Friday, February 25, 2011

Tips untuk menarik perhatian pada diri anda

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

1.Jadikan diri anda sebagai tumpuan tarikan
Mengikut suatu kajian psikologi yang telah dilakukan, di mana anda berada dan apa yang anda lakukan di dalam sesuatu bilik yang dipenuhi orang memainkan peranan penting dalam menarik perhatian atau minat orang-orang  yang berlainan jantina dengan anda. Contohnya jika anda aktif di dalam bilik kuliah dan sering bertanyakan soalan pada pensyarah, semestinya orang akan mengenali diri anda. Sebaliknya jika anda gemar berselindung di sebalik orang ramai dan suka menyendiri di sudut bilik, bagaimana anda ingin menarik jejaka2 ataupun aweks  untuk perasan kewujudan diri anda?

2. Pilih warna yang sesuai
Sedikit tips untuk anda: pilihan warna yang sesuai sebenarnya boleh membuatkan diri anda menarik pada pandangan orang-orang di sekeliling anda, terutamanya pada jantina yang berlawanan.  Menurut suatu kajian, wanita akan lebih tertarik pada lelaki yang memakai baju biru. Warna biru dikatakan menunjukkan cirri-ciri lelaki yang stabil, setia dan yang akan  sentiasa menemani anda.

Manakala wanita yang memakai baju berwarna  merah jambu atau ‘peach’ pula membuatkan diri mereka lebih senang untuk didekati.


Gulp.. so suhweettt izenit? She has beauty heart and look... and not forgotten she has brain as well. wee ;P

Sebaliknya, untuk menunjukkan diri anda seorang yang tegas pendirian dan berani, cubalah anda mengenakan pakaian merah. Yang pastinya, lelaki yang tidak berani untuk ‘approach’ anda adalah confirm lelaki yang tak reti untuk handle wanita yang ‘hot’ macam anda…:-)

Tapi awas kerana warna merah adalah warna yang paling seksi dan sensual, dan ia akan menarik 2 golongan lelaki – lelaki yang berminat pada seks semata-mata dan lelaki yang sukakan wanita yang berani dan mencabar. So anda kenalah bijak memilih okay…

p/s: Satu perkara yang anda patut tau, warna yang akan membuatkan orang ramai menghindari atau mengelak daripada mendekati anda ialah warna kuning kehijauan… :-)

Macam okey j kan??

3. Guna bahasa tubuh
Bagi kaum wanita, jika anda ingin menarik seseorang lelaki untuk menghampiri dan bercakap dengan anda, gunakan bahasa tubuh atau body language untuk membuatkan anda menjadi lebih senang untuk didekati. Entah betul ke tak, tapi suatu kajian di Barat mengatakan bahawa wanita yang ingin lelaki mendekati mereka harus berdiri dengan jarak antara kakinya tidak lebih daripada 6 inci, dan dengan jari-jari kaki menghala ke dalam sedikit… betul ke? Ntahlah…sekadar kajian je kot… huhu.. Satu lagi, anggukan kepala juga memberi isyarat bahawa anda seorang pendengar yang baik dan memberi perhatian pada apa yang dicakapkan oleh pasangan anda.


Bahasa badan atau body language juga perlu di tafsirkan atau di ekpress kan dgn cara yg betul. Jangan sampai orang kata kamu wanita yg gediks atau lelaki yg poyo sudah la..Pandai2 la bawak diri ye.

Bagi lelaki pula, bersikap dominan atau menonjol sememangnya akan menarik perhatian wanita. Berdasarkan kajian yang sama, lelaki yang ingin wanita menghampiri mereka haruslah berdiri dengan jarak antara kakinya lebih kurang dalam 6 – 10 inci, dan dengan jari-jari kaki menghala ke luar. Selain itu, beberapa lagi tips body language bagi lelaki ialah memakai pakaian yang lebih tebal (atau banyak lapis – pakai t-shirt putih di dalam, kat luar pula disesuaikan dengan kemeja lengan panjang (bahagian lengan dilipat sedikit) atau lengan pendek),  tegapkan badan dan dongakkan kepala anda dan cuba bercakap dengan lancar tanpa tergagap-gagap.

