Thursday, December 11, 2014

Nak sihat dan cantik? Jom makan buah sebelum makan.


Salam Hari Khamis, good morning...and Saranghea,

Sebelum tu nk wish happy holiday to all Selangor's employees. Suka nau nau dapat cuti ye. Sila jangan datang KL untuk bershopping ye kengkawan. Nanti jammed. Muahahaha...

Gambar ehsan dari google



Dapat petua untuk cantik luaran dan dalaman.. eat fruits before any meal. Selalu kita jadikan buah as "pencuci mulut" kan? Means after meals baru makan buah buahan kan? In fact, Cik Lyzz ada baca yg amalan makan buah selepas hidangan utama adalah tidak baik untuk kesihatan. Kandungan gula di dalam buah memerlukan masa untuk dicerna. Jika kita makan buah selepas makan, cara ini membuatkan perut kita mengalami masalah pencernaan.  Ini boleh menyebabkan nutrisi makanan yang lain tidak dapat diserap dengan baik di dalam tubuh. Khasiat buah yang mengandungi Fruktosa dapat meningkatkan kadar insulin dan kerana itulah memakan buah-buahan sebelum makan nasi dapat mengelakkan pankreas dalam badan kita berkerja terlalu kuat untuk menghasilkan insulin.




One of the example of my fruit+vege juice

Selain itu, kajian juga membuktikan memakan buah-buahan dapat mengurangkan risiko menghidap penyakit. So, why not start from today kite jadikan dia starter plak. Early in the morning, before breakfast, makan la buah buah dulu.. begitu juga sblm makan nasi tengah hari and dinner. Wokeyyy??

Okey, kali ni Cik Lyzz nk kongsi, selain dari makan fresh fruit yg kita potong dan makan... boleh juga sekali sekala tukar selera buat fresh juice dari sumber buah2an dan sayuran, There is no right or wrong in the recipe, all u need is just mixes all the fruits + vege's that u like in the blender, add ice cube.. blend well and have it. This juice Cik Lyzz suka sangat minum waktu pagi sblm sarapan. Selain rasa yg sedap..baik untuk kesihatan dalaman dan juga dapat mencantikkan kulit wajah. Xde la lagi masalah kulit kusam x bermaya.. bla bla bla.


Tips : Kalau suka boleh add Dairy cream/fresh milk/ yougurt in it. Terus jadi smoothies. Yummm.. ;P

For those who doesn't like vege.. atau ada anak2 yg x suka makan buah2 mahupon sayur, this juice doesnt taste like veg at all.. 


Try la and tell me how u like it. 

Orait.. ni assignment untuk korang ye. Pas da start amalan makan buah sebelum makan and drink this healthy fruit+vege juice ni.. dalam sebulan sila la tangkap gamba selfie and send kat Cik Lyzz. 

Cik Lyzz nak tengok... cantik ke tidokkk?? hehehe...


Wednesday, December 10, 2014

Lantai kayu murah

As Salam dan happy Wednesday kekasih sekalian.

Sape kat sini ada masalah malas nk mop lantai rumah.
Lebih2 lagi bila lantai kita jenis simen yg cepat nau berlengass.
Rasa macam nk kena mop hari2 plus nk sental plak kasi kilat. Sbb kalau x sental bebaik dia jadi lagi licin dan bahaya. Haa.... Saya saya!! Letih tau.. kengkadang fed up pulak kitew. Especially lantai simen kat dapur.

Dah la kite ni jenis rajin memasak.. tapi malas pulak nk mengemas tu kan. Tambah pulak nk kena mop n sental lantai pas masak tu. Adehhaiii... memang selamat berjuang la kan. Nangis tersedu2.. ( ok over la tu..  xde la sampai nangis pon. Nasib baik umah Cik Lyzz kecik j. Dapur pon kecik. So Alhamdulillah.. x penat la sangat kalau nk mop hari2 tu. )

Ok sebenarnye nk cerita pasal lantai kayu.

