cone, pisang goreng ataupon boleh juga buat ais krim goreng.

Till then, selamat mencuba.

Saturday, January 3, 2015

Telur dadar chicken sausage gebu

As Salam and selamat Sejahtera.



Dah lama tak singgah blog sebab internet connection sangat la slow and siput.
Between belum terlambat Cik Lyzz nk ucapkan Selamat Tahun Baru 2015 pada semua dan juga Salam Maulidul Rasul SAW. Banyak2 selawat arini k.. ;)

Seperti yg kita tahu.. 2014 meninggalkan kita dengan seribu satu kenangan dan pengajaran. Negara kita pon ditimpa pelbagai ujian since kejadiah MH370, MH17, banjir, QZ8501.. Cik Lyzz doakan semoga rakyat Malaysia khususnya terus tabah untuk teruskan kehidupan mendatang. InshaAllah. 

Semoga tahun yg mendatang ni lebih baik lagi untuk kita semua. Amin.. Mana2 yg baik tu jadikan teladan, x kurengg tu.. elok2 ler tinggalkan.

Okey... x zabarrr dah Cik Lyzz nak share resepi telur dadar special ni.. Ala, telur dadar j pon.. tp kalau kita buat dengan baik, it turn outstanding. Selain dari mudah, simple and jimat masa dan wang ringgit. Almaklum la kan.. zaman ekonomi makin meruncing ni. Kena la pandai berjimat dan sebolehnye elakkan makan kat luar. At least we know what we put inside the food. Dan yg paling penting ia bersih dan sihat.





Orait.. moh kite.

Bahan2 :

Sayur2 seperti carrot/brokoli/cauliflower/green peas etc
Bawang besar hiris ( optional )
Garlic ( smash )
1 Chicken sausage ( hiris nipis )
salt and papper to taste
3 biji telur
1/2 cup fresh milk

Bahan tabur: ( optional )
Capsicum/ cili padi
cheese
any herbs of your choice

White creamy Sauce :
1 clove of garlic ( smashed )
fresh milk
1 spoon Mayonise
1/2 tea spoon mustard
salt and sugar

Cara2 :
Campur telur dengan fresh milk, salt and papper. pukul sampai gebu dan ketepikan.
meanwhile, kita saute bawang, garlic dalan kuali. bila da agak layu, add chicken sausage, then masukkan sayur2, just like u masak sayur campur tu. Bila dah agak2 sayur 1/2 cook, tuangkan telur yg kita pukul tadi. Slow kan api.. and tutup kuali supaya stim dia boleh masakkan permukaan telur. Once u see telur tu dah nak masak, boleh la taburkan bahan tabur tadi... then tutup api.. and still tutup kuali biar dia continue masak with the heating yg masih ada tu.

Ok, sebenarnye, da boleh serve pon masa ni. Tp untuk dapat A and kasi husband dan anak2 lebih syg kat wife and mummy dia ni.. buat la white creamy sauce and tuang atas telur dadar td.

Mesti berebut derang makan. Hehehehe...

For mummy, kalau nk diet, boleh makan telur dadar special ni and skip nasi. Kenyang dah sebab ada sayur, protien, carbo, vit etc.. Suke letteww! ;)

Untuk white creamy sauce, just saute garlic with olive oil sampai naik bau. then add fresh milk, mustard and mayo. Gaul sebati and masak dengan api perlahan sampai kuah pekat.
Perasakan garam and gula.


Cepat!


Simple!


Sedap!


Ape nk lagi?????

Jommm buat.. zasssssssssss


Thursday, December 11, 2014

Nak sihat dan cantik? Jom makan buah sebelum makan.


Salam Hari Khamis, good morning...and Saranghea,

Sebelum tu nk wish happy holiday to all Selangor's employees. Suka nau nau dapat cuti ye. Sila jangan datang KL untuk bershopping ye kengkawan. Nanti jammed. Muahahaha...