Tips body language untuk kedua-dua lelaki dan wanita pula ialah JANGAN fold your arms, bercekak pinggang atau mengunyah sesuatu di dalam mulut. Kelakuan ini sebenarnya menunjukkan emosi anda yang tengah resah, berdebar-debar atau sedang kecewa.

4. Sentiasa tersenyum
Pakar psikologi dan pakar body language bersetuju bahawa salah satu perkara penting yang boleh menjadikan diri anda lebih menarik dan senang untuk didekati ialah dengan mengukir senyuman. Bukan ketawa terbahak-bahak (sampai mengejutkan si dia yang berada di samping anda) ataupun senyuman ‘plastik’ yang sering terlekat pada bibir anda jika dipaksa2 untuk senyum:-) Cukuplah sekadar anda menguntum senyuman yang ikhlas dari hati dan yang mengatakan, “Saya suka awak dan seronok bercakap dengan awak!”



Sesungguhnya senyuman itu adalah satu  isyarat international untuk menunjukkan sikap ramah dan mesra. Your truely memang suka banget lagu "Senyum"...


"Seyum... tak perlu kata apa2..lalala"

5. Pakai wangian yang harum dan menggoda
Kajian telah menunjukkan ada perkaitan di antara bau cinnamon (kulit kayu manis) dan vanilla dengan CINTA. Misalnya, pakar-pakar aromaterapi percaya bahawa cinnamon itu adalah suatu afrodisiak (menaikkan syahwat atau nafsu seks). Memakai wangian seperti cinnamon dan vanilla dapat meningkatkan lagi pengeluaran feromon daripada tubuh anda dan ini dapat meningkatkan lagi tarikan pada diri anda. Tau tak feromon tu aper? Actually, feromon nie adalah sejenis bahan (yang keluar dari badan anda) seperti hormon yang dapat menarik mereka yang berlawanan jantina dengan anda untuk mendekati anda. Cayalah…!



Sebenarnya, bagi mereka yang telah lama berumahtangga, mereka akan dapat mengecam atau menghidu bau badan yang dikeluarkan oleh pasangan masing-masing. Dan bau ini bukanlah terbit daripada apa-apa wangian yang disembur! Sebenarnya ia berpunca daripada sejenis feromon yang dikeluarkan oleh badan dan bau ini dapat meningkatkan rasa atau tarikan seksual anda pada pasangan.

Little Lizzy Notes : I love my bedsheet so damn much because it smells like DD.. ;D

Hello kamu..lelaki yg ego.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

( teropong diri.. )

Kamu kata kamu ego sangat..
Jadi..untuk jadi org yg ego..kamu x mahu pakai barang2 pasar mlm
Makan gerai murah
Pakai baju, jam dan kasut xde jenama
Tp biar isteri pergi kerja cari nafkah keluarga.
sedang kamu senang lenang makan & tido dirumah.

Kamu kan lelaki yg ego?
Kalau ego mesti x mahu tunjuk diri lemah
tapi kenapa masih mintak duit mak ayah?
kalau x dpt kamu tarik muka..
Persis kanak2 mintak aiskrim dari apek tepi jalan..
Itu sendiri mahu fikirlah.

Kamu ego?
Orang jd ego sebab dia rasa hebat
tapi kenapa kau x mahu usaha jadi lebih kuat?
Org ego x cepat mangaku kalah
tapi kau sedang tunjuk diri lemah
orang ego selalu rasa diri betul
tapi kau selalu salah
orang ego selalu rasa selesa dgn ape yg dimiliki
tapi kau lupa semua tu pinjaman
masa boleh berubah
bumi juga berputar

Kalau nak ego.. ego la pada kebaikan
Jangan tinggalkan solat sebab malu dgn Tuhan
Jangan abaikan tangungjawab keluarga sebab malu pada diri sdr
Hormat mak ayah sbb malu pada adik beradik

“ Barangsiapa bersusah payah mencari nafkah untuk keluarganya, dia serupa dengan seorang mujahid di jalan Allah “ (HR.Ahmad). Nafkah yang dinikmati oleh anggota keluarganya merupakan sedekah, seperti diterangkan Utusan Allah itu “Setiap suap yang kita suapkan kemulut anak dan isteri kita bernilai sedekah.“

Betapa mulianya kelak di akhirat, orang yang selalu berusaha mencari nafkah dengan cara yang halal, seperti ditegaskan oleh Rasulullah saw “ Barangsiapa mencari dunia secara halal, membanting tulang demi keluarga dan cinta tetangga, maka pada hari kiamat Allah akan membangkitkannya dengan wajah berbinar layak rembulan bulan purnama “ (HR.Abu Huraitah). Karena itu Ali bin Abi Thalib RA amat memuji orang yang mencari rezeki dengan halal .Katanya “ Mereka yang meninggal ketika mencari rezeki dengan halal, akan mendapat ridha Allah.“



(Kita minom duluuu..Chill bebehh..)

Little Lizzy Note :

Peringatan untuk diri sendiri jugak supaya berpijak di bumi yg nyata.

Ohh... smlm masa dinner DD tiba2 nak suap burger dia. Tu pon da tinggal separuh ( Mega Mac ) dia.. Sbb tiba2 teringat ceramah Maulidur rasul baru2 ni Ustaz kata nk dpt pahala sedekah yg besar..kena suap isteri. :P ( comey sangatttttttt my DD )

Tau tak?? Ego dalam diri seorang lelaki itu boleh membuatkan sikap yang lemah lembut bertukar menjadi panas baran. Ego lelaki jugak biasanya menghalangnya daripada mengakui kebenaran kata-kata seorang.

Pikir la sdr..malas nk tolong pikir kan untuk kau

Wednesday, February 23, 2011

Resepi Croissant

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

I found this recipe from myresepi.com and one of the blog. Could'nt remember the name of the blog. Mind me.. and credit to those owner of the recipes. I mixed up the recipes into this one. Lepas tengok several resepi dan cara2 nak buat.. sambil tgk gambarajah kat bawah ni.. baru rasa confident sket nk buat. Tp tunggu la ada oven besar sket baru la syok sket buat baking mem-baking ni. Hehe.. ( simpan j resepi ni sampai masa nk buat nnt.. senang da. kannn?? )




Ingredients:
250 g butter ~ divided into 3 portions, softened
2 tablespoons flour for dusting

Dough:
2 cups all-purpose unbleached flour
1/2 cup cake flour
1 teaspoon salt
1 tablespoon sugar
1 teaspoon instant yeast (or 1/2 packet instant or active dry yeast)
1 cup very warm milk (120-130 degrees)

Glaze:
1 egg plus 1 egg yoke and a pinch of salt

How to make:

Flattening the butter
1. Roll out 2 sheets of aluminium foil sized of an A4 paper and place 1 sheet on top of your work surface. Sprinkle flour evenly and place butter in the middle.
2. Dust rolling pin with flour and press the butter to make a cross and slowly roll out the butter to slightly flatten it down.
3. Fold aluminium foil into thirds ( macam buat dough apple pie ) wrap the butter nicely with the other aluminium foil and roll to give it and even thickness. Place in fridge for at least an half hour.

Mixing the dough



1. Combine the flours and salt in a large bowl. Combine the warm milk, sugar, and yeast.
2. Make a well in the flour, pour in wet ingredients, and stir them into the flour. Add additional flour or water as neccessary to make a soft dough (it will stiffen when chilled).
3. Kneaded for 5 minutes or so to prevent the dough from toughening up. Chill it in the refrigerator for at least an hour.

Adding the butter the dough
1. Take out both butter and dough from the fridge and let it stand in room temp for about 5 minutes. Dough should be thoroughly chilled and butter should be stiff but not stiff enough to crack when rolled later ( Part ni yg tricky sikit: The butter should be cool, not greasy BUT not rock-hard )





2. Stretch dough into a large square and place butter diagonally. Fold sides to wrap butter. Make sure that the sides are nicely covered and pressed.


3. Turn over the dough and roll it into a a long rectangle. Again, fold in thirds ( macam buat dough pie ), turn over and repeat the process again.




REMEMBER, if the dough starts to get a bit warm, and you can feel the butter starting to melt, put it in the fridge for 10 minutes and continue to roll-fold the dough.



4. Wrap the package of dough in a cloth that has been soaked in cold water and wrung dry overnight.



Slicing and glazing



1. The next morning, roll the dough into a large rectangle.Make sure that the dough is rolled out thinly, about 0.5cm. Cut the dough into triangles and roll from bottom to top, sealing the tip under the center and slightly stretch and curve the ends to make the crescent shape.