Sebab asyik la merungut kat DD kata leceh la lantai ni.. sejuk n x baik untuk kesihatan bla bla bla.. kami pon survey2 la lantai kayu. Survey harga la yg pasti. Lama kami survey.. and selalunye harga mahal nau nau. Mcm x berbaloi j.. atau yg sebetulnye, Off-budget. Bila off- budget, DD pon OFF terus offer tu. Huarghhh.. gewam.

Satu hari ni, Cik Lyzz blog walking la deco rumah2 apartment mcm umah kami. Then ternampak la satu blog ni kata dia pasang lantai kayu kat umah dia x sampai RM1K untuk bilik dia. Bila tgk gamba bilik tu, boleh tahan la besar gak. Eh, murah nau.

So, kami pon estimate, kalau rumah kami yg sekangkang kera and dapur cenonet tu, maybe la dalam RM2k j kan. DD pon try la call En Sudin untuk tanya2. Then En Sudin kata dia dr Kuala Selangor. So, before nk kasi total harga dia kasi la harga per sq feet is RM4.50 x silap. Kalau confirm nk pasang nnt dia dtg la ukur rumah and kasi quotation sume. Maka pada hari yg dijanjikan, En Sudin pon datang untuk ukur ruang tamu n dapur. Pastu dia kasi tgk contoh2 kayu.. and kami pon pilih la yg berkenan dihati.

Guess what??

Harga untuk ruang tamu dan dapur cuma RM1.7K siap pasang sume skali dengan frame keliling rumah. Sukeeeee...

Pada sesape yg berminat nk no contact En Sudin, boleh drop email kat ruang komen ye.

Cik Lyzz x dapat komisyen pon.. cume Cik Lyzz and DD puas hati dengan hasil kerja En Sudin dan harga pon berpatutan. En Sudin ni pon kerja sendiri.. Maybe hobi dia la kot. Weekend j dia buat lantai ni. So, kena la tunggu turn jugak na. Lagi satu saje nk tolong orang melayu. Hehehe..


Ok, enjoy la gamba before and after rumah kami.





Monday, December 8, 2014

Resepi Pavlova mudah


As Salam dan selamat sejahtera u ols..

I was fall in love with these babies. Comel kan?

Selain comel, rasanya pon sedap.. yummy my tummy!! Haha... 
Untuk sesiapa yg masih belom pernah cuba rasa pavlova ni, rasanya manis. Sesuai untuk sesiapa yg gemar makanan manis2. Luarannya crunchy, manakala didalamnya lembut macam kapas dan teksturnye macam marshmellow.

Closed up.. rangup diluar, dalam macam kapas. Nyummm..


Jadi, mostly orang akan serve pavlova ni dengan fresh fruit yg masam2 untuk balancekan rasa manis base dia tu. Ditambah pulak dengan whip cream, jadi combinasi lemak2 bercream serta masam manis tu buat pavlova ni sangat special.

Untuk pengetahuan, now ramai pulak kawan2 Cik Lyzz order baby pavlova ni dr Cik Lyzz. Dah jadi favourite  and bestseller pulak. ;P Cik Lyzz buat suka2 j.. tp kalau ada org mintak tolong buat, Cik Lyzz buat la.

Knowing that, baking is my pasion and hobby.. now boleh jana sedikit income $$.. hehe x sangka ler pulop. Seronok bila orang pon seronok.
Kita seronok baking.. they seronok enjoying its. Haa..what a bliss kan.
Happy pulak bila kawan2 suka and give positive feedback to our baking. Selalu DD asyik merungut sbb Cik Lyzz asyik baking.. end up dia jugak yg kena perabih. Hehehe... pastu komplen dia da gumuk. Kui kui kui.. angin kawan tu.

Untuk Baby Pavlova ni, Cik Lyzz jual RM45 per box. Satu box ada dalam 24-25pcs of pavlova's.
Kalau mini pavlova tu RM10 j satu box. Setakat ni xde delivery jauh2. Lebih prefer orang pick up kat mrr2. 