Gambar ehsan dari google



Dapat petua untuk cantik luaran dan dalaman.. eat fruits before any meal. Selalu kita jadikan buah as "pencuci mulut" kan? Means after meals baru makan buah buahan kan? In fact, Cik Lyzz ada baca yg amalan makan buah selepas hidangan utama adalah tidak baik untuk kesihatan. Kandungan gula di dalam buah memerlukan masa untuk dicerna. Jika kita makan buah selepas makan, cara ini membuatkan perut kita mengalami masalah pencernaan.  Ini boleh menyebabkan nutrisi makanan yang lain tidak dapat diserap dengan baik di dalam tubuh. Khasiat buah yang mengandungi Fruktosa dapat meningkatkan kadar insulin dan kerana itulah memakan buah-buahan sebelum makan nasi dapat mengelakkan pankreas dalam badan kita berkerja terlalu kuat untuk menghasilkan insulin.




One of the example of my fruit+vege juice

Selain itu, kajian juga membuktikan memakan buah-buahan dapat mengurangkan risiko menghidap penyakit. So, why not start from today kite jadikan dia starter plak. Early in the morning, before breakfast, makan la buah buah dulu.. begitu juga sblm makan nasi tengah hari and dinner. Wokeyyy??

Okey, kali ni Cik Lyzz nk kongsi, selain dari makan fresh fruit yg kita potong dan makan... boleh juga sekali sekala tukar selera buat fresh juice dari sumber buah2an dan sayuran, There is no right or wrong in the recipe, all u need is just mixes all the fruits + vege's that u like in the blender, add ice cube.. blend well and have it. This juice Cik Lyzz suka sangat minum waktu pagi sblm sarapan. Selain rasa yg sedap..baik untuk kesihatan dalaman dan juga dapat mencantikkan kulit wajah. Xde la lagi masalah kulit kusam x bermaya.. bla bla bla.


Tips : Kalau suka boleh add Dairy cream/fresh milk/ yougurt in it. Terus jadi smoothies. Yummm.. ;P

For those who doesn't like vege.. atau ada anak2 yg x suka makan buah2 mahupon sayur, this juice doesnt taste like veg at all.. 


Try la and tell me how u like it. 

Orait.. ni assignment untuk korang ye. Pas da start amalan makan buah sebelum makan and drink this healthy fruit+vege juice ni.. dalam sebulan sila la tangkap gamba selfie and send kat Cik Lyzz. 

Cik Lyzz nak tengok... cantik ke tidokkk?? hehehe...


Monday, December 8, 2014

Resepi Pavlova mudah


As Salam dan selamat sejahtera u ols..

I was fall in love with these babies. Comel kan?

Selain comel, rasanya pon sedap.. yummy my tummy!! Haha... 
Untuk sesiapa yg masih belom pernah cuba rasa pavlova ni, rasanya manis. Sesuai untuk sesiapa yg gemar makanan manis2. Luarannya crunchy, manakala didalamnya lembut macam kapas dan teksturnye macam marshmellow.

Closed up.. rangup diluar, dalam macam kapas. Nyummm..


Jadi, mostly orang akan serve pavlova ni dengan fresh fruit yg masam2 untuk balancekan rasa manis base dia tu. Ditambah pulak dengan whip cream, jadi combinasi lemak2 bercream serta masam manis tu buat pavlova ni sangat special.

Untuk pengetahuan, now ramai pulak kawan2 Cik Lyzz order baby pavlova ni dr Cik Lyzz. Dah jadi favourite  and bestseller pulak. ;P Cik Lyzz buat suka2 j.. tp kalau ada org mintak tolong buat, Cik Lyzz buat la.