2. Leave to proof for 1-2 hours and just as the dough has doubled it size, glaze the top of the croissants gently, with the egg wash.

3. Bake at 200degress C for 20-25 minutes.

p/s - Resepi ni banyak guna tepung utk dusting, specially masa nak canai. Make sure kita brush away the dusting before kita kita chill it dalam fridge.

Ikan Masak Ompok

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Resepi Ikan Masak Ompok

Actually I got this resepi from Myresepi.com. Then I did ask my cousin which her mom has Kampar's blood. Ompok is one of masakan yg spesel untuk orang2 kampar. Dia macam masak asam rebus tu..but a bit thick and its not using the Kesom leaf not bunga kantan.

Bahan2 :

6 ekor ikan kembung (saya pilih yg besar)
2 ulas bawang besar
15 ulas bawang kecil
8 ulas bawang putih
6 batang serai
2 helai daun kunyit
2 sudu besar cili giling (kalau suka pedas, sila tambah ek)
2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam kasar
6 keping asam gelugur

Cara- cara :

1.Bawang besar/kecil/putih + cili giling dikisar halus
2.Sementara bahan2 tu diblender, susun bahan dalam periuk, susun serai dulu, kemudian letakkan ikan atas susunan serai, letakkan daun kunyit
3.Susun selapis demi selapisan hingga selesai
4.Tuangkan bahan2 yg diblender tadi, masukkan garam, serbuk kunyit & asam gelugur. Tambahkan air hingga separas ikan.
5.Masakkan dengan api kecil, lagi lama di masak, lagi sedap sebab perisanya sebati dgn daging ikan tu.

I da try...sedap.. Tp instead of bahan2 tu dikisar, I tumbuk dgn lesung batu j sbb mesin blender xde. So, bahan2 tu kasar la. kalau dikisar halus lagiiii sedap. Yumm..

Ok, inilah hasil 1st try saya. ( Derhaka pada resepi asal. Sbb serai x bnyk kat dapor..ada 3 batang j.. So, Cik Lyzz pon apa lagi..hiris halus2..then tumbuk sebatang serai.. dgn bahan2 tumbuk yg lain. Lagi dua serai ketuk mcm biasa. Tu pasat la jadi ini macam.. serabut j kan? Tp sedappp...nyum2.)



Sepatutnye dia jadi mcm ni.. smooth jer kuah nye.. haha ( gambar dr google.com )

Thursday, February 17, 2011

Patut ke??

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Patut ke??
Bila sejak kecil kita rasa kita betul
dan bila kita rasa kita ibu bapa kita salah
kita ambil keputusan untuk tunjuk perasaan
sampai mengabaikan pelajaran
malah membuat keadaan sehingga memalukan ibu bapa kita
Masa tu kita rasa kita buat benda betul
biar dia rasa malu
tp ibu bapa kita tetap ada sama kita
tetap sokong dan bantu kita
walau siapa pon kita

Patut ke??
Bila mula2 kita kenal kawan kawan
kita rasa bebas buat apa saja kiri kanan blkg depan
kita belajar hisap rokok, ponteng sekolah, melepak, main video game dan main perempuan
tak peduli lagi apa nasihat & apa yg mereka selalu pesan
belajar rajin2 untuk masa hadapan
walaupon x belajar...dia tetap kasi duit belanja wang saku
tetap masak sedap2 bila time balik kampung hujung minggu
tak peduli ape pon result yg kita bawa balik dan tunjuk waktu itu
Mereka tetap sign report kad penilaian sekolah walau x dpt no.satu

Patut ke??
Bila kita ada kekasih hati
x pernah peduli atau tanya kabar mereka lagi
SMS percuma yg celcom kasi semua habis bertanya kabar sang kekasih hati
cuma bila time hujung bulan, ibu bapa di cari
bila poket da mula kering dan kredit HP x berisi lagi
sebab asyik belanja kekasih makan KFC dan McD
Tu belom lagi belanja tgk wayang cerita masa kini
Tp ibu bapa tetap juga akan hulur wang pada anak yg dikasihi
kesian sang anak hidup di kota x cukup gaji