Ok, now kita cerita pasal resepi. Kot2 ada yg nk mencuba buat sendiri. Boleh la try guna resepi dibawah ni k.. InsyaAllah menjadi. Don't Worry!!



Untuk Pavlova:
4 biji telur gred A (bahagian putih sahaja biarkan ke suhu bilik)
200gm gula castor
1/2 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil Cream of Tar tar
1/2 sudu besar tepung jagung

Cara2 : Make sure bowl kering... untuk membuat maringue, pastikan tiada sisa air, minyak sebagainya...

sebab nak buat meringue memang pantang bendasing... telur putih juga mesti takde sisa telur kuning. Masukkan putih telur dulu ke dalam bowl.... Putar putih telur sampai berbuih....

Bila dah berbuih2 sambil putar mixer masukkan gula  dan cream of tar tar sedikit demi sedikit ....
(tips: jangan campur putih telur + gula terus dari awal... Putar dulu putih telur bila dah berbuih baru masuk gula okies kawan2). And then, Putar sehingga ia kental dan berkilat.
Masukkan esen vanilla
(Tips: esen vanilla akan buatkan pavlova kita tidak hanyir bau telur.... dan sedappp)
Then putar lagi.... 
Lepas tu stop kan mixer.... masukkan tepung jagung dan juga cuka.
Masukkan adunan tadi ke dalam piping bag.... dan paipkan ikut bentuk kegemaran.
Panaskan Oven suhu 150 celsius...Bakar selama 60-75 minit sehingga disc bertukar kepada perang... It should be crust outside and marshmellow inside. ( tips : cuba try angkat pavlova tu. Kalau dia lekang dari baking sheet tu, means dah masak la. Pavlova ni sepatutnya x melekat di kertas pembakar. Kalau masik melekat, tambah kan lagi waktu pembakaran 10min. )



Untuk Krim:
240ml whipping cream

Buah2 kesukaan..
(yg masam2 mcm strawberry, berries. peach 
sebab nak bagi kontra rasa ngan pavlova yg dah sgt manis)

ok dah... tu je.

cara nk serve, letak whip cream di atas pavlova, then susun buah2 kegemaran. Enjoy...

P/s: Pavlova ni boleh simpan dalam bekas kedap udara up until 1 week tau. So boleh buat sesiap, nnt bila2 teringin nk makan baru bubuh whip cream n buah2. :D

Lastly... sila lah jamu mata dulu k.




ATV Adventure at Kemensah, Ampang

ATV RIDE TO WATERFALL!!!..

OH MY GOD
 This is really awesome getaway activity that you should try out.
So much fun, thrill and of course the most important element is when we had the chance to experience the mother nature along the journey to the waterfall while riding the ATV. Haaa... terus rasa diriku hensome macam gajah. Hik hik hik


 If you love to try a fancy riding, an ATV through the lush, green forests, nak lari dari hiruk pikuk KL, and taking a dip in the cold chilly waterfall, ATV Adventure Park, Kemensah offers these experiences to those craving for a bit of adventure or just wanting a whiff of mother nature away from the stone forest in the city. Do come here and you will love it!! Xyah jenjalan jauh2, kat KL pon boleh jumpa hutan2 dan air terjun. So, moh terjah.

 There are 25 of us, gather at ATV Adventure park pepagi lagi  around 9am and get ready to the adventurous ride for the day.. Yeahhh.. It was sweet and special because not all of us know each other since most of us just meet on the day itself but surprisingly we can get along very well. You guys are rockings buddies that i've meet so far. Thank u for being so friendly. ;) Hawwweeesomm!!

Mungkin sebab memasing da teruja sgt bila tgk ATV motor tu.. plus mostly first timer gak macam we ols. Jadi keterujaan dan nervourseness yg kami rasa masa tu adalah sama. Hehe..


Activity wajib lepas parking motor untuk ke waterfall. Wefie yaww!!

Present to you the waterfall... my goshh!!

Before ride, of course there are a short breifing about the do's and don't, the safety, the track and etc. And right after that they demo us how to ride the ATV motor. And after that each of us had the chances to try out to ride it ourself. Cool.

