Showing posts with label Islamic. Show all posts
Showing posts with label Islamic. Show all posts

Wednesday, September 14, 2011

Ibadah Umrah

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Umrah ialah Haji kecil, ia diambil dari perkataan al-I'timar iaitu (ziarah). Orang yang mengerjakan Umrah akan berniat Ihram Umrah dari miqat, mengerjakan Tawaf Qudum, bersaie dan seterusnya bertahallul dari Ihramnya dengan bercukur atau bergunting.

1. Beriham Dari Miqat Miqat Zamani : Empat orang Imam telah bersependapat bahawa mengerjakan ibadat Umrah pada kesemua hari-hari di dalam setahun adalah harus kecuali lima hari mengikut pendapat Imam Hanafi iaitu pada hari Arafah dan empat hari selepasnya. Mereka berpendapat mengerjakan ibadat Umrah pada hari-hari tersebut adalah makruh yang membawa kepada haram. Tanda Sempadan Tanah Haram:
Tan'im:
Jalan menuju ke Madinah sejauh 6 km dari Mekah.

Wadi Nakhlah:
Di timur laut sebelah Iraq dan jaraknya dengan Mekah sejauh 41 km.

Ja'ranah:
Di sebelah timur sejauh 16 km.

Adhah:
Jalan menuju ke Yaman dan jaraknya dengan Mekah sejauh 12 km.

Hudaibiyah:
Di sebelah barat jalan ke Jeddah dan dinamakan sekarang ini dengan Asy-Syamisi sejauh 15 km dari Mekah.

Al-A'lam (tanda) ialah: Batu-batu yang dipahat setinggi satu meter kemudian diletakkan di tepi jalan-jalan tersebut.

Miqat Makani: Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah menetapkan tempat miqat bagi penduduk Madinah di Zul Hulaifah, bagi penduduk Syam di Juhfah, bagi penduduk Najd di Qarnul Manazil dan bagi penduduk Yaman di Yalamlam. Sabda Baginda Lagi: Miqat-miqat tersebut adalah bagi penduduk negeri-negeri tersebut dan bagi mereka yang melaluinya untuk menunaikan ibadat Haji dan Umrah. Manakala, selain dari mereka yang tersebut, miqatnya adalah mengikut arah kedatangan mereka, begitu juga dengan penduduk Mekah, miqatnya memadai dari Mekah. Para ahli Ilmu telah bersepakat mengenai tempat-tempat miqat tersebut.Juhfah:Merupakan miqat bagi penduduk Mesir, Syam dan mereka yang datang dari arahnya.Abyar Ali (Zul Hulaifah):Iaitu miqat bagi penduduk Madinah: Dinamakan Abyar Ali kerana ia merupakan tempat bekalan air bagi Bani Jathim, juga merupakan miqat yang paling jauh dari Kota Mekah iaitu kira-kira 450 kilometer. Perjalanan dengan unta dapat merentasi jarak tersebut selama sembilan hari, kira-kira 50 kilometer setiap hari (iaitu kira-kira 4 kilometer satu jam). Ia (50 Km) juga dinamakan satu marhalah.Qarnul Manazil:Sebuah bukit yang terletak di hadapan padang Arafah yang dikenali dengan Qarnul Manazil dan ia merupakan miqat bagi penduduk Taif dan mereka yang berada di belakangnya.Zaatu Irqin:Dinamakan Zaatu Irqin kerana ia merupakan sebuah bukit bernama Irqin, terletak di hadapan sebuah lembah yang dikenali dengan Wadi al-Aqiq iaitu sebuah perkampungan yang terletak sejauh 2 marhalah dari Kota Mekah. Miqat ini tidak terdapat di dalam hadis Rasulullah s.a.w, tetapi ia telah disepakati oleh para ulama.Yalamlam:Yalamlam merupakan salah sebuah dari bukit-bukit yang terdapat di sebelah utara, kira-kira 2 marhalah dari Kota Mekah dan ia adalah miqat bagi penduduk Yaman.

