Monday, June 20, 2011

father's day

Published with Blogger-droid v1.6.8


Published with Blogger-droid v1.6.8


Published with Blogger-droid v1.6.8

Tuesday, June 14, 2011

Happy Father's Day, Ayah.. you are Super Dad!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sooo sorry for not to update here for so long.

Been busy and no mood to write.

There's a lot of thing happen during April till May.

1st of all the bad news of a sudden death of my late beloved mother..really give a huge impact to us. Makes me feels more responsible to my parent and siblings especially those yg masih sekolah tu. Life goes on.. and now I know who really will be by our side when we in need, and who are just be by our side when they in need of something. Terima Kasih Tuhan untuk tunjukkan siapa dia..orang2 yg berada di sekeliling saya. Untuk ayah, semoga kuat kan semangat. InsyaAllah, selagi eja leh tolong ayah...sedaya upaya eja akan tolong. Biar bergolok bergadai sekalipon.

Selepas kisah duka..penuh hitam dan gelap tu..ayah x sihat. I am very2 panic. No no..i am not complaining..dont get me wrong..saya tahu pasti ada hikmah dan alhamdulillah all of these was end and i know what is the hikmah beside all these... Cuma nk put in this blog supaya saya ingat masa2 suka duka dan sentiasa berpijak di bumi yg nyata. Brought ayah to Pantai Hospital, Bangsar for full medical check up. Then, after a few check up with 3 different specialist, then we know axactly what is ayah's suffering for all these time. Nama sakit dia Esophageal Stricture or Achalasia Cardiae which effect the ability of the esophagus to move food toward stomach. Kesian sangat..since the last 2 week ayah memang fail to eat anything.Even cannot swallow any liquid pon. So, everyday he's getting weaker. Sampai kurus kering, dihydrate and pucat lesi.. Ayah at that time asyik sebut pasal mati j. Sedih sangat. Me masa tu x tau nk mintak tolong sapa..untuk kos rawatan dan operation, untuk tanya2 pendapat doktor2, 2nd opinion dr luar, untuk tanya kesan sampingan, atau pon is there any side effect etc..Sy ada ramai adik beradik, tp saya hanya buat tu sorang2. Satu experience baru untuk saya. masa tu main redah j masuk bilik doktor specialist. Bila doktor kata ada side effect acidic yg merbahaya n boleh jadi kanser, saya melompat n tanya2 doktor lain untuk alternative way. Kos consultation and all sy carik sendiri. Malah, urusan adik2 kat kampung pon saya uruskan. Kebetulan adik bongsu demam. Alhamdulillah.. semua Allah permudahkan. Rasa macam saya anak sulung dlm keluarga. Abang x pernah tanya langsung pasal how to get the fund, sape nk gilir2 jaga ayah kat hospital..what doktor said? for the operation, what is the side effect if any? any other alternatif way beside the operation? ape consequences yg akan berlaku? is it high risk? No....xde semua tu..Dalam mimpi pon tak pernah berlaku.. In fact, sape nk jaga adik2 while me taking care of ayah at hospital pon dia tak tanya.. And masa ayah da terlalu lemah, dia tak tanya pon how ayah nk datang KL from Perak? Sampai kan ayah terpaksa mintak tolong jiran hantar kan dia ke KL. And Last, jiran tu kena balik sendiri.. And yes, he did come to visit ayah at hospital, after working hour. and just drop by. Tu pon duduk jauh2 dr ayah.. ayah pulak yg asyik tanya pasal keadaan dia..what happen to him? any prob? Sedih tgk ayah risau takut2 ayah ada salah dgn abang. I am very2 upset.. tp hidup mesti terus dan hadapinya dgn senyuman.