Patut ke??
Bila nak kawen
masih lagi tadah tangan kat ibu bapa dan buat muka seposen
"perkahwinan sponsor" memang la best..lagi2 kalau nk yg grand2
Duit hantaran, duit kenduri, barang kemas serba satu semua ibu bapa beri
Entah bila la agaknye mereka nak rasa duit anak2 sendiri
Tp mereka masih tersenyum nampak gigi
Sambut ahli keluarga baru dalam family
Walau habis duit tabung haji
Alamat kena post poned lagi niat nak jadi haji

Patut ke??
Bila ibu bapa da lanjut usia
majikan pon sudah suruh berenti kerja
Tp anak masih lagi meminta2
Tolong bayarkan hutang credit card yg terlebih guna
Jadi ibu bapa tua masih harus bekerja
Pagi ke petang membanting tenaga
Usahakan kebun, membajak, menebas dan membaja
Belum sempat tambah balik wang tabung haji yg telah di guna
terpaksa pula menanggung hutang si muda
Biar sakit2 pinggang dan sakit dada
Anak2 tetap utama

Patut ke??
Bila anak senang sedikit
Untung berniaga dan penuh poket
ibu dan bapa boleh ke parit
Hutang berjela x penah dia ungkit
Senyum di bibir pon tak pernah kurang sedikit
Namun anak muda sikit pon x terasa tercuit
untuk pulangkan balik duit
Tp ibu bapa tak pernah nak ungkit
Biar meraka yg rasa perit
Asal anak muda tak rasa sakit

Patut ke??
Bila anak muda sibuk dengan kerja
ibu bapa terpaksa ke kota
dengan harapan untuk berkumpul sama sama
Tapi anak muda x kunjung tiba
jangan kata nak jumpa
sms atau call hantar berita pon x ada
si bapa tua pon tertanya2
mana pergi anak tercinta
nak tido malam pon mata terbuka
Fikirkan kot2 ada yg x kena

Patut ke??
Memang tak patut..
Tp tak de sape boleh kasi tau
ape yg betul dgn tak betul
Sbb anak muda selalu rasa dia betul
tunggu je la saat dia jadi ibu bapa pula
bila masa berputar
Bila waktu itu tiba
bila saat dia jadi bapa kepada anak muda
Sebab dia takkan sedar kalau tak kena
Yakin dan percaya Tuhan Maha adil..

Pada ibu bapa tua
Hati kalian sungguh mulia
Walau tahu tanggungjawab mu tidak sampai anak muda dewasa
Kerana apabila anak muda dewasa
membahagiakan dan menyenangkan mu itu..tanggungjawab dia
Bukan membiarkan mu menanggung beban hutang berjela
Sabar lah dalam senyuman
Semoga Tuhan bantu kalian menunaikan Rukun Islam ke lima
Dan sentiasa berada dalam RahmatNya
Amin Ya Rabbul Izzati

Nota Little Lizzy : Selalu percaya pada karma. Buat baik pasti akan di balas baik..

Monday, February 14, 2011

Oat French Toast



Oat French Toast :

* Untuk 3 keping roti.

1 biji telur
1 ts ground cinnamon
2 tbs evaporated milk ( susu pekat )
garam sikit untuk rasa lemak2 manis.

Beat all of these together.. dlm 2-3 minit.. kasi telur kembang sikit.

Celup roti dalam bancuhan tadi ( or truely used whole meal bread gardenia color hijau tu ), then letakkan roti yg bersalut telur tadi dalam piring yg telah di tabur dgn oat.

Balik balik kan biar oat rata ke selurih permukaan roti.

Dalam non-stick pan.. panas kan kuali rata dengan margerin. Masak roti td sampai golden brown.

My favorite ..i suka sapu peanut butter kat tengah2...then tuang honey atas dia masa nak makan. Sedap makan panas2.. Nnt bila makan..ada rasa crunchy2 oat yg garing2 tu.. Yumm

Kalau x suka peanut butter, boleh juga tukar dengan ape2 jam yg anda suka...or nak sapu nuttella pon sedapp gak... Honey juga boleh di substitute with icing sugar.

Selamat mencuba. Masa penyediaan.. less than 10 minutes. ;))







Tuesday, February 8, 2011

Sedetik lebey















Meh jiwangzzz skett... lagu ni kalau dengar kat radio skali.. xde pape..tp bila tgk lirik dia...fuhh mengancam derr.. Dlm hati ada taman rama rama.. ;))


SEDETIK LEBIH


Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu


Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya


Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu


EDRY ABDUL HALIM