Knowing that, baking is my pasion and hobby.. now boleh jana sedikit income $$.. hehe x sangka ler pulop. Seronok bila orang pon seronok.
Kita seronok baking.. they seronok enjoying its. Haa..what a bliss kan.
Happy pulak bila kawan2 suka and give positive feedback to our baking. Selalu DD asyik merungut sbb Cik Lyzz asyik baking.. end up dia jugak yg kena perabih. Hehehe... pastu komplen dia da gumuk. Kui kui kui.. angin kawan tu.

Untuk Baby Pavlova ni, Cik Lyzz jual RM45 per box. Satu box ada dalam 24-25pcs of pavlova's.
Kalau mini pavlova tu RM10 j satu box. Setakat ni xde delivery jauh2. Lebih prefer orang pick up kat mrr2. 

Ok, now kita cerita pasal resepi. Kot2 ada yg nk mencuba buat sendiri. Boleh la try guna resepi dibawah ni k.. InsyaAllah menjadi. Don't Worry!!



Untuk Pavlova:
4 biji telur gred A (bahagian putih sahaja biarkan ke suhu bilik)
200gm gula castor
1/2 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil Cream of Tar tar
1/2 sudu besar tepung jagung

Cara2 : Make sure bowl kering... untuk membuat maringue, pastikan tiada sisa air, minyak sebagainya...

sebab nak buat meringue memang pantang bendasing... telur putih juga mesti takde sisa telur kuning. Masukkan putih telur dulu ke dalam bowl.... Putar putih telur sampai berbuih....

Bila dah berbuih2 sambil putar mixer masukkan gula  dan cream of tar tar sedikit demi sedikit ....
(tips: jangan campur putih telur + gula terus dari awal... Putar dulu putih telur bila dah berbuih baru masuk gula okies kawan2). And then, Putar sehingga ia kental dan berkilat.
Masukkan esen vanilla
(Tips: esen vanilla akan buatkan pavlova kita tidak hanyir bau telur.... dan sedappp)
Then putar lagi.... 
Lepas tu stop kan mixer.... masukkan tepung jagung dan juga cuka.
Masukkan adunan tadi ke dalam piping bag.... dan paipkan ikut bentuk kegemaran.
Panaskan Oven suhu 150 celsius...Bakar selama 60-75 minit sehingga disc bertukar kepada perang... It should be crust outside and marshmellow inside. ( tips : cuba try angkat pavlova tu. Kalau dia lekang dari baking sheet tu, means dah masak la. Pavlova ni sepatutnya x melekat di kertas pembakar. Kalau masik melekat, tambah kan lagi waktu pembakaran 10min. )



Untuk Krim:
240ml whipping cream

Buah2 kesukaan..
(yg masam2 mcm strawberry, berries. peach 
sebab nak bagi kontra rasa ngan pavlova yg dah sgt manis)

ok dah... tu je.

cara nk serve, letak whip cream di atas pavlova, then susun buah2 kegemaran. Enjoy...

P/s: Pavlova ni boleh simpan dalam bekas kedap udara up until 1 week tau. So boleh buat sesiap, nnt bila2 teringin nk makan baru bubuh whip cream n buah2. :D

Lastly... sila lah jamu mata dulu k.




Resepi Keria Labu

Salam u ols..

Ape kabar yunk? Harap2 semua sihat sejahtera disamping keluarga tercinta. Pada ibu2 mama2 atau mummy2 yg tengah pening nk pikir nk masak ape untuk cik abang dan anak2 untuk minum petang, leh try resepi ni. Arini Cik Lyzz nk share resepi kuih keria yg dibuat daripada labu.

Sape suka makan labu??
Makan lah labu sbb labu ni banyak khasiat nye tau.. selain sedap dimakan, baunye harum manis, rasa lemak2 manis, warna yg cantik menawan dan banyak serat dan kaya  khasiat. Haa... da macam pantun dua kerat plak. Ekekeke..


Gambar dari google.com. Hehehe..