2. Tawaf
Jika sudah sampai di Makkah, lakukanlah tawaf umrah mengelilingi Ka?bah tujuh kali putaran, dimulai dari Hajar Aswad dan berakhir di Hajar Aswad. Lalu shalatlah dua raka?at di belakang Maqam Ibrahim, dekat dengan Maqam ( kalau mungkin) atau jauh darinya.

3. Saie
Setelah selesai shalat dua raka?at, pergilah ke Bukit Shafa untuk melakukan sa?i umrah tujuh kali putaran, dimulai dari Bukit Shafa dan berakhir di Bukit Marwa. Doa Bersaie:
اللَّهُمَّ يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مُوجِبَاتِ رَحْمَتِكَ، وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ، وَالسَّلَامَةَ مِنْ كُلِّ إِثْمٍ، وَالْفَوْزَ بِالْجَنَّةِ، وَالنَّجَاة مِنْ النَّارِ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى، اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ. اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ الْخَيْرِ كُلِّهِ مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَمَا لَمْ أَعْلَمْ، وَأَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ النَّارِ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ.
Yang bermaksud: Wahai Tuhan yang membalik-balikkan segala hati, tetapkanlah hatiku di atas agamaMu. Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepadaMu segala yang mewajibkan rahmatMu, segala yang meneguhkan keampunanMu, kesejahteraan daripada segala dosa, memperolehi Syurga dan terpelihara dari api Neraka. Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepadaMu hidayat petunjuk, ketaqwaan, terpelihara dari segala kesalahan dan kekayaan. Wahai Tuhanku, tolonglah aku supaya aku dapat menyebutMu, mensyukuri dan beribadat kepadaMu dengan sebaik-baiknya. Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepadaMu segala kebajikan, apa yang aku ketahui, apa yang aku tidak ketahui dan apa yang belum aku ketahui. Aku memohon kepada Engkau Syurga dan perkara-perkara yang boleh mendekatkan aku kepadanya samada perkataan atau perbuatan. Aku berlindung dengan Engkau dari Neraka dan dari perkara-perkara yang boleh mendekatkan aku kepadanya samada perkataan atau perbuatan. Bukit Safa:Ketika mendaki bukit Safa disunatkan membaca Firman Allah
إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَطَّوَّفَ بِهِمَا وَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَإِنَّ اللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيمٌ
Yang bermaksud: Sesungguhnya Safa dan Marwah itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang) agama Allah. Oleh itu sesiapa yang menunaikan ibadat Haji di Baitullah atau mengerjakan Umrah, maka tidak salah dia bersaie (berjalan secara berulang-alik) di antara keduanya. Sesiapa yang sukarela mengerjakan perkara kebajikan, maka sesungguhnya Allah pemberi balasan pahala, lagi Maha Mengetahui.Kemudian menghadap ke arah Kaabah lalu mengucapkan:
اللَّهُ أَكْبَر اللَّهُ أَكْبَر اللَّهُ أَكْبَر، اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ، أَنْجَزَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ حَقًّا حَقًّا، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ تَعَبُّدًا وَرِقًّا، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَلَا نَعْبُدُ إِلَّا إِيَّاهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ.
Yang bermaksud: Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar Terbesar dari segala yang besar-besar, segala puji-pujian tertentu bagi Allah, Maha suci Allah Yang Maha Agung dengan puji-pujian yang mulia pagi dan petang. Tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, Tuhan yang telah menepati segala janji-janjiNya, Tuhan yang telah menolong hambaNya dan menghancurkan segala musuh-musuh dengan keagunganNya. Tidak ada tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, kepada Allah kami memperhambakan diri kami dengan penuh keikhlasan dan kejujuran.