Sy harap suatu hari nnt dia juga rasa seperti yg ayah rasa. Sayu hati saya setiap kali melihat air mata ayah bergenang dgn sikap abang. Saya tak doakan dia sakit.. tp sy nak dia rasa mcm mana hati seorang ayah bila anak buat mcm tu pada dia. Saya nak dia rasa mcm mana hati ayah rasa bila dia merajuk satu ketika dulu dgn ayah dan ambil keputusan untuk tidak balik kg n tanya kabar ayah untuk beberapa tahun.. sy nak dia rasa itu.Pasal xnk sambung belajar, pasal xnak stay kerja, pasal kawen..dan yg terbaru pasal ayah sakit..etc. Sy nak dia rasa semua yg ayah rasa.. sy tak nak Allah beri lebih dari apa yg dia buat sekarang terhadap ayah..tp cukup la setimpal dgn apa saja yg dia buat.. termasuk juga segala kebaikan yg dia buat. Sy nak dia rasa.. itu doa saya.

Detik waktu itu sangat perit. Sy exhausted sampai terpaksa bahagikan masa dirumah, dgn adik demam mlm2, di hospital dan juga di opis. Ada satu hari, Sy kena sampai hospital pukul 7am untuk dengar apa doktor cakap masa lawatan doktor waktu pagi, petang sy pergi kerja untuk siapkan outstanding and urgent matters..sy ingat sy kuat.. semangat memang kuat, tp badan saya lemah sampai pengsan di ofis. Dalam masa sy pergi kerja..suami amik cuti untuk jaga ayah. ( terima kasih syg. Tuhan j boleh balas jasa syg. ).tp semua itu sudah jadi kenangan indah buat saya. Saya kenal suami saya yg sangat supportive. Saya ada kawan2 yg banyak membantu dari segi kewangan dan moral support.Sy ada Makcik2 yg caring..mak usu dan pak usu yg pergi jumpa ustaz sampai pukul 11 mlm..mak long yg tolong buatkan ayah bubur sum sum.. dan x lupa hari2 dtg melawat pagi dan petang...dan sy ada adik2 di sekeliling sy. Sy juga bersyukur sbb Allah beri peluang untuk saya berbakti pada ayah. Sbb sy x dpt peluang itu untuk arwah mak dan ummi.


After all, ayah da semakin baik sekarang. Alhamdulillah..terima kasih Allah diatas nikmat kesihatan yg Engkau berikan.

Nota : saya masih lagi menunggu dan lihat sejauh mana dia dapat kotakan janji dia pada saya untuk ayah..

Friday, May 6, 2011

EGO ke TAK TAU MALU?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tajuk tu mcm sipi2 j kena mengena dgn isi kandungan kat bawah ni.. hehe
I copy paste untuk rujukan n panduan sape2 yg berhutang.. or sape2 yg x tau adab2 dan hukum bayar hutang.. x kira la kita berhutang dgn sape pon..even family terdekat...da jadi amanah n tanggungjawab kita untuk tunaikan janji serta langsaikan hutang tu. Lebih2 lagi org yg beri hutang tu berniat ikhlas hendak membantu sampai sanggup berkorban ape saje demi org2 yg dia sayang. Especially ayah saya yg sanggup keluarkan duit tabung haji dia untuk bantu org2 kesayangan dia. Buat ayah, Eja akan tolong sedaya upaya untuk cukupkan duit ayah untuk pergi menunaikan rukun islam yg ke-5 tu. Hope lepas ni.. xde sape2 nk kacau duit ayah lagi. X rela mengenangkan arwah Ummi yg x sempat nk tunaikan haji tahun lepas. ;'(

Kepada orang berhutang, sebaik-baiknya berusaha dengan tangan sendiri sebelum mengambil keputusan meminta-minta atau berhutang dengan orang lain. Orang yang suka berhutang seolah-olah menafikan kebolehan yang ada pada dirinya untuk berusaha sendiri mencari rezeki keperluan hidup.

Sebaik-baiknya cubalah elakkan diri daripada berhutang. Namun, apabila keadaan terlalu mendesak dan tiada jalan lain untuk memperoleh wang, maka di sinilah Islam membenarkan amalan berhutang.

