Friday, May 6, 2011

EGO ke TAK TAU MALU?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tajuk tu mcm sipi2 j kena mengena dgn isi kandungan kat bawah ni.. hehe
I copy paste untuk rujukan n panduan sape2 yg berhutang.. or sape2 yg x tau adab2 dan hukum bayar hutang.. x kira la kita berhutang dgn sape pon..even family terdekat...da jadi amanah n tanggungjawab kita untuk tunaikan janji serta langsaikan hutang tu. Lebih2 lagi org yg beri hutang tu berniat ikhlas hendak membantu sampai sanggup berkorban ape saje demi org2 yg dia sayang. Especially ayah saya yg sanggup keluarkan duit tabung haji dia untuk bantu org2 kesayangan dia. Buat ayah, Eja akan tolong sedaya upaya untuk cukupkan duit ayah untuk pergi menunaikan rukun islam yg ke-5 tu. Hope lepas ni.. xde sape2 nk kacau duit ayah lagi. X rela mengenangkan arwah Ummi yg x sempat nk tunaikan haji tahun lepas. ;'(

Kepada orang berhutang, sebaik-baiknya berusaha dengan tangan sendiri sebelum mengambil keputusan meminta-minta atau berhutang dengan orang lain. Orang yang suka berhutang seolah-olah menafikan kebolehan yang ada pada dirinya untuk berusaha sendiri mencari rezeki keperluan hidup.

Sebaik-baiknya cubalah elakkan diri daripada berhutang. Namun, apabila keadaan terlalu mendesak dan tiada jalan lain untuk memperoleh wang, maka di sinilah Islam membenarkan amalan berhutang.

Apabila sudah mula meminjam, aturkan jadual pembayaran hutang secara berterusan dan konsisten mengikut jadual serta menepati syarat perjanjian supaya tidak menimbulkan masalah pada kemudian hari. Cuba elakkan daripada mengambil kesempatan melambat-lambatkan pembayaran hutang kerana ia bukan sahaja menyusahkan diri sendiri malah kepada orang yang memberi hutang.

Ada beberapa ingatan daripada Rasulullah kepada mereka yang berhutang, sama ada yang suka berhutang, melambat-lambatkan pembayaran hutang atau mereka yang tidak melangsaikan hutangnya.

Rasulullah turut memberi ingatan bahawa jika seseorang itu meninggal dunia, sedangkan dia masih berhutang, dosanya tidak akan diampunkan walaupun dia mati syahid dalam peperangan.

Seseorang yang berhutang hendaklah berikhtiar dan berusaha membayar hutang yang dipinjamnya kerana hutang itu wajib dibayar. Tindakan menunda atau melewatkan pembayaran hutang dilarang kerana itu satu kezaliman. Rasulullah bersabda yang maksudnya "penundaan hutang bagi mereka yang mampu adalah satu kezaliman".
Berdosa besar bagi orang yang sengaja tidak membayar hutang. Seseorang yang suka melewat-lewatkan bayaran hutang setelah berkemampuan untuk membayar-nya, boleh mendatangkan kesan buruk dalam hidupnya bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat antaranya :

    i. Hidup akan ditimpa kehinaan dan hilang maruahnya.
ii. Hidup mereka tidak akan mendapat keredhaan dan keberkatan Allah.
iii. Perbuatan mereka itu digolongkan dalam perbuatan zalim.
iv. Amalan kebajikan mereka tidak akan diterima.


Sabda Rasul S.A.W.

  Maksudnya : “Penangguhan hutang oleh orang yang berkuasa membayarnya, adalah satu kezaliman, halal maruah dan hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang boleh mengambil tindakan ke atas diri dan maruahnya)

(Riwayat Ibnu Majah)

Sabda Rasul S.A.W.

  Maksudnya : “Kurangkan dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkan daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas”. 

(Riwayat Baihaqi)

Disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor

Note : Something to ponder... if orang yg berhutang tu berkemampuan untuk bayar hutang.. tp melengah2kan atau mmg xde niat pon nak bayar balik hutang tu sbb pinjam dari keluarga terdekat... maknanya EGO ke TAK TAU MALU? Hmm...