Thursday, October 29, 2009

Nak Ganyang??

Sempena hangatnya isu Ganyang Malingsia, yang membuatkan beberapa kelompok orang Indonesia kat Tanah Jawa berpeluh-peluh berjuang untuk mengganyang, dalam otak I terlintas satu benda saja.


I langsung terkenang pada maid uncle I yang sudah tentunya orang Indonesia. Since di Tanah Jawa tu sibuk diaorang buat spot check kereta dan rumah untuk cari orang Malaysia, menunjukkan betapa tak sedar dirinya orang sana, I tengah berkira-kira sama ada I perlu ganyang maid uncle I juga bila kitaorg jumpa masa balik kg untuk kenduri aqiqah my niece nnt. Sebagai langkah counter attack secara peribadi. Cuma cara ganyang I simple saja.


I akan komplot dengan my adik. Komplot untuk makan banyak-banyak, guna banyak pinggan juga. Secara tak langsungnya, menambahkan workload maid tu. Dari situ, I boleh kurangkan waktu tidur dia, dan lebihkan waktu dia di dapur. Then, I nak suggest kat Ummi and Ayah supaya suruh dia j masak semua lauk pauk kenduri tu nnt. Biar dia sengsorang duduk kat dapur buat keje.Yg lain boleh mengadap baby Qistina sambil borak2, goyang kaki sambil tgk tv n mkn karipap. Sure berbirat hati dia.


Well, siapa suruh saudara mara dia pandai-pandai nak mengganyang. As if orang-orang dia yang bekerja disini tak terhutang budi langsung pada orang Malaysia. Silap-silap terhutang nyawa. Soalan teka-teki; negara mana yang bagi bantuan paling cepat pada Indonesia waktu tsunami and gempa di Padang?


Tiap-tiap raya, maid uncle I dapat duit raya dari semua extended family. Betapa baiknya rakyat sini melayan manusia. Baik yang banyak tu selalu di-overlook, jahat yang sikit tu bukan main laju diselak.


Entah-entah tarian pandet tu pun asalnya bukan dari Indonesia. Macam kes lagu Rasa Sayang yang sebenarnya dari Perancis. Serius wei, ada juga kelompok yang tak ada akal buat kerja bodoh. Berjuang untuk benda sia-sia. Aku cakap macam ni, kau mati pun bukannya shahid pun. Kalau nak sangat pandet tu, ambil lah, simpan dalam muzium elok-elok. Lagipun silap tu, si Discovery Channel yang buat. Tak pasal-pasal orang sana mengamuk.


I perasan memang ada Facebook profile untuk benci Malaysia. Siap pesan orang Indonesia yang bekerja kat sini supaya tak bertukar-tukar resepi, tarian, culture bagai dengan orang Malaysia. The thing is, I don't think orang Malaysia hadap sangat pun. Pasal isu pertikaian batik. Common lah.. we have our very own design of batik. And it is comes from Terengganu.


Isu-isu petty macam ni memang ada saja orang yang nak emosional. Itu belum lagi kupas isu Manohara si pelakon handalan. Sebabkan dia juga, kecoh dua negara. Bukan main pembelit lagi perempuan ni. Sementara itu, I baca smlm ada "twist" baru dalam kes tuduhan penderaan Manohara ini. Ibu Manohara bernama Daisy yang kini dianggap "heroine" oleh rakyat Indonesia kerana "membela' anaknya Manohara dalam tuduhan Manohara didera oleh Istana Kelantan telah dua tiga hari yang lalu diheret ke Ibu Pejabat Polis Jakarta. Si ibu ni semasa bermastautin di Paris dulu telah dihadapkan ke mahkamah di Paris atas tuduhan telah beberapa kali mendera pembantu rumah yang dibawanya dari Indonesia bernama Sahilah. Isk isk isk...no wonder la. X mana tumpah nya kuah. So mak pelakon hebat ni tlh "jump bail" dan lari balik ke Indonesia.Sebagai seorang dari golongan atasan masyarakat Jakarta, Daisy telah dilindungi oleh pihak berkuasa Indonesia dari usaha Interpol untuk membawa beliau balik ke Paris untuk diteruskan perbicaraan, (Biasalah tu. Di Malaysia dan di mana-mana negara pun sama juga, iaitu, golongan atasan ini akan dilindungi dari tindakan undang-undang seboleh mungkin). Kan??