Apabila sudah mula meminjam, aturkan jadual pembayaran hutang secara berterusan dan konsisten mengikut jadual serta menepati syarat perjanjian supaya tidak menimbulkan masalah pada kemudian hari. Cuba elakkan daripada mengambil kesempatan melambat-lambatkan pembayaran hutang kerana ia bukan sahaja menyusahkan diri sendiri malah kepada orang yang memberi hutang.

Ada beberapa ingatan daripada Rasulullah kepada mereka yang berhutang, sama ada yang suka berhutang, melambat-lambatkan pembayaran hutang atau mereka yang tidak melangsaikan hutangnya.

Rasulullah turut memberi ingatan bahawa jika seseorang itu meninggal dunia, sedangkan dia masih berhutang, dosanya tidak akan diampunkan walaupun dia mati syahid dalam peperangan.

Seseorang yang berhutang hendaklah berikhtiar dan berusaha membayar hutang yang dipinjamnya kerana hutang itu wajib dibayar. Tindakan menunda atau melewatkan pembayaran hutang dilarang kerana itu satu kezaliman. Rasulullah bersabda yang maksudnya "penundaan hutang bagi mereka yang mampu adalah satu kezaliman".
Berdosa besar bagi orang yang sengaja tidak membayar hutang. Seseorang yang suka melewat-lewatkan bayaran hutang setelah berkemampuan untuk membayar-nya, boleh mendatangkan kesan buruk dalam hidupnya bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat antaranya :

    i. Hidup akan ditimpa kehinaan dan hilang maruahnya.
ii. Hidup mereka tidak akan mendapat keredhaan dan keberkatan Allah.
iii. Perbuatan mereka itu digolongkan dalam perbuatan zalim.
iv. Amalan kebajikan mereka tidak akan diterima.


Sabda Rasul S.A.W.

  Maksudnya : “Penangguhan hutang oleh orang yang berkuasa membayarnya, adalah satu kezaliman, halal maruah dan hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang boleh mengambil tindakan ke atas diri dan maruahnya)

(Riwayat Ibnu Majah)

Sabda Rasul S.A.W.

  Maksudnya : “Kurangkan dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkan daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas”. 

(Riwayat Baihaqi)

Disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor

Note : Something to ponder... if orang yg berhutang tu berkemampuan untuk bayar hutang.. tp melengah2kan atau mmg xde niat pon nak bayar balik hutang tu sbb pinjam dari keluarga terdekat... maknanya EGO ke TAK TAU MALU? Hmm...

Monday, April 25, 2011

Rest in peace, Goodbye Ummi..till we met again..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Al-FATIHAH untuk arwah Ummi saya yg pulang ke rahmatullah pada 04.04.2011 12.10am.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yg beriman. Amin..

To be absent from the body
Is to be present with Allah
The dust returns to earth
The spirit returns to Him Who gave it

When you're gone...
I can't call you on the phone
I can't knock on your door
No matter how loud I scream you can’t respond

I still remember the moment I held your hand as you took your last agonizing breath
You fought with your heart and your soul
but you lost..we lost

My son will never know you;
how funny you were
how generous and caring you were
how there was nothing that could stop you from giving me everything I needed and wanted...except this

You won’t be able to walk me down the aisle
You won’t see me in my new house
You won’t comfort me as life pushes me down
You cannot advice me when i need some.

where are you?
I want to hug you and tell you I love you again
I want sit and have your cooking together
I want to laugh and smile the way only you could make me
I miss you like crazy Ummi
I just wish I could find you somewhere out there to let you know.

Remember how much I
love you
and we know you took our
love with you.

Void, empty and hollow inside
As my dreams have fled, my hopes have died
and wish you were still here
No one can replace you..

Ummi pergai dulu bertemu Ilahi.. tunggu kami di syurga ye Ummi.. ;'(

Monday, March 14, 2011

Sinopsis Hikayat Merong Mahawangsa ~ oleh: Dato' Profesor Dr. Siti Hawa Hj Salleh

~~~~~~~~~~~~~~~

Hikayat Merong Mahawangsa Chronological of Malay

Holla.... sempena cerita masa kini Hikayat Merong Mahawangsa - KRU atau dikenali sebagai The Malay Chronicles: Bloodlines di peringkat antarabangsa, Cik Lyzz pon berkesusasteraan la sket.. Sbb dulu2 x pandai ngaji sejarah. So, supaya x lost masa tgk cerita ni.. baik la mendapat sedikit info untuk jalan cerita nya. x gitu??





Hikayat ini mengambil judulnya daripada nama seorang raja yang berasal dari Rom yang dipercayai melahirkan dinasti Mahawangsa menjadi sumber keturunan raja-raja yang membuka negeri yang diberi nama Langkasuka yang kemudiannya lebih dikenali sebagai negeri Kedah Zamin Turan.

Penulisan hikayat ini menggemblengkan ketiga-tiga unsur tempatan, unsur Hindu dan Islam dan ternyata cerita asal usul negeri Kedah ini dikarang selepas negeri itu memeluk agama Islam. Pengarangnya, seorang pujangga istana Kedah, amat setia pada struktur pensejarahan tradisional Melayu kerana memulakan ceritanya dengan mengemukaka asal usul rajanya, peristiwa yang menyebabkan raja itu memulakan pelayarannya, pembukaan negeri, jurai keturunan daripada raja yang pertama kepada yang terakhir (semasa penyalinan terakhir dilaksanakan), kisah pengislaman dan beberapa peristiwa yang ingin disampaikan oleh pengarang berkaitan sejarah negeri Kedah mengikut penilaian dan kacamata masyarakat sezaman.

Walaupun tidak semua hasil penulisan sejarah tradisional ditulis berdasarkan ciri-ciri penulisan sejarah tetapi hanya sebahagian daripada ciri-ciri tersebut, Hikayat Merong Mahawangsa tertulis dengan berpandukan kelima-lima ciri penulisan sejarah yang memaparkan konsep sejarah masyarakat zaman silam.

Bahagian awal cerita mengemukakan kisah-kisah raja dan pembukaan negeri berdasarkan mitos dan lagenda atau cerita-cerita khayalan yang dipercayai masyarakatnya, sama ada bersifat tempatan, bersifat Hindu ataupun cerita-cerita yang berasal dari pengaruh Islam. Dalam bahagian inilah hikayat ini menyatakan yang menjadi nenek moyang raja-raja Kedah ialah Raja Merong Mahawangsa, seorang raja yang bukan sahaja mempunyai ikatan kekeluargaan dengan Raja Rom tetapi juga menjadi pembesar kepercayaannya. Dalam pelayaran menuju ke Negeri China, angkatan yang mengiringi Putera Raja Rom diserang dan dimusnahkan oleh geroda yang telah bersumpah di hadapan Nabi Allah Sulaiman bahawa ia akan menghalang Raja Rom daripada memperlihatkan kebesarannya dengan berbesan dengan Raja China. Sementara Putera Raja Rom dipertemukan dengan puteri China di Pulau Langkapuri melalui usaha geroda sendiri, Raja Merong Mahawangsa diterima sebagai Raja Langkasuka. Baginda hanya meninggalkan negeri itu kepada puteranya, Raja Merong Mahapudisat, setelah puteranya dewasa dan layak memerintah negeri. Raja Merong Mahadipusat memenuhi pesanan ayahandanya dengan mengarahkan putera sulungnya membuka negeri Siam; putera kedua membuka negeri Perak; anakandanya yang ketiga, seorang puteri membuka negeri Patani sementara putera yang bongsu tinggal bersamanya di Kedah dan menggantikan ayahandanya bila baginda mangkat dengan gelaran Raja Seri Mahawangsa.