Bukit Marwah:Ketika mendaki bukit Marwah disunatkan membaca Firman Allah:
إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَطَّوَّفَ بِهِمَا وَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَإِنَّ اللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيمٌ
Yang bermaksud: Sesungguhnya Safa dan Marwah itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang) agama Allah. Oleh itu sesiapa yang menunaikan ibadat Haji di Baitullah atau mengerjakan Umrah, maka tidak salah dia bersaie (berjalan secara berulang-alik) di antara keduanya. Sesiapa yang sukarela mengerjakan perkara kebajikan, maka sesungguhnya Allah pemberi balasan pahala, lagi Maha Mengetahui.Kemudian menghadap ke arah Kaabah lalu mengucapkan:
اللَّهُ أَكْبَر اللَّهُ أَكْبَر اللَّهُ أَكْبَر، اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ، أَنْجَزَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ حَقًّا حَقًّا، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ تَعَبُّدًا وَرِقًّا، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَلَا نَعْبُدُ إِلَّا إِيَّاهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ.
Yang bermaksud: Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar Terbesar dari segala yang besar-besar, segala puji-pujian tertentu bagi Allah, Maha suci Allah Yang Maha Agung dengan puji-pujian yang mulia pagi dan petang. Tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, Tuhan yang telah menepati segala janji-janjiNya, Tuhan yang telah menolong hambaNya dan menghancurkan segala musuh-musuh dengan keagunganNya. Tidak ada tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, kepada Allah kami memperhambakan diri kami dengan penuh keikhlasan dan kejujuran.

4. Bertahallul dari Ihramnya dengan bercukur atau bergunting
Setelah selesai sa`i, pendekkanlah rambut kepala.Dengan demikian, selesailah palaksanaan ibadah Umrah, dan bukalah pakaian ihram anda lalu gantilah dengan pakaian biasa.

Friday, December 3, 2010

~~~ What IF... ~~~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




Ever wonder what would happen if we treated our Quran like we treat our cell phone?



What if we carried it around wherever we went?



What if we flipped through it several time a day?



What if we turned back to go get it if we forgot it?



What if we used it to receive messages from the text?



What if we treated it like we couldn't live without it?



What if we gave it to Kids as gifts? What if we used it when we travelled?



What if we used it in case of emergency?



This is something to make you go....



hmm...where is my Quran?



Oh, and one more thing.



Unlike our cell phone,



we don't have to worry about our Quran being Disconnected because Allah already paid the bill.



Makes you stop and think 'where are my priorities?



And no dropped calls!







Note : MasyaAllah.. Astaghfirullah..

Monday, October 4, 2010

Wahai kamu kamu dan kamu..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*********~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Wahai yang empunya diri, sudahkah selesai mendirikan solat?”
“Sudah, Alhamdulillah.

Apakah kamu telah berniat dan mengangkat takbir ketika memulakan solatmu?”
“Ya.”

"Apakah ketika kamu memasang niat dan mengangkat takbir itu, kamu rasakan
itu mungkin solatmu yang terakhir, kerana mati boleh menjemputmu bila-bila
masa?”
“Tidak..”

“Adakah ketika lidahmu menyebut ‘Allahu akbar’, hatimu turut membesarkan
Allah?”
“Tidak..”

“Kalau begitu, kamu tidak benar-benar berniat dan mengangkat takbir.”
“….”

“Ketika lidahmu melafazkan doa iftitah, adakah kamu mengiyakannya bahawa
hidupmu dan matimu hanya untuk Allah yang Esa?”
“Tidak..”

“Ketika surah al-Fatihah kamu baca, adakah hatimu bersyukur kepada Allah,
Tuhan yang kamu sembah dan tempat meminta pertolongan, lantas kamu memohon
diberi petunjuk ke jalan yang diredahi-NYA dan dijauhkan dari jalan yang
sesat lagi dimurkai-NYA?”
“Tidak..”

“Kalau begitu, kamu sebenarnya tidak membaca apa-apa dalam solatmu.”
“…..”

“Adakah kamu telah menyempurnakan rukuk dan sujud serta menjaga
pergerakanmu agar tidak mendahului iman?”
“Ya.”

“Dan ketika rukuk dan sujud itu, adakah hatimu tunduk dengan penuh rasa
hina diri ke hadrat Allah dan benar-benar merasakan kebesaran-NYA dan kamu
merasakan Allah melihatmu dan menilai solat yang sedang kamu kerjakan?”
“Tidak..”

“Kalai begitu, kamu sebenarnya tidak rukuk dan sujud.”
“…”

“Dalam solatmu, adakah kamu berniat mendekatkan diri kepada Allah dengan
mengerjakan sesuatu amalan juga kebaikan yang paling utama?”
“Tidak..”

“Dan ketika kamu akhiri solatmu dengan ucapan salam, adakah hatimu berasa
takut kalau-kalau solat yang baru kamu kerjakan tidak diterima Allah lalu
amalan itu dilemparkan kembali ke mukamu, di samping menaruh harapan agar
Dia mahu menilai solatmu sebagai pengabadian darimu?”
“Tidak..”

“Kalau begitu, kamu sebenarnya tidak mendirikan solat keranaNYA dan tidak
pula mengingati dan mendekatkan dirimu dengan Allah melalui solatmu”.

Berhati-hatilah kerana Allah telah berfirman:
‘Neraka Wail bagi orang yang solat, yang mereka itu lalai dalam solatnya.’
(Al-Ma’un”: Ayat 4-5)


Astaghfirullahal azim…Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk memperbaiki
solatku dan menjadikannya wadah untuk tambah dekat dan hampir dengan-Mu..Peliharalah iman kami Ya Allah.. Amin..

Nota kuku kaki : Got this from Pak usu's email this morning, think that it is nice and good to share here with all of you. Hope you'll like it. Untuk renungan bersama, semoga kita sama2 dapat memperbaiki solat kita nnt ye. ;D ( Copy and paste from one of the junkmail )

Friday, October 1, 2010

DOA PELEMBUT HATI