Mula2 kami disuruh pusing2 kawasan sekeliling. Masa ni baru la dpt feel macam mana nk break, nk laju, nk slow, nak turning the handle etc. Panic skettt.. Rasa mcm susahnye..bahaya nye, beratnye..susah nk naik bukit.. tau2 j lah, track kat hutan tu, berlecak, berlopak, berbukit semua. Muka suspend j.. But believe me, u will forgot all thise worries right after u masuk dalam hutan.
Keindahan ciptaan Allah..mengatasi rasa risau tu. Then tetiba u akan follow the flow.. and terus rasa hensome sbb bawak ATV motor.
Terus pandai... macam magic!!
Haha

Kami dibahagikan kepada 5 group. Each group ada 5 peserta iaitu kami2 ni la. Pastu each group akan di ketuai oleh tracker iaitu ATV expert dr organiser la of course. Jadi, kalau ada apa2 kita follow leader kita j la. And he will help us kalau2 ada masalah nk naik bukit ke.. tayar masuk dalam lopak ke.. etc. Dont worry k.. keselamatan adalah terjamin.

Present to u our organiser of the event.. En Esham Halim.. Adik Beradik KRU yg  xde sape yg tau.. hihihi
Sampai kat waterfall, kami buka makanan/ bekalan memasing. And share among us. Sweet sangat. Cik Lyzz and DD x mandi pon, sbb malas nk basahkan baju. Tp ada a few of us yg mandi2.. makan nasi lemak,aym goreng, kek span and many2 more. Kalau xnak mandi, just lepak2 sambil makan.. dengar bunyi air terjun, celup2 kaki pon dah awesome sgt dah k.

Sbb air terjun tu xde org.. kami2 j.. suci bersih j persekitarannye. Air pon sejuk n damai. Cube engkorang bayangkan.. cer cube cer cube.

Us

Vrooommmm...vrommm... hensome kan? Hensome kan?
Lepas dah puas lepak air terjun, kami pon zaassss balik naik. Sape2 yg rasa nk sambung mandi, boleh sambung kat swimming pool kat bawah.

Among the package that ATV Adventure Park offers are:

 Package B - RM100.00
1 to 1 1/2 hours offroad track up to Waterfall. You get a chance to swim there!

Package C - RM150.00
1 1/2 to 2 hours offroad track up to Sofea Jane. Yes, the famous waterfall where Sofia Jane used to swim. And you can swim there too! Fefeeling Sofea Jane gitew...

Package D - RM200.00
2 to 2 1/2 hours offroad track uphill and downhill to Bukit Tabur/Dam Ride. You will be seeing the whole KL and Kelang Gate Dam, here.

Package E - RM300.00
3 to 4 hours offroad track with rough terrains, river trail, steep hills, and bumpy muddy to Bukit Tabur/Dam/Sungai Liza/Dataran Mas/Bukit Lalang. Well, I guess this is the best of all!

Besides these tempting packages, facilities such as surau, toilets with showers, swimming pool, and ample parking space, clearly offers a good venue for adventurous Family Day. For  More info here at ATV Adventure Park website. They operates on Monday to Sunday : 9am to 6pm (Close from 11am to 3pm on Friday). Sila check their website for the latest update k.









Ok.. till then, ada bran?

Hehe

Resepi Keria Labu

Salam u ols..

Ape kabar yunk? Harap2 semua sihat sejahtera disamping keluarga tercinta. Pada ibu2 mama2 atau mummy2 yg tengah pening nk pikir nk masak ape untuk cik abang dan anak2 untuk minum petang, leh try resepi ni. Arini Cik Lyzz nk share resepi kuih keria yg dibuat daripada labu.

Sape suka makan labu??
Makan lah labu sbb labu ni banyak khasiat nye tau.. selain sedap dimakan, baunye harum manis, rasa lemak2 manis, warna yg cantik menawan dan banyak serat dan kaya  khasiat. Haa... da macam pantun dua kerat plak. Ekekeke..