Pengarang tidak menyebut langsung perkaitan antara negeri Kedah dengan negeri Perak dan Patani tetapi menggambarkan wujudnya pertalian yang erat antara negeri Kedah dengan negeri Siam. Pengarang menceritakan bagaimana bermulanya tradisi penghantaran bunga emas dan bunga perak oleh negeri Kedah kepada Siam bila Raja Seri Mahawangsa (Raja Kedah yang ketiga) mendapat berita kekanda sulungnya Raja Siam mendapat putera. Terus raja Kedah memerintahkan supaya tradisi menghantar bunga emas itu diteruskan hingga ke akhir zaman setiap kali mendapat putera.

Raja Seri Mahawangsa mangkat setelah puteranya, Raja Seri Maha Inderawangsa menentang perintahnya dan berkahwin dengan puteri bangsa gergasi. Perkahwinan inilah yang melahirkan Raja Bersiung, raja yang paling terkenal dalam hikayat ini. Raja Ong Maha Perita Deria atau lebih terkenal sebagai Raja Bersiung menjadi seorang Raja yang zalim terhadap rakyatnya sendiri dan tersingkir dari takhta. Baginda diganti oleh puteranya yang bergelar Raja Phra Ong Mahaputisat yang digantikan pula oleh puteranya, Raja Phra Ong Mahawangsa.

Dalam zaman pemerintahan Raja Phra Ong Mahawangsalah, negeri Kedah menerima Islam yang dibawa oleh Syeikh Abdullah. Baginda merupakan raja Kedah pertama memeluk Islam dan menukar namanya kepada Sultan Mudzaffar (sic Muzaffar) Syah. Setelah selesai meletakkan asas keislaman di negeri itu, Syeikh Abdullah pulang ke Baghdad. Sultan Mudzalfal Syah diganti oleh puteranya bergelar Sultan Mu'azzam Syah. Hikayat diakhiri dengan jurai keturunan raja-raja yang memerintah Kedah hingga ke Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah, raja yang memerintah semasa hikayat ini disalin kali terakhir.

Jelas kelihatan bahawa hikayat ini dikarang selepas ketibaan Islam dan pengarang banyak memberi perhatian kepada peristiwa-peristiwa tertentu yang menyerlahkan asal-usul rajanya, pertalian dengan Siam yang menceritakan mengikut kebijaksanaan pengarang untuk menjaga kedaulatan raja dan negerinya, kisah kedatangan Islam yang sengaja dikemukakan berbeza dengan kedatangan Islam ke Pasai dalam Hikayat Raja Pasai dan kedatangan Islam ke Melaka dalam Sulalat al Salatin (Sejarah Melayu) dan lain-lain peristiwa. Ini membuktikan bahawa hikayat ini dikarang secara sedar oleh pengarangnya dengan tujuan mengagungkan kedaulatan raja dan negerinya.

Sumber dari : mykedah2.com

P/S : Cover page movie ni teringat pulak komik zaman muda pak usu sg buluh, Pedang Setiawan. Ada la sket2 tempias.. kan kan kan??

;'(

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tsunami at Japun..yg juga di gelar Monster of Tsunami merupakan Tsunami yg terbesar setakat ini.

Ok.. cerita ni da agak basi. Its happen last Friday.. tp kesan nya masih terasa.

And today I received email about pictures of "Kesan2 Tsumani di Miyagi, Japun..." sangat sadis..ok.. ;(

Disini Cik Lyzz nak berpesan pada semua readers, semoga kita semua dijauhkan dari kejadian2 seperti ini dan semoga kita semua terus berada didalam keharmonian dan lindungan-Nya.

Is it the end of the world? Cik Lyzz ada dengar jugak official warn for next tsunami mungkin melibat kan Malaysia. Ohh... mintak dijauhkan la.

Ya Allah..lindungi kami Ya Allah.. Tuhan yg Maha Mengetahui segala apa yg di langit dan di bumi. Amin..

Sama2 la kita mengambil iktibar dari kejadian2 spt ini ye. Salam takziah dari kami di Malaysia. Gambate!



Ini adalah kartun Berita Harian yg menimbulkan kontrovesi. Pihak Media Malaysia telah pon memohon maaf scr terbuka. Okey.... its not funny!! x kelakar pon.. Isu sensitif mcm ni.. jgn la nk buat lawak pulak kan. Namo namo namo..( gelak secara mute di dalam hati.. eh, jgn salah anggap. Bukan gelakkan mangsa tsunami.. tp gelak kan katun ni. Lawak pulak tgk ultraman ni dlm keadaan mcm ni. Sorry. Jgn salah sangka k.)

Chocolate Chunk Cookies with oats:



~~~~~~~~~~~~~~~~
It's Joyofbaking.com... hehe..

I suka main2 masak2 ni. Even xde oven...and just using my toaster oven yg cumel tu..I try la buat cookies ni. Sape2 yg amatur macam Cik Lyzz.. sila la melawat dapur cyber Joyofbaking.com tu ek. kat situ ada video cara2 nak buat...dari awal sampai akhir. So, boleh buat sama2 dgn cikgu cyber tu... hehe. ;D

Boring2 duduk rumah sorang2 time DD pegi class, maka jadi la biskut2 ni. Ohh...not to mention, seperti biasa, Cik Lyzz derhaka pada resepi. Sbb guna bahan2 nan ado j di dapur tu. ( nasib baik biskut x merajuk ke.. terkejut ke ape.. heh heh heh )






Ok, Cik Lyzz copy and paste resepi nya kat sini. And ada sikit2 change sbb ikut kesesuaian bahan2 yg ada kat dapur time tu.

Ingredients :

2 1/4 cups (260 grams) all purpose flour ( I used normal flour )
1 1/4 teaspoons baking soda
1/4 teaspoon salt
1 cup (170 grams) unsalted butter, room temperature ( I running out of butter. So I used margerine instead.. heh heh )
2/3 cup (130 grams) granulated white sugar ( I dont have icing or custor sugar. So, i used 1/2 cup of sugar. )
3/4 cup (140 grams) firmly packed light brown sugar ( I put extra brown sugar since i add-in oats in this recipe's. )
1 large egg & 1 large egg yolk ( I used 2 eggs instead )
1 1/2 teaspoons vanilla essence
1 1/4 cups (210 grams) chocolate chunks (can use chocolate chips)
1 cup of oat. ( Optional.)
2 teaspoon of nescafe ( Optional. )

Using the mixer. beat the butter and sugars until light and fluffy (about 2 - 3 minutes). Scrape down the sides of the bowl. Add the eggs ( one at a time ), beating until well combined. Then, put in the vanilla.

In another large bowl, whisk together the flour, baking soda, oat and salt.

Gradually add the flour mixture to the creamed mixture and beat just until incorporated. Scrape down the sides of the bowl as needed. Stir in the chocolate chunks.

Form dough into balls, using 1/4 cup (55 grams) for each cookie. Place six balls of dough on each baking sheet. Gently flatten each ball of dough into a 2 1/2 inch (6.5 cm)  round.



Preheat oven to 350 degrees F (177 degrees C). Place one oven rack in the top third of the oven, and one oven rack in the bottom third of the oven. Line two baking sheets with parchment paper.  Bake the cookies for about 15 - 17 minutes, rotating the baking sheets halfway through the baking time. The cookies are done when they are light golden brown in color and just set. They will still seem a little soft but they will firm up as they cool. Remove from oven and let the cookies cool a few minutes on the baking sheet before transferring them to a wire rack to cool.

Done..!

P/s : Eh blog ni da macam blog resepi pulak yeh. hak hak hak.. Saje letak resepi kat sini for future reference. ;P