Nabi kita Muhammad SAW pon suka makan labu.. Nabi SAW makan roti berkuah dengan daging dan buah labu. Beliau suka kepada buah labu dan mengatakan : "Bahawa labu itu pohon saudaraku Yunus AS".

Aishah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Hai Aishah apabila kau masak gulai,  maka perbanyakkan dalamnya buah labu kerana labu itu menguatkan hati yang duka".

So kalau kita makan labu ni, niat lah ikut sunnah. InsyaAllah, dapat pahala dan moga2 keberkatan tu membawa kebaikan untuk kita bila makan labu tu nnt. Ada jugak dengar orang tua2 kata labu ni angin dan sejuk. Ape2 pon, kita bersederhana lah k.. Don't eat too much.. practise moderate ye... ;p

Ok, antara khasiat buah labu ialah  ia mengandungi Vitamin A dan beta karotin yg baik untuk kulit dan mata, ia juga buah yg banyak serat yg dapat membantu sistem penghadaman,  antioksida dapat mengurangkan risiko penyakit, dapat menguatkan struktur tulang, melindungi fungsi jantung, dan ia juga baik untuk ibu yg hamil kerana ia banyak zat besi. ( sumber dari google )

Try la google lagi khasiat buah labu ni..banyak tau. selain rasa nya sedap, murah, easy to get, dan baik untuk kesihatan, Labu ni pon boleh buat pelbagai jenis masakan, jadi kalau beli labu separuh tu macam2 boleh buat. Suka!!



Pumpkin Porridge serve with fish sambal.. sedap dap dap...!!

Selalu dalam sebulan CIk Lyzz akan beli la labu kuning ni sekali dalam sebulan.. kadang2 dua bulan sekali. Beli separuh j sebab nk makan berdua harganya pon dalam RM2 sahaja. Cik lyzz personally mmg gemar makan labu.. Tp encik DD kurang gemar makan labu ni. Dia x suka bau labu tu katanya.

Salah satu masakan yg biasa Cik Lyzz buat dgn labu ialah, pengat labu as dessert, masak lemak labu letak udang sohon pucuk, porridge labu, labu bakar, sup labu makan dgn garlic bread dan yg terbaru Cik Lyzz cuba resepi keria tp tidak menggunakan keledek, but labu.
Haa..hamek kau. Sume bende aku nk guna labu.
Keria Labu Cik Lyzz

Ready to eat... ;) YUMMY MY TUMMY...


Rasanya sangat2 sedap.. yummy. Tak menyesal mencuba, rasanya lembut, lemak manis labu tu buat keria ni lebih istimewa.. Kalau org yg x suka bau labu mcm DD, surprisingly, bila kita buat keria guna labu, mcm xde bau labu pon. DD pon makan dgn jayanya serta banyaknye. In fact, dia yg makan lagi banyak dari Cik Lyzz. ;P

Cuma bila guna labu, susah sikit nak membentuk kuih keria tu sebab dia lembik. Jadi sape2 yg nk cuba jangan risau ye kalau adunan lembik. Dia mmg macam tu.. tp bila goreng ok la dia keras. Jangan lah pulak, u ols pi tambah tepung banyak2, nnt x sedap pulak kuih keria u ols. Kalau susah2 sgt, bentuk j bulat2 mcm kuih keria kat Cameron Highland tu, then salut gula mcm biasa. Siap Weeeeeeeee....

Ok, moh intai resepi keria labu:

1/4 labu lebih kurang 1kg
2 cawan tepung
sedikit garam
sedikit air
1/2cawan gula 
Minyak untuk menggoreng

Cara2 :


Potong kecil buah labu ( tanpa buang kulit mcm dlm gamba diatas. Ini gaya pemalas la ye), kukus sampai empuk. Setelah itu, sejukkan dan keluarkan isi labu dengan menggunakan sudu.
Mashed labu dengan sedikit garam dan masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul rata.
Bentukkan keria dan goreng sampai kekuningan ( golden brown ).

Untuk sira gula, masak gula dan air atas api, masak air gula sampai sedikit kental, kemudian gaul rata keria degan cepat. Make sure semua keria diselaputi gula. tutup api dan sedia untuk dihidang.

Sedap dimakan panas2 dengan air kopi sambil tengok bola. Perghhh..

Tak sedar habis sepinggan.

Hehehe..

Till then, selamat mencuba.

Bye.





Sunday, October 19, 2014

Classic Victoria Sandwich Cake Mary Berry

Salam,

Fuhhh.... fuhhh tiup habuk2 and sawang2 kat blog ni. Kah kah kah..
Ok this is another recipe yg Cik Lyzz nk keep for future reference. Suke sangat kek ni.. Sangat classic.. tasty.. spongy, buttery and for me it brings a taste of nostalgia in every bite of it.

Teringat dulu2 masa tinggal dengan Arwah nenek... kek ni la nenek selalu buat. Tp dulu panggil butter cake j kot.. or maybe we called it kek planta. Hehe.. Arwah nenek dulu guna planta, x pakai butter pon. Kalau time raya Arwah Atok akan beli planta tin besar tu untuk buat biskut and kek. 

Lagend tol.. ***Cry   (T T) **

And dulu nenek punya kek sapu dengan jem stoberi atas permukaan dia.. pastu tabur kelapa kering. Sedap tau bila kita rasa lembut dari kek span tu.. pastu rasa masam2 manis dr jem, and lemak2 garing dr kelapa kering tu.. perghhh.. ( Ok rindu all those Arwah's which were closed to my heart. Alfatihah for them.. )


Those who like to check the original recipe.. can view THIS link from BBC- Food.
This recipe is from Mary Berry.. i like it since i found it was the simplest VSC cake ever and turn out well. Hardly to fail. All you need to do is weight all the ingredient in same amount, dump all the ingredient in large bowl and mixed its with your mixer until well incorporated. Do not overmixed and then pour in your baking tin.. and lets the oven do their job for u.. huhu




Mini VSC in cuppy size... I used non stick cupcake pan

Ingredients

  • 4 free-range eggs ( Make sure its A size )
  • 225g/8oz caster sugar, plus a little extra for dusting the finished cake ( Cik Lyzz dusting using icing sugar )
  • 225g/8oz baking spread, margarine or soft butter at room temperature, plus a little extra to grease the tins ( Used the good quality of butter will give more impact to the result. Cik Lyzz used Anchor, it sold at 225g, so it is just ready to be used.. ;) )
To serve

Preparation method

  1. Preheat the oven to 180C/350F/Gas 4. ( Cik Lyzz punya oven 160C api atas bawah )
  2. Grease and line 2 x 20cm/8in sandwich tins: use a piece of baking or silicone paper to rub a little baking spread or butter around the inside of the tins until the sides and base are lightly coated. Line the bottom of the tins with a circle of baking or silicone paper (to do this, draw around the base of the tin onto the paper and cut out).
    Technique: Greasing and lining cake tins
  3. Break the eggs into a large mixing bowl, then add the sugar, flour, baking powder and baking spread.
  4. Mix everything together until well combined. The easiest way to do this is with an electric hand mixer, but you can use a wooden spoon. Put a damp cloth under your bowl when you’re mixing to stop it moving around. Be careful not to over-mix – as soon as everything is blended you should stop. The finished mixture should be of a soft ‘dropping’ consistency – it should fall off a spoon easily.
  5. Divide the mixture evenly between the tins: this doesn’t need to be exact, but you can weigh the filled tins if you want to check. Use a spatula to remove all of the mixture from the bowl and gently smooth the surface of the cakes.
  6. Place the tins on the middle shelf of the oven and bake for 25 minutes. Don't be tempted to open the door while they're cooking, but after 20 minutes do look through the door to check them.
  7. The cakes are done when they’re golden-brown and coming away from the edge of the tins. Press them gently to check – they should be springy to the touch. Remove them from the oven and set aside to cool in their tins for five minutes. Then run a palette or rounded butter knife around the inside edge of the tin and carefully turn the cakes out onto a cooling rack
  8. To take your cakes out of the tins without leaving a wire rack mark on the top, put the clean tea towel over the tin, put your hand onto the tea towel and turn the tin upside-down. The cake should come out onto your hand and the tea towel – then you can turn it from your hand onto the wire rack.
  9. Set aside to cool completely.
  10. To assemble the cake, place one cake upside down onto a plate and spread it with plenty of jam. If you want to, you can spread over whipped cream too.
  11. Top with the second cake, top-side up. Sprinkle over the caster sugar.
  1. Watch technique0:29 minTo take your cakes out of the tins without leaving a wire rack mark on the top, put the clean tea towel over the tin, put your hand onto the tea towel and turn the tin upside-down. The cake should come out onto your hand and the tea towel – then you can turn it from your hand onto the wiving cakes from a cake tin
Removing cakes from a cake tinWatch technique0:32 minsSet aside to cool completely.
My all time fav cake.. easy and nice..