No, I bukan patriotik mana. Tapi I tak suka diaorang jual nama negara I guna cara tak bermaruah. Daripada Malaysia Truly Asia jadi Truly Maling Asia. Maling means thief. Man, that's insulting. Disebabkan pandet lah, batik lah, wayang and so on yang clearly bukan salah negara kita, diaorang terus freak out. Stupid ignoramuses.


Nota Little Lyzzy : Patut nya rakyat Malaysia x tolong mangsa gempa di Padang baru2 ni. Kalau itu dipanggil sebagai "KEMANUSIAAN", rasanya ramai lagi rakyat Malaysia yg sangat2 memerlukan perhatian dan pertolongan sama seperti rakyat Indonesia tu. Lebih bermakna tolong rakyat sendiri yg sudah tentu tahu makna "appreciation" and "thank you" drpd kasi pd si bodoh sombong. Haiiihhh..

p/s: Perlu ingat kebanyakan orang Malaysia berketurunan bugis, banjar, minang, palembang dan jawa juga. Jadi, x mustahil lah kalau ada "share budaya" disitu. Budaya atau adat resam bukan milik mana2 negara. Sbb ianya diwarisi dari nenek moyang kita..X kira lah walau di mana bumi dipijak? x gitu??

Monday, October 26, 2009

Mau jadi Nobita..

~ ~ ~ ~ ~ ~

Kalau la kan, ada peluang kedua untuk kembali ke masa lalu, what would I changed?


Errr...banyak!

Okey, Katakan "the second chance" hanya boleh pilih untuk satu perkara j..


Masih banyak.

Only one thing... Faster, u're out of time.


Baiklah, ada satu, but but but..it is not the one that i want to change. Kerana aku tidak ingin mengubah apa2. Aku cuma mahu kembali dan mengalaminya semula.



Aku tak mampu untuk memilih perkara,masa atau peristiwa yg mana utk di ubah.

Jadi aku pilih untuk kembali ke masa lalu


Tanpa mengubah apa-apa


Aku cuma mahu melalui detik itu kembali...



Apa, waktu dan peristiwa itu?



Aku mahu kembali saat pertama kali aku melihat dunia, aku tak pernah mengingati saat itu. Cuma mendengar cerita mak, nenek, atok dan mak cik serta pakcik tentang moment yg ku rasa amat manis itu.



Aku perlukan Doraemon dan poket ajaibnya.


Nota Little Lizzy : Arghhh..Entri picisan lagi! Maybe aku terlalu rindukan insan2 yg amat bermakna dlm hidup ini tp telah pergi menemui Pencipta Rabbul Izzati. Al-Fatihah untuk semua. ;'(

Perempuan, benang yg terbelit2..

~ ~ ~ ~ ~

Hey, sang aku..


Apa yang hilang?

Selalu hilangkan barang, tercicir sana sini, tapi selalunya jumpa balik.

Clumsy, careless, labelkan apa saja. Selalu juga bila insiden-insiden itu terjadi, aku hanya biarkan telinga aku kebas, rambut kena tarik, bahu kena cubit, leher kena cekik.

Ini cerita tentang aku. Aku yang kadang kala setuju hidup ini tak pernah adil.

Macam mana lah aku boleh lupa password ATM card aku ni???

Adakah skarang aku da mula dpt simptom baru..
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....

Hilang ingatan...oh tidaaaaakk!!!!


Nota Little Lizzy : Bile nk gaji nih??

Thursday, October 22, 2009

Semalam yang weng..

Semalam adalah hari yang sengal.

Sebab aku telah menjawab semua kuiz bahasa dari FB utk seluruh negeri2 di Malaysia ni. ( okey2..most of its la. ) ~ And the results are :


- PERAK:
- KELANTAN:
- TERENGGANU:
- KEDAH:
- N9: ANAK JATI NOGOGHI
- MELAKA: KAU MEMANG OWANG MALAKA!! PEOR LAGI TU!!!
- PAHANG: PEH PALEH!!AOK MMG ANOK JATI PAHANG
- SABAH: UII KO MIMANG URANG SABAH SEJATI
- SARAWAK: ANAK JATI SARAWAK
- JEPUN: NORMAL
- BANJAR: KULAAN BANJAR

Nota Little Lizzy : Windu giler nak balik kampung, nk tgk si kecik Qistina..Since raya aritu x balik kg lagi. Next week baru nak balik. Eeee....lambat nye next week!!Uwaaa...

Roman Picisan.. ( aku, dia dan hitam putih kehidupan )

Picisan...dr seorang aku,

Aku tidak takut untuk mencuba, tapi amat bimbang akan penolakan. Aku fikir, rejection mampu mengundang malu yang melampau walaupun dalam banyak perkara aku mampu untuk bermuka tebal.

Tapi aku kenal ramai mereka-mereka yang tidak takut akan kedua-duanya, berani mencuba bermakna berani juga menanggung risiko untuk gagal/ditolak. Kagum betol dgn mereka-mereka ini, tapi menjadi lebih kagum bila aku menjadi subject kepada penolakan tersebut.

Tanpa segan silu (lihat bagaimana aku dalam banyak perkara boleh bermuka tebal) aku mengaku pernah berada dalam kedua-dua situasi, menolak dan ditolak. Pada pengalaman aku, ditolak adalah pengalaman yang melukakan, namun menolak juga tak kurang merunsingkan. Lebih-lebih lagi bila kita CUBA untuk mencari alasan yang munasabah dan CUBA untuk menyampaikan dengan rasa yang terhormat. Okey okay...bagi pihak yg ditolak tidak perlu utk cari sebarang alasan ye melainkan alasan utk menyedapkan hati diri sendiri.

Aku pernah terbaca..yg dlm kehidupan kita ni hanya ada 2 pilihan. YES or NO. Samaada kita nk pergi kerja atau tidak, whether to stay or not to stay, samaada kita nak marah atau kita cari yg positif dalam setiap negatif. ( wahhh...mampu ke ). Yg penting semua tu pilihan kita. Pernah dengar satu quote ni.. "Jika x dpt apa yg kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat, dan bersyukurlah dgn apa yg kita ada"

Okey, tulisan kali ni not directly give an account about myself. Hehe...ok, maybe sikit lah ada kena sipi2 tu. Pening bukan? Hmm.xpe la, sbb aku adalah ordinary dan x perlu utk paham aku sepenuhnya. Sebenarnya aku berada dalam suasana melihat ramai orang membuat keputusan yang salah, aku rasa aku berhak untuk berhati-hati. Aku juga cukup matang untuk tidak menyalahkan sesiapa atau apa-apa sekiranya aku juga buat pilihan yg kurang tepat. Kadang2 kita juga perlukan kesilapan sebagai guide atau pengalaman. Xkan la, hidup ni selamanya dan selalunya cerah dan indah, bukan ke?

Aku mungkin akan kagum dengan mereka yang masih berani mencuba untuk kesekian kalinya. Namun mereka juga harus jadi seperti aku melihat penolakan sebagai risiko yang di ambil dengan kesediaan untuk menerima sebarang kemungkinan. Hahaha..( aku memang berkebolehan utk berfikir yg bukan2 sblm mencuba dan kadang2 kebolehan aku yg satu ni buat aku jd kalah sblm bertanding.. Hidden skill tu..aik, itu dipanggil skill jugak ke? ekeke..)

Orang kata pengalaman tu is the best teacher. Jadi aku selalu ambil pengalaman kawan2, rakan seopis, saudara mara jauh , saudara dekat, org sekeliling da sapa2 juge utk aku jadikan panduan. Mana2 yg elok tu aku serap, yet, mana yg x elok tu..mintak2 dijauhkan. Kadang2 kite x perasan bile kite tersakitkan hati org. Kadang2 kite tak tau, yg perangai kite selama ni menjelekkan org lain.Kadang2 kite ingat kite da buat yg terbaik dan ok..tp pd pendapat org lain,mende yg kite buat tu is nothing special and common.Tp, ape2 pon adalah menjadi pilihan kita on how to respond or react with those situation. For me, i always take it easy and become open to talk to the person relates of what u thinking and what u feel. Lagi senang...xyah penat2 buat assumption and last2 we realised that we have made the wrong assumption. At that time, situasi mungkin da jadi berubah and maybe boleh jadi worse, lebih2 lagi pd sesiapa yg suke pendam masalah sengsorang. Ye..betul juga. X semua keadaan tu allow us to b open and outspoken.

There is a case where we feel it is not right for us to argue or to reveal our expression and feeling.Ataupon kita berada dlm situasi where, the people that we deal of are the kinda person yg x boleh terima pendapat org lain, panas baran, atau orang yg kite perlu adopt opinion die to show our respect to them. And again, it is our choice and our call to respond to it. Sebagai contoh, kalau ada makcik2 yg melarang kite buat something2 sbb pantang larang tok nenek moyang, just accept it. Jgn la argue plk..sbb kebanyakan org2 tua ni, selalunya tidak open utk menerima sebarang argument, nnt boleh keruhkan r/ship. Accept x semestinya kita buat. You may just smile and keep silent.Kalau mende tu elok and x memudaratkan, ikut j lah. X rugi pon..mcm org kata jgn kuar rumah waktu maghrib..just dont do it but jgn la pulak percaya mende yg bebukan as nnt ada hantu la..apa la..

Aku tak sekeras mana. Jangan percaya dengan apa yang kau lihat, baca, dengar.

Tak sekuat mana, tak sebijak mana, tak semulus mana.

Aku tunjuk kekuatan dan benam kelemahan supaya aku tak lupa utk jadi hebat setiap hari. Tahu tak, kita perlu juga pura2 yg kita tabah dan kuat supaya org tak nampak kita lemah.

Biar orang nampak kite selalu tersenyum, sbb mana lah tau our smile can make someone smile and make their day.. ;D

Nota Little Lizzy : Kadang-kadang aku benci, benci pada kekuatan yang di buat-buat ini. hahaha apekah??

Thursday, October 15, 2009

Memoir of Lagend Island

*Cerita suda basi..*

17th July 2009

LANGKAWI INTERNATIONAL AIRPORT - LANGKASUKA HOTEL - HABOUR - LANGKAWI CABLE CAR - TAMAN BUAYA
- ORIENTAL VILLAGE - TELAGA TUJUH

Flight kitaorg pagi tu kol 0810. Giler pagi..so, bajet utk masuk at waiting room is around 1 hour b4, so 0710..setelah di congak2 kene bertolak dr rumah mak long seawal 6.30pg and bangun dr tido paling lewat kol 5.45pg.huisy, semangat giler nk pegi holiday sampai rasanya mlm tu tido pon x nyenyak lg da..terbayang Pulau Lagenda jer..haha. ( terima kasih mak long n pak long sbb kasi tumpang tido 1 mlm. muah muah muah )

*Our flight details:
Departure : 17/07/2009 08:10 From Kuala Lumpur -Kuala Lumpur LCCT [KUL]

Return : 19/07/2009 15:30 From Langkawi - Langkawi Airport [LGK]

Sampai j kat langkawi's airport, kitaorg disambut oleh pihak hotel. ( b4 that we arrange the hotel shuttle service by van..more cheaper, tp tgk2 derang pick us up by Hotel Limousine..huhu best okey!!Merasa mak jadi paris hilton jap.X kuasa nyah! )

After registration kat hotel lobby tu we ade prob sket. Ni sume gara2 x prepare awal la ni and salah percaturan. 1st of all,we decide not to booking the car rental there. Rs nk amik pakej tours j from hotel services. Ye la..kata nk pegi honeymoon, so malas nk susah2 drive, jammed,sesat and so all. Tp bile sampai sana, the price list yg derang kasi lain plk..Much more expensive from what the hotel offer me in the email. ( utk pengetahuan, sempat la aku email pihak pengurusan hotel with regars the hotel services, tp silap x booking awal2 and they claim we have to booked 2 days b4 arrive here to get the price. cehhh...) Ye la, sebagai tukang kira2 di pejabat, mesti lah aku nk berkira2 jugak kan..ingatkan xmo booking awal2, so that we boleh compare the price when we are here. Huhu.. ;P

Last2 we decide utk sewa kereta j for 3 days tu. Bargain punya bargain..we dpt kete WIRA manual for 3 days for RM100 only. Murah kan?? haa...tgk la sape yg bargain. ekeeke..Owh, lupe nk ckp. We sebenarnye a bit stuck at hotel pagi tu. Sbb we ol sampai pukul 9.30am camtu, tp kitaorg hanya boleh check in pukul 2. Damn!!Da la, xde kereta sewa, teksi mahal..pakej tours from hotel pon mahal.Pastu try tanye kot2 we are eligible for the breakfast for that day? but NO. Breakfast start from esok n lusa. Too bad.. hahaha lawak pon ade. Kitaorg xmo kusut2, then we decide utk jalan2 around the hotel area sambil snap2!! klik2!! Hotel tu cantikk..its a beach hotel. So, inside the hotel ade private beach and of course the private pool as well. Pemandangan pon cantik, bilik okey..besar dan selesa cume mkn j kureeeeeeng sket.

around kol 12 baru pihak hotel call ckp bilik da ready. So, boleh masuk awal.Org kereta sewa pon call a few minutes later ckp kerata sewa pon da ready. Hoyeh..Sblm keluar sempat la kitaorg mkn dulu n minum milo panas kat bilik hotel..nyum2.Lapaaaaaarrr sbb pagi tu breakfast sikit j kat umah mak long sbb too excited to eat, boley cenggitu??

We start our journey ahead to cable car. ( disebabkan aku x pandai Geografi and Subjek Geografi yg aku amik masa PMR pon aku dpt C, aku x pandai sgt baca peta. ) hahaha...sila lah gelak kuat2. Hampes. Asyik kene marah dgn En. Suami sbb da la die nk kene drive, nk jawab plk soklan aku yg bebukan pasal MAP tu..Tp kalau korang tgk MAP tu pon sure juling gak mata. Complicated dowh..Lama2 aku decide nk jadi "Miss Driver yg Cumel lg bergaya". En. Suami jadi co-pilot a.k.a the MAP reader. (Hehehe..lama x drive kereta manual.Perasaan masa tu, sangat teruja. ;D

Penat seh..naik tangga turun tangga, masuk utan utk sampai ke jambatan gantung tu. Tp heaven..Cantik sangat. Lepas turun tu, we ol pusing2 at oriental village. Mcm2 ada kat situ, paling best mini zoo where binatang2 die lepas camtu j. Kami berpeluang la kasi makan rusa2 n arnab. But but but..walaupon dlm gambar nmpk mcm bahagia j kasi mkn binatang2 tersebut namun hakikatnya..aku ni x berapa berani mana pon.Kuang kuang kuang..( xpe..janji dlm gambar x nmpk mcm penakut.) Syabas En.Suami a.k.a photografer kesayangan hamba. Tumb ups for yu darl..

Then, we ahead to telaga tujuh. Sbb dlm MAP tu mcm dekat jer. Okey la..dlm 15-20minit camtu da boleh sampai. Tapi, lepas j tgk tangga2 yg berpusing2 utk naik ke telaga tu,kitaorg cancel. letih naik tangga cable car td masih terasa. Haha..Jadik ler..janji da sampai.

Lepas mkn..we pusing2 lagi. Jalan2 cari pasal..ape ade hal, langkawi ni bukan jammed pon.And kalau pusing2 nnt jumpe balik tmpt yg sama. Kecik j langkawi ni. kalau subjek geografi utk mukim langkawi jer..aku confident leh dpt A++. Ahaks!!

Lepas penat jalan2, g singgah habour jap amik gambar, singgah taman buaya, beras terbakar, lalu kat pantai cenang and banyak gak tmpt yg kitaorg sempat singgah b4 balik..

Mlm, kuar kejap carik makan pastu lepak j at private beach. Owesome!!

18th July 2009

PULAU DAYANG BUNTING - PULAU SINGA BESAR- PULAU BERAS BASAH-EAGLE SQUARE- PEKAN KUAH

Hari Ke-2 we go for Island Hopping. ( This activity inclusive of 3 island, Pulau Dayang Bunting, Pulau Beras Basah and Pulau Singa Besar )Lepas Breakfast kami di bawa ke jeti berhampiran Awana Porto Malai dengan sebuat van.Di Pulau Dayang Bunting, kami dibenarkan mandi di Tasik Dayang Bunting yang sangat popular itu. Lepas Mandi, kitaorg rendam kan kaki kat kolam yg ada ikan keli. Awwww...Geli okey, tp lama2 best jugak. Foot massage.

Kami diberi masa hampir satu jam kat situ sblm pergi ke pulau seterusnya Pulau Singa Besar. Kat sini dikenali sbg Eagle's feed. Boleh la tengok Encik Helang yg sangat banyak n besar2 kat sini yg sedang menikmati hidangan tgh hari mereka. Kejap j kat sini aroung 15-20 minutes we all terus pergi ke Pulau Beras Basah. Kat pulau ni mcm2 aktiviti ada. Snorkerling, parasailing, banana boat, jet ski dan mcm2 lagi.Most of the time kitaorg abiskan kat sini. Aku dan En.Suami x join pon aktiviti yg mcm2 tu,couse we have our own activity.Hahaha..xde la, disebabkan duit pon x bnyk dan percutian ini adlh percutian budget, jadi kami berdua decide utk memilih aktiviti yg FOC seperti mandi2 sambil hitamkan badan, cari cengkerang dan batu karang,tgk gelagat org,tgk org main banana boat, tgk org main parasailing, main kejar2 dll. Giler penuh aktiviti kami. hahaha...

Lepas Island Hopping kitaorg balik hotel (dlm kol 1 lebih camtu)sbb badan rasa mcm letih giler. Nak g kuar mkn pon rs cam x larat.Panas tol kat luar tu..dok dlm bilik ni sedap sket ade air cond..huhu.Sempat la jugak sblm naik ke bilik hotel tu kitaorg terjun kat swimming pool hotel tu. Alang2 baju pon da basah kat pulau td kan. Rs mcm pool itu kami yg punya, sbb kami berdua j mandi kat pool tu time tu. wakaka.lepas solat...kitaorg zzzzz.. ( charge balik bateri and energy utk badan..ingat HP and bateri camera j ke kene charge??)

Bangun dlm kol 4.30ptg sbb perut aku da lapar giler. Lepas mandi and bersiap2 kitaorg terus pegi cari makan. Destinasi seterusnya adalah ke eagle square dan pekan kuah. Disebabkan kitaorg da tido petang tu, rs semangat sket nk jln2 pusing pulau. Tup tap sampai ke mlm kitaorg berjalan..yesszzzzza!!Ingat nk sambung mandi swimming pool lg mlm tu, tp x larat la..lepak kat bilik j sambil tgk tv n mkn biskut n keropok. I likeee!!

19th July 2009

GOODBYE TIME..

Flight kitaorg petang tu pukul 3.30pm.Tp kitaorg kene check out pukul 12 tgh hari. Lepas check out kitaorg pergi mkn laksa kat tepi laut. Terbaeek punya laksa sambil minum air kelapa. Lepas makan laksa kitaorg oder pasembor dan air cincau. Ye..saya memang suke makan. Sekian terima kasih. hahaha.. Lepas mkn, lepak2 jap kat gerai mkn tu. Angin laut tu sentimental betol. Makanan pon cepat digest. Ye la, kene pulak angin laut sepoi2 bahasa. hihihi.. Kalau aku x pakai tudung sure rambut aku mcm rambut heroin yg putus cinta dok tepi batu kat tepi laut..rambut die terbang2 tutup sebelah muke mcm dlm drama swasta tv3 tu.Hahaha..giler mampan imaginasi aku ni.

Okey la..lepas drpd mkn2, sudah kenyang, its time for us to say bye bye to Langkawi. Sweet memory to share with sweeter place to visit and accompany by the sweetest person in my life..


Nota Little Lyzzy : Special thanks to Mak Usu n Pak Usu for the wedding gift yg sangat sentimental ini.. hehehe MUAH MUAH MUAHHHHH!! Lap u bery2 much.

Nota Little Lyzzy : Kalau ade rezeki rasa nak pergi lagi n bawak duit bnyk2 sket utk shopping pulak kat sana. Ngeee ;)

Wednesday, October 7, 2009

Its best for us to be us..


Macam pernah dengar jer ayat nih?? tp di mana ya?? wakakakaka ;P
Ok ini merupakan entri tiada motif.


Nota Little Lizzy : En. Suami, for your kind attention.. Ngee ;D Lebiuuu sