Dah lama tak singgah blog sebab internet connection sangat la slow and siput.
Between belum terlambat Cik Lyzz nk ucapkan Selamat Tahun Baru 2015 pada semua dan juga Salam Maulidul Rasul SAW. Banyak2 selawat arini k.. ;)
Seperti yg kita tahu.. 2014 meninggalkan kita dengan seribu satu kenangan dan pengajaran. Negara kita pon ditimpa pelbagai ujian since kejadiah MH370, MH17, banjir, QZ8501.. Cik Lyzz doakan semoga rakyat Malaysia khususnya terus tabah untuk teruskan kehidupan mendatang. InshaAllah.
Semoga tahun yg mendatang ni lebih baik lagi untuk kita semua. Amin.. Mana2 yg baik tu jadikan teladan, x kurengg tu.. elok2 ler tinggalkan.
Okey... x zabarrr dah Cik Lyzz nak share resepi telur dadar special ni.. Ala, telur dadar j pon.. tp kalau kita buat dengan baik, it turn outstanding. Selain dari mudah, simple and jimat masa dan wang ringgit. Almaklum la kan.. zaman ekonomi makin meruncing ni. Kena la pandai berjimat dan sebolehnye elakkan makan kat luar. At least we know what we put inside the food. Dan yg paling penting ia bersih dan sihat.
Orait.. moh kite.
Bahan2 :
Sayur2 seperti carrot/brokoli/cauliflower/green peas etc
Bawang besar hiris ( optional )
Garlic ( smash )
1 Chicken sausage ( hiris nipis )
salt and papper to taste
3 biji telur
1/2 cup fresh milk
Bahan tabur: ( optional )
Capsicum/ cili padi
cheese
any herbs of your choice
White creamy Sauce :
1 clove of garlic ( smashed )
fresh milk
1 spoon Mayonise
1/2 tea spoon mustard
salt and sugar
Cara2 :
Campur telur dengan fresh milk, salt and papper. pukul sampai gebu dan ketepikan.
meanwhile, kita saute bawang, garlic dalan kuali. bila da agak layu, add chicken sausage, then masukkan sayur2, just like u masak sayur campur tu. Bila dah agak2 sayur 1/2 cook, tuangkan telur yg kita pukul tadi. Slow kan api.. and tutup kuali supaya stim dia boleh masakkan permukaan telur. Once u see telur tu dah nak masak, boleh la taburkan bahan tabur tadi... then tutup api.. and still tutup kuali biar dia continue masak with the heating yg masih ada tu.
Ok, sebenarnye, da boleh serve pon masa ni. Tp untuk dapat A and kasi husband dan anak2 lebih syg kat wife and mummy dia ni.. buat la white creamy sauce and tuang atas telur dadar td.
Mesti berebut derang makan. Hehehehe...
For mummy, kalau nk diet, boleh makan telur dadar special ni and skip nasi. Kenyang dah sebab ada sayur, protien, carbo, vit etc.. Suke letteww! ;)
Untuk white creamy sauce, just saute garlic with olive oil sampai naik bau. then add fresh milk, mustard and mayo. Gaul sebati and masak dengan api perlahan sampai kuah pekat.
Perasakan garam and gula.
Cepat!
Simple!
Sedap!
Ape nk lagi?????
Jommm buat.. zasssssssssss

