Thursday, October 16, 2014

Salmon Terriyaki campak2



2 keping salmon
1-2ulas bawang putih
1inch halia
1-2tbs sos ikan
1tbs sos tiram
1tbs chilli flakes/ 1 tangkai cili kering ( ramas kasar)
Garam n gula
sedikit minyak olive

Gaulkan semua bahan dan salutkan pada ikan yg telah dibersihkan. Perap lebih kurang 10-15min dan grill ikan sampai masak. Angkat ikan ke pinggan hidangan.

Dalam kuali sama.. masukkan lebihan sos perapan.. biarkan bawang n rempah2 sedikit garing. At this point..kalau rasa nk masukkan mushroom ke, carrot ke, capsicum ke, brokolli ke..boleh masuk time ni.. Then tuang air secukupnya.. jgn terlalu banyak.. kacau rata sehingga kuah pekat.
Perasakan garam gula.. then tuang kuah td ke atas ikan. Siap!!... senangkan? 

Cube lahh try.. sedap nau nau..



Makan dengan nasi panas2..sedap gila

Kami mmg suka grill ikan sampai welldone and yg pasti kulit ikan kena garing.. nyumm..

Kalau masterchef..at this point dah boleh angkat ikan tu.. keliling da nampak putih.. middle part color oren..

Selamat Hari Raya Aidiladha Homemade beef patty/burger.( cadangan daging korban 1)

Salam...

Hi ols..lama Cik Lyzz men'sepi'kan diri.. bukan ape, bz sket skang ni amik oder rakan2 yg nk makan ciskek, cistart, pavlova, creampuff dan many more. Dapat la Cik Lyzz isi masa lapang sementara bercuti2 kat umah ni kan.


Ape story Raya Haji u ols... I ols..macam biasa balik kg la... kat kg baru raya. Haha.. kali ni beraya di rumah mak dulu. Pastu ahad petang ( read as malam ) baru sampai umah ayah. Ayah i ols buat lemang u ols... perghhh sape2 pernah rasa lemang ayah Cik Lyzz memang tau la rasa dia cane. Dapppp baq ang.. cukup lemak, lembut, masin, sume... nyum3..

Ok..bila Raya Korban for sure rumah u ols banyak daging korban kan? So kali ni Cik Lyzz nk kasi cadangan hidangan utk daging korban tu..

Selain masak kari, masak lemak, dan sebagainye.. kita boleh buat metball, patty burger, satey, steak or paling2 pon siap2 potong nipis2.. pastu perapkan dgn biji ketumbar, halba campur, halia, garlic, sos tiram, kicap  pekat, garam n gula.. rempah2 tu blend j sampai halus.. pastu perap la daging tu.. boleb simpan dlm freezer j. Bebile rasa nk makan, grill aje.. kan senang.