~~~~~~~~~~~~~~~~~~


In conjunction with previous post, I found this Do'a untuk lembut kan hati seseorang. InsyaAllah dgn bantuan dan rahmat kasih sayang Allah, Allah akan tolong kita..Amin.

Just yakin j ek..Selamat beramal.

Doa ni juga applicable untuk lembutkan hati anak2 yg degil, nakal atau hyper-active sangat tu. Boleh juga di amalkan untuk lembutkan hati diri sendiri atau pasangan..Sila lah cuba ye..jgn memalu.. Hehe.. Your truely baru 1st day amalkan ni..

Alhamdulillah, rs tenang sket.

Maksudnya:

Wahai Tuhan yang Maha Pelembut.
Allah Maha Lembut terhadap hamba-hambanya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang
Dikehendakinya dan Dialah Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa
( Asy Syuura ayat 19(42))

Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga ( di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. (ALI-IMRAN- 200 ( 3) )

CARA BERAMAL

1. Baca dalam doa selepas solat fardhu iaitu di samping baca doa-doa lain , tambahkan doa ini.
Jadikan amalan membaca doa ini secara istiqamah dalam doa selepas solat fardhu.

2. Baca pada waktu malam semasa anak nak tidur atau sedang tidur ( untuk lembutkan hati anak2 ).
Kaedah:-
i. Letakkan tapak tangan kanan di dada sebelah kiri.
ii. Istighfar 3 x kemudian niatkan dalam hati
" Ya Allah lembutkanlah hati anakku"
" Ya Allah jadikanlah anakku ini anak yang soleh/solehah. "
" Ya Allah lembutkanlah hati si polan bin si polan terhadapku..mudahkan lah urusanku bersamanya"
iii. Kemudian baca doa di atas.
iv. Dah habis baca doa tadi tiup umbun-umbun kepala , muka dan dada anak 3 X. Kalau doa untuk selain dr anak..hembus saje ke arah org tu.

~~ Amalkan doa ini secara istiqamah, Insya Allah akan dapat keberkatan dan pertolongan dari Allah.
~~ Doa ini juga boleh di amalkan untuk diri sendiri dengan meletakkan tangan kanan di dada kiri dan baca doa di atas.


==Untuk melembutkan hati suami==

a. Istighfar 3 x
b. Niatkan dalam hati : Ya Allah lembutkan hati suamiku dan berilah taufik hidayah kepadanya.
c. Bacalah doa ini:-
kemudian kejamkan mata, bayangkan wajah suami dan tiup pada tengkuknya 3 x.