Gambar dari google.com. Hehehe..


Nabi kita Muhammad SAW pon suka makan labu.. Nabi SAW makan roti berkuah dengan daging dan buah labu. Beliau suka kepada buah labu dan mengatakan : "Bahawa labu itu pohon saudaraku Yunus AS".

Aishah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Hai Aishah apabila kau masak gulai,  maka perbanyakkan dalamnya buah labu kerana labu itu menguatkan hati yang duka".

So kalau kita makan labu ni, niat lah ikut sunnah. InsyaAllah, dapat pahala dan moga2 keberkatan tu membawa kebaikan untuk kita bila makan labu tu nnt. Ada jugak dengar orang tua2 kata labu ni angin dan sejuk. Ape2 pon, kita bersederhana lah k.. Don't eat too much.. practise moderate ye... ;p

Ok, antara khasiat buah labu ialah  ia mengandungi Vitamin A dan beta karotin yg baik untuk kulit dan mata, ia juga buah yg banyak serat yg dapat membantu sistem penghadaman,  antioksida dapat mengurangkan risiko penyakit, dapat menguatkan struktur tulang, melindungi fungsi jantung, dan ia juga baik untuk ibu yg hamil kerana ia banyak zat besi. ( sumber dari google )

Try la google lagi khasiat buah labu ni..banyak tau. selain rasa nya sedap, murah, easy to get, dan baik untuk kesihatan, Labu ni pon boleh buat pelbagai jenis masakan, jadi kalau beli labu separuh tu macam2 boleh buat. Suka!!



Pumpkin Porridge serve with fish sambal.. sedap dap dap...!!

Selalu dalam sebulan CIk Lyzz akan beli la labu kuning ni sekali dalam sebulan.. kadang2 dua bulan sekali. Beli separuh j sebab nk makan berdua harganya pon dalam RM2 sahaja. Cik lyzz personally mmg gemar makan labu.. Tp encik DD kurang gemar makan labu ni. Dia x suka bau labu tu katanya.

Salah satu masakan yg biasa Cik Lyzz buat dgn labu ialah, pengat labu as dessert, masak lemak labu letak udang sohon pucuk, porridge labu, labu bakar, sup labu makan dgn garlic bread dan yg terbaru Cik Lyzz cuba resepi keria tp tidak menggunakan keledek, but labu.
Haa..hamek kau. Sume bende aku nk guna labu.
Keria Labu Cik Lyzz

Ready to eat... ;) YUMMY MY TUMMY...


Rasanya sangat2 sedap.. yummy. Tak menyesal mencuba, rasanya lembut, lemak manis labu tu buat keria ni lebih istimewa.. Kalau org yg x suka bau labu mcm DD, surprisingly, bila kita buat keria guna labu, mcm xde bau labu pon. DD pon makan dgn jayanya serta banyaknye. In fact, dia yg makan lagi banyak dari Cik Lyzz. ;P

Cuma bila guna labu, susah sikit nak membentuk kuih keria tu sebab dia lembik. Jadi sape2 yg nk cuba jangan risau ye kalau adunan lembik. Dia mmg macam tu.. tp bila goreng ok la dia keras. Jangan lah pulak, u ols pi tambah tepung banyak2, nnt x sedap pulak kuih keria u ols. Kalau susah2 sgt, bentuk j bulat2 mcm kuih keria kat Cameron Highland tu, then salut gula mcm biasa. Siap Weeeeeeeee....

Ok, moh intai resepi keria labu:

1/4 labu lebih kurang 1kg
2 cawan tepung
sedikit garam
sedikit air
1/2cawan gula 
Minyak untuk menggoreng

Cara2 :


Potong kecil buah labu ( tanpa buang kulit mcm dlm gamba diatas. Ini gaya pemalas la ye), kukus sampai empuk. Setelah itu, sejukkan dan keluarkan isi labu dengan menggunakan sudu.
Mashed labu dengan sedikit garam dan masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul rata.
Bentukkan keria dan goreng sampai kekuningan ( golden brown ).