Cik Lyzz dah buat dah meatball and patty burger frozen.. tunggu masa j nak "Let it gooo"... sambil masak sambil nyanyi lagu frozen. Kekdahnyee....


Amacam? U ils pon boleh try.. xyah beli dah. Mcm meatball boleh la nk mkn dgn sup ke.. dgn spegheti ke.. dah2 g defroze daging dlm esbok tu.. cincang2 jadi minch meat.. pastu senang dah nk pikir nk masak ape..


Ok la.. tu j nk share kali ni.. till we meet again.

Beef patty Cik Lyzz... pure meat and herbs only.. x guna tepung/telur/breadcrumb.. sinfully yummm

Meals for 2.. Cik Lyzz grill jugak kentang and terung. Takut x kenyang kang DD tu.. huhu

Roti is high fiber... x kenyang lagi tak tau la... hehehe..

Nahhhh... hamekk satu. Nganga besaq2 baruu stylee.. kat umah boleh la no nk nganga besaq mana pon. Kat kedai makan ang jgn buat pasai. Malu kat org haih..

Thursday, September 11, 2014

Chocolate Cheese Tart


Tarrraaaaaaaaaaaaaaa... tempting tak tgk cheese tart Cik Lyzz??
Senang j tau nk buat..easy pessy j..

Sebenarnye idea nk buat ni bila tgk kat restoran Aaron Aziz Kids and Cream ada Nutella cheese tart.
Ramai yg kata marvelous sangat tart tu siap ramai yg tapau bawak balik lagi lepas cuba..

Cik Lyzz pon geram nengoknye.. try la google the recipe.. Tp xde stock nutella pulak kat rumah.
Ade choc masakan untuk buat kek.. ok boleh la. Project on.
Huhu..


Eh, apehal ada buah dragon ni plak kan...
Hehe.. sebenarnye saje nk info sikit.. Cik Lyzz ada baca kalau kita start our day by eating any fruits before breakfast, akan baikkan system penghadaman..boleh hilangkan kedut2, eyebag and awet muda, sbb senang body system nk absorb all the nutrition from the fruit itself kalau kita mkn buah buahan dulu before any meals.

Selama ni makan buah as dessert kan? apa kata lepas ni kita tukar sikit.. makan buah as a starter.
So far, untuk Cik Lyzz.. belom nampak apa2 lagi la. Masih lagi x awet muda.. x glowy kalau x pakai camera 360..masih lagi kena pakai eyeliner untuk cover eyebag.. haha..

Tapi one thing is.. Cik Lyzz dapat balik routine membuang like everyday.
Everyday mesti buang sekali. ok la kan.. tu j yg Cik Lyzz perasan buat masa ni.
Cik Lyzz dah amalkan like half month. InsyaAllah akan teruskan j la.

Dragon fruit and green apple for starter of the day

Yummm... kalau boring hari2 mkn buah, boleh j buat jus. 
 Allright, back to our main topic.. The Chocolate Cheese Tart recipe from Joyofbaking
Check it out
Bahan2 :

1 cawan tepung
sedikit tepung jagung
1/3 cawan icing sugar
a pinch of salt

1/2 cawan cold butter ( potong kecik2 )

Masukkan all in food processor.. then blend sampai jadi crumble.. ( Kalau xde food proccessor, boleh rub j butter dgn tepung sampai habis. )

Dah siap.. tekan2 adunan td ke dalam tart mould. Make sure tepung tu cover the whole tin evenly.
(Boleh guna belakang sudu untuk ratakan permukaan tepung )
Then, rest kan dlm fridge for about 20min supaya butter and tepung firm sikit untuk dapatkan crust yg rangup, Sementara tu boleh la pre heat oven 180-200'c. Bakar crust sampai masak for about 15-20min,

Bila dah masak, keluarkan crust dr oven, dan rest kan. ( sejukkan dia di redai )

Untuk Filling :

250g cream cheese
1 cup whipping cream
2biji telur
1/2 cup granulated sugar
Vanilla assence

Pukul cream cheese dgn gula sampai lembut. then masukkan telur, whip cream and vanila assence.
Pukul lagi sampai kembang and sebati.
Tuang adunan ke dalam crust td.. dan bakar lagi sampai cheese kekuningan and masak.

( Kalau nk buat Strawberry/blueberry or whatever flavor, boleh mix kan skali the puree dlm adunan cheese before baking. Or can also use fresh berry campak j atas cheese batter tu before bakar. Tips : kalau guna flavor buah2 seperti strawbery, blueberry, etc, please add lemon juice into the cheese batter and omit vanilla assence, It will make the cheese taste really good. )

Topping:

1/2 choclate bar
2 sudu besar serbuk koko
Susu pekat secukupnya
1 sudu butter

Cairkan chocolate bar dengan kaedah double boil.
Masukkan serbuk koko, susu pekat and butter.. kacau sebati sampai all the ingredient well incorporated.

Tuang choklat atas cheese tart tadi. Chill before serve.

Gamba ni just right after tuang the choc ganache... x sabar nk potong.. tp kena chill dulu kejap. Bagi dia set.
 Cheese tart ni sesuai untuk cheese lover macam kami la.. rasa shortbread nye yg rangup and masin2 sikit.. tambah pulak dgn rasa cheesy dari cream cheese kat tengah2 with topping dia choc ganache. Sila bayangkan... bila kita gigit..krupppp, rangup masin2, then ada rasa lemak manis chocolate blending together... hulaaaaaaaa......yebaaa yebaaaaaa...

Tak ingat daah nk diet ke ape... masa makan tu.. pejam mata sikit.. and nikmati lah setiap rasa yg ada dlm mulut tu.. hehehehe.... lebih2 pulak Cik Lyzz ni kan.

Penat cari tart mould... x jumpa. Last2 pakai j la baking tin untuk buat kek tu.. guna yg loosing pan, senang nnt nk keluarkan crust dia.

Eat me!!!




Cekodok pisang rangup di luar.. lembut kat dalam. Must try!

Hi salam...

Today Cik Lyzz nk share satu resepi simple from our daily food.
Cik Kodok Pisang nii... Dapp tau. Garing kat luar...tp still lembut kat dalamnye.
Yg penting mesti banyak pisang dari tepung. Baru kaw.

Cekodok rangup..
Da lama cari resepi cekodok pisang yg garing kat luar... bila gigit rangup, tp kaya rasa pisang.
Ok rahsia nya senang j.. kena guna brown sugar.

Moh kitew check bahan2 and cara2nya :

4-5biji pisang
Tepung Gandum 1 cawan ( masukkan sedikit demi sedikit sampai adunan ok. Maybe kite guna less of this or more. Bergantung pada size pisang jugak. )
1-2sudu besar gula perang
1-2 sudu besar gula pasir
soda bikarbonat ( optional.. x bubuh pon xpe . And Cik Lyzz x bubuh pon )
sedikit garam
Minyak untuk menggoreng

Cara2 :

1. Blend pisang, gula perang, gula pasir, garam and soda bikarbonat. Jangan blend lama sangat.
2. Perap 15-30 min.. ( ni la rahsianya... kita perap biar gula tu caramelised, baru la hasilkan kerangupan di luar cekodok tu nnt. )

3. Panaskan minyak..
4. Masukkan tepung kedalam adunan pisang td. Jangan terlalu lembik...dan tak terlalu keras.
Just nice boleh jemput dengan tangan..ok dah tu.
5. Jemput kan pisang kedalam minyak panas... goreng sampai kuning keemasan.

Dah siap.. mudah and yum yum yum..

Ada dua tone.. satu terlebih sudah.. hehe