**Amalkan setiap lepas solat fardhu.**

.

Monday, August 9, 2010

Ahlan Ya Ramadhan Al-Mubarak..

~~~~~~~~


Ahlan Ya Ramadhan Al-Mubarak..



"Ya Allah, May Your blessings be too many to count... And our worries too few to matter May our days be filled with Sunshine... And our nights in comfort.. May we never go hungry... And be able to share the bounty May Allah bless and protect us... And strengthen our faith May Allah Bless the people of Palestine... And answer to our prayers May the next Eid we celebrate be free from oppression, hatred, persecution, and fear... And may this Ramadhan fills with Barakah and may Allah accept and count all of our Ibadah.." Amin..



My wishes to all Muslim for a blessed Ramadan and please remember those who go hungry all year long… Ramadan Mubarak to all! :D

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ 97:1]]
Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam kemuliaan.

وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ [97.2]
Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?

لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ [97.3]
Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.

تَنَزَّلُ الْمَلائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ [97.4]
Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.

سَلامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ [97.5]
Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.

.

Sunday, July 25, 2010

26 July 2010 malam Nisfu Sya'aban - " Mari hidupkan Bulan Syaaban kerana untuk mengagungkan Ramadan”

.

Dari At-Tarmizi dengan sanad-sanadnya dari Anas ra. dia berkata, “Nabi saw ditanya apakah bulan selepas Ramadan yang terafdhal berpuasa”. Nabi saw menjawab bermaksud, “Bulan Syaaban kerana untuk mengagungkan Ramadan”. Nabi saw ditanya lagi, “Sedekah apakah yang terafdhal?”. Nabi saw menjawab, “Sedekah dibulan Ramadan”. Kata At-Tarmizi, hadis ini hadis Hasan Sahih.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

26 July 2010 malam nisfu sya'aban

Hari Nisfu Sya'aban akan tiba pada hari Isnin malam Selasa ( sebaik saja masuk maghrib), 26hb Julai, 2010(selepas magrib pada hari 14 Sya'aban 1430H)

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.

Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:


1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, malam = 26 Julai 2010)

Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat

Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x

Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, malam = 26 Julai 2010)

i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur di dalam kebajikan

ii) Selepas Yasin kedua : mohon dimurahkan rezeki yang halal

iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik....

Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x

Baca doa nisfu Sya'aban

3. Berpuasa pada siangnya (hari Selasa 27 July)

4. Mengadakan Qiammulaial

....................................................
Antara kelebihan bulan sya’baan ialah:

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya’baan maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kepada nabi Allah, Yusof a.s. di dalam syurga;

2. Pada malam nisfu sya’baan setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman:
"Adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya." - Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, sabda Nabi Muhammad s.a.w.

Tuesday, April 27, 2010

~~ Apabila musibah melanda kita .... ada hikmah di sebalik nya ~~

~~~~~~~~~~~~~~~~

Apabila kita dilanda musibah apakah sikap yang perlu kita ambil?
.. jangan lah kita bersedih, berduka, dan janganlah kita berputus asa dari rahmat Allah Taala ... semua itu ada hikmah nya ..

Bagaimana Orang Mukmin Bersikap bila Musibah Datang?


Ketahuilah bahwa musibah datang merupakan ujian bagi hamba, untuk dilihat mana yang benar imannya dan mana yang dusta.

Apa yang mesti dilakukan oleh orang yang beriman jika musibah datang,

1. Meyakini bahwa semua musibah datangnya dari Allah

Prinsip ini harus kita pegang, agar kita tetap istiqomah

Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (QS Al Hadid: 22)

2. Menyadari kesalahan kita bila musibah itu datang karena dosa kita.

Ini adab kita di hadapan Allah, sekalipun semua musibah dari Allah, agar kita tidak menyalahkan Allah tetapi menyalahkan diri sendiri.

Keduanya berkata, ”Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi. (QS Al A’rof: 23)

Dan Kami tidaklah menganiaya mereka, tetapi mereka lah yang menganiaya diri mereka sendiri. (QS Hud: 101)

3. Mengatakan dari Allah bila cobaan datang berupa kebaikan

Prinsip ini harus kita pegang, agar kita tidak sombong sekalipun kita yang berbuat, karena mustahil kita memperoleh kebaikan tanpa kehendak dari Allah.

”Maka (yang sebenarnya) bukan kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah lah yang membunuh mereka, dan bukanlah kamu yang melempar ketika kamu melempar, tetapi Allahlah yang melempar. (QS Al Anfal: 17)

4. Berfikir, mengapa musibah tiba?

Karena dengan berfikir demikian kita menjadi orang yang selalu ingat dan takut kepada Allah.

Katakanlah, ”Berjalanlah di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan itu. (QS Al An’am: 11)

5. Berlindung kepada Allah dari kejahatan musibah

Mengapa demikian? Karena kita tidak mampu menolak musibah, musibah pasti ada, tetapi kita berlindung kepada Allah dari kejelekan akibat musibah. Adapun dalilnya surat Al Falaq, An Nas dan surat lainnya.

6. Bertawakal kepada Allah

Bertawakal maksudnya menjadikan Allah sebagai penolong kita dari semua urusan.

Katakanlah, ”Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami, dan hanyalah kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakal. (QS At Taubah: 31)

7. Bersabar atas ujian Allah

Bila kita mendapatkan ujian berupa kesengsaraan, hendaknya bersabar dan meningkatkan harapan kita kepada Allah. Tetapi bila ujian itu berupa kesenangan, hendaknya kita bersyukur dan meningkatkan takut kepada Allah, agar kita tetap waspada dan istiqomah.

Shuheb berkata, ”Rasulullah bersabda, sangat menakjubkan perkara orang mukmin, semua perkaranya baik. Tidaklah dimilikinya sifat ini melainkan oleh orang mukminin, jika dia ditimpa kesenangan dia bersyukur, maka itu baik bagi ia, dan bila ditimpa kesengsaraaan dia bersabar, maka itu baik bagi dia. (HR Muslim:5318)

8. Berbaik sangka kepada Allah

Tidaklah Allah menguji orang mukmin melainkan karena Dia menyenanginya dan karena untuk kebaikan mereka di dunia dan di akhirat.

Rasulullah bersabda:

Sesungguhnya besarnya pahala diukur dengan besarnya ujian, dan bila Allah suka kepada kaum, maka mereka diuji. Jika mereka ridho maka Allah ridho dan bila dia marah, Allah pun akan marah kepadanya. (HR. Tirmidzi 2320 dishohihkan oleh Al Albani, Lihat silsilah As Shahihah: 146)

9. Tidak putus asa tapi berharap rahmat-Nya

Dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah, Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. (QS. Yusuf: 67)

Syaikh Abdur Rahman bin Hasan berkata, ”Berharap pengampunan dari Allah tapi tetap berbuat jahat dan tidak mau taat, ini adalah penipuan setan agar manusia takut tetapi tidak mau berusaha untuk menyelamtkan dirinya dari siksaan. Berbeda dengan orang mukmin, mereka berupaya untuk mengamalkan amalan shalih karena takut siksaan Allah dan karena berharap maghfiroh dan rahmatNya. (Kitab Fathul Majid Syarah Kitab Tauhid 2/598)

~~ Hikmah Diturunkannya Musibah ~~


Setiap musibah yang menimpa makhluk tentu ada hikmah dan maslahahnya, hal ini bisa diketahui tentunya bila kita mau berfikir dengan benar dan mengenal islam yang sebenarnya. Adapun diantara hikmahnya musibah sebagai berikut:

1. Mengetahui kebesaran kekuasaan Allah

Diantara kekuasaan Allah yang dapat kita saksikan ialah Dia mampu membuat sesuatu dan mampu menghancurkannya, dan tidak satupun dari makhlukNya mampu menghalangi.

2. Pelajaran bagi yang berbuat dosa

Hendaknya bencana bisa mengingatkan pelaku maksiat agar bertaubat dan menambah rasa takut.

Dan sesungguhnya Kami telah membinasakan negeri-negeri di sekitarmu dan Kami telah mendatangkan tanda-tanda kebesaran Kami berulang-ulang supaya mereka kembali (bertaubat). (QS Al Ahqof:27)

” Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri.” (Al Baqarah; 222)

3. Menghapus sebagian dosa orang mukmin

Aisyah berkata, ”Rasulullah bersabda, Tidaklah musibah yang menimpa kepada orang Islam melainkan Allah akan menghapus dosanya sekalipun musibah itu hanya tertusuk duri.” (HR. Bukhori 5209)

4. Menambah semangat da’i untuk berdakwah

”Dan peliharalah dirimu daripada siksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zhalim saja diantara kamu. Dan ketahuilah bahwa Allah amat keras siksaan-Nya.” (QS Al Anfal: 25)

5. Menambah pahala bila mau bersabar

Sebagaimana hadits yang diriwayatkan oleh Imam muslim tertulis di bawah pada pembahasan ”Sikap orang mukmin bila musibah datang No.7”

6. Mengenal bahwa musibah adalah ujian

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan. (QS Al Anbiya`:35)

7. Mengetahui betapa besar nilai nikmat Allah

Orang kadang kala baru menyadari betapa besar nikmat yang telah Allah karuniakan setelah nikmat tersebut dicabut.

8. Meningkatkan ibadah orang mukmin

Orang mukmin semakin melihat kebesaran Allah semakin bertambah pula iman dan amal ibadahnya. Lihat surat Al Anfal: 2

9. Akan datang kelapangan setelah kesempitan

(Maka bersabarlah) karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak. (QS An Nisa’: 19)

10. Mendapatkan kesejahteraan dan hidayah dari Allah

Lihat surat Al Baqarah ayat 155-157.

Sebagian ulama salaf berkaa, ”Andaikan tidak ada musibah di dunia, tentu kita datang pada hari kiamat rugi tanpa membawa pahala.” (Lihat Al Iman bil Qodho` wal qodar oleh Muhammad bin Ibrohim Al Hamd, 106)

Masih banyak lagi manfaat yang dapat diambil dengan datangnya musibah, misalnya timbul rasa belas kasihan kepada para kurban sehingga terbuka kesempatan untuk membantu dan lain sebagainya.

Little Lizzy Note : Ingat lah...setiap masalah itu adalah ujian dr Allah..dan setiap ujian itu..merupakan "KASIH SAYANG" Allah pada hamba Nya. Keep smile ;D

Thursday, April 22, 2010

Surah2 & Ayat2 Al Quran yang harus diamalkan

~~~~~~~~~~~~~~~~~

Buat ingatan untuk diri sendiri dan juga rakan2 yg dikasihi.. :)

10 Surah yg harus jadi amalan :

SURAH AL-FATIHAH

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

SURAH YAASIN

Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban).

Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

SURAH AT-DHUHAN

Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

SURAH AL-WAQI’AH

Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak.

Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

SURAH AL-KHAUTHAR

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

SURAH AL-KHAAFIRUUN

Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi).

Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

SURAH AL-MULK

Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur.

SURAH AL-IKHLAS

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya :

“Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya.”

Dari Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali.

Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”

SURAH AL-FALAQ

Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala.Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut.

Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

SURAH AN-NAS

Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.

````````````````````````````````
Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh :
Surah Al Baqarah - Ayat 102

Anak2 pandai belajar :
Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79

Anak2 lembut hati/ elak panas baran :
Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24

Anak2 malas sekolah :
Surah Toha ayat 1-5

Ayat pendinding : Ayat akhir surah At Taubah

Bg anak2 yg suka keluar malam :
Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x

Untuk jadi pendinding rumah :
Surah Al BAqarah dibaca & tiup pd air , dan spray
keliling rumah

Nota little lizzy : Renung2kan dan selamat ber a'mal.. ;D