Untuk sira gula, masak gula dan air atas api, masak air gula sampai sedikit kental, kemudian gaul rata keria degan cepat. Make sure semua keria diselaputi gula. tutup api dan sedia untuk dihidang.

Sedap dimakan panas2 dengan air kopi sambil tengok bola. Perghhh..

Tak sedar habis sepinggan.

Hehehe..

Till then, selamat mencuba.

Bye.





Tuesday, November 18, 2014

Infused water... zero sugar, carbs and calories

Assalam and good morning,

psttt... nak tau rahsia kekal langsing? Hehe.. geli pulop. Sbb Cik Lyzz muka j masih langsing, alhamdulillah. Tp perut ni dah start ada spare tyre.

Jadi, kalau masuk dlm air insyaAllah x lemas. Hiks... ( nangessz... )



Rasanya now dah trending dah infused water ni kan. So today Cik Lyzz nk share some of my infused water recipe. Bassically Cik Lyzz used herbs and fruits infused water.

Knowing that by drinking an infused water can detox ourself. Jadi.. badan akan jadi lebih ringan dan sihat. Untuk pengalaman Cik Lyzz sendiri..Cik Lyzz dapat rasa perubahan metabolisma badan Cik Lyzz since amalkan minum air ni. Sbb start this year, mcm metabolism is getting slower.. so badan pon cepat naik bila terlebih makan. End up.. bila metabolism slow.. kita pon jadi lemah... kulit kusam.. cepat letih.. dan berat cepat naik. Selalu kena diet makan..bila Cik Lyzz diet,  which result of masuk angin. Cik lyzz mmg x leh skip makan or diet..sbb nnt angin. Bila sampai kat kepala..boleh migrain siap.

Okey... after amalkan infused water ni.. perubahan ketara are:

1. Every morning akan buang air besar. Hehe..best! Jadi..skang ni berat badan adalah maintain. Cik Lyzz pernah baca infused water ni boleh kurangkan berat badan jugak. For me, x kurang pon..tp maintain pon ok la.

2. Bangun pagi pon senang and fresh.. i means, xde la rs malas.. rasa not enuf sleep.. atau letih, lemau.. i used to be like that before. Bila bangun.. rasa arghhh...!!! Kena bangun ke? Letihnye...  skang ni.. senang j bangun. Kadang2 alarm belom bunyi lagi..

3. Kulit rasa hydrate.. yg ni not sure due to minum enough water or effect from the infused water itself. Minum infused water ni sama mcm minum air kosong.. sbb we did not put any sugar or perisa. Cuma.. improvised sikit plain water tu.. by adding sliced of fruits or herbs i.e lemon grass, cinnamon stick, pudina leave, etc. Xyah blend.. just campak j dalam air kosong tu. Thats it.

Bila kulit kita hydrate.. automatik rasa mcm jelita.. wahhh.. gitu. Cik Lyzz ada dark circle bawah mata.. by now.. nampak la dah kurang. Dark circle tu macam hard core tau. So nk hilangkan tu makan masa la kot. Kulit pon nampak bersih n fresh. Senang nk jaga. Pakai moisturiser j and bedak baby. Tu pon kadang2 x pakai bedak. Maklum la..dok umah j pon.Haha...

Ok ni amongs yg ketara la. Yg lain2 tu x berapa perasan sgt. Tp another things yg Cik Lyzz perasan ialah sejak minum infused water, Cik Lyzz mmg akan consume more than 2 lit per day. Mana tak nya.. Cik Lyzz akan buat infused water ni dlm bekas 2lit. And akan make sure dia habis. Tu pon kekadang refill balik. Then, in betw tu..kita minum plain water, air milo, air soya.. haa.. banyak ko.

Sebenarnye..ape2 pon kena minum banyak2 kan. Kalau kita beli kolegen ke... supplimen cantik/sihat ke.. mesti sales person tu akan pesan, minum air banyak2.. sbb ape? Sbb bagus la... cuci dalaman. So yg sebenarnye.. minum banyak2 j.. settle banyak masalah. Kan?

Pada sesiapa yg susah nak minum at leats 2 lit per day macam DD..( i think most lelaki mmg susah nk minum air kosong,) Betul tak? Tp sbb infused water ni x rasa plain, DD pon boleh minum dengan banyaknya. Mula2 dia komplen jugak cakap air tu mcm air basuh tangan la.. tawar la.haha.... tp lama2 ok j. Dia layan j.. Cik Lyzz belikan dia tumbler 2lit utk bawak g ofis. Alhamdilillah.. boleh habis.





Tgk la muka DD.. bersih dan kemerahan gitew.. ( sila jangan percaya.. sbb guna effect beauty face. Miahaha )


Untuk buat infused water ni.. hanya perlukan bekas air, fresh fruit, ais dan air.

Contoh:

Bekas 2 lit
1biji green apple (buang biji and slice )
1 biji lemon( buang biji and slice)
Ais sepenuh bekas
Air secukupnya

biarkan for about 2 hours or more sblm minum.

And you can used any type of fruits that u wish. Nothings wrong with it. Boleh simpan sehingga seminggu dlm fridge.. tp Cik Lyzz selalu akan refill sampai hari kedua j. Lps tu buat baru.

Tilll then.. feel free to try. You will love it.

p/s: apepon.. makan buah2 sblm start any meals lebih bagus. So banyak2 kan makan buah buahan dan sayur2 sbb ia baik utk kesihatan. Keep healthy for ur family.. Cheers :D

Monday, November 17, 2014

Simpanan oren.. cara mudah menyimpan duit gaji..

Hollaaa...

I got this one article kat facebook last month tentang "Simpanan Oren" ni.. and i already start it as soon as i read the article.


Cik Lyzz rasa idea simpanan oren tu sangat brillian terutama pada org yg susah nk menyimpan mcm your truely. Hehehe...

Ok mcm ni... simpanan oren tu maksudnye, everytime kita dapat duit yg berwarna oren iaitu duit note RM20, we need to keep it as our saving. No matter what... kena disiplin kan diri. Jiwa kena kental. Lebih2 lagi dalam sehari tetiba dapat duit oren sebanyak 3 kali, means in each diff transaction. Phewww.... mmg masa tu kena pejam mata n simpan j la duit tu.

Faktor kedua, Cik Lyzz rasa  duit note rm20 ni x berapa banyak sangat. Maksudnye.. xde la macam duit RM1 dan RM10 yg belambak2.. bukak dompet j mesti ada note merah dan biru. So, kebarangkalian untuk kita terima duit oren tu sgt tipis. But yeahh... at least ada la jugak menyimpan kan. Sikit2 lama2 jadi bukit.. ok la tu.. kan?

Untuk itu.. start dari last month, Cik Lyzz dah mula buat simpanan oren. Means... i will never use my note RM20. Kalau dapat...memang akan set aside untuk simpan. Guest what??

To my surprise, x semena2 Cik Lyzz kira duit simpanan oren yg telah terkumpul within a month is RM400. Amaiigaddd... banyak jugak. Happy tau!! Sbb Cik Lyzz da berenti keje pon masih boleh simpan RM400. Jadi.. boleh la gunakan duit tu nnt utk birthday DD december nnt. Clap clap clap..!!!

Nota pengakuan: Walaubagaimanapon..Cik Lyzz selalu berdoa untuk tidak dapat duit Oren setiap kali pecahkan duit rm50. Hahaha.. and kalau dapat.. pernah jugak rasa frust. Alaaa..... duit oren. Maknanya x boleh guna. Ihiks... setakat ni.. masih lagi kuat disiplin diri Cik Lyzz. Vangga pada diri sdr.. x pernah lagi curi2 guna duit tu. Syabasssss mere bete.


So kengkawan... kalau Cik Lyzz yg x kerja ni pon boleh..u ols mesti lagi boleh. Jom start SIMPANAN OREN dari skang. Amacam???? Berani???


Till then... good luck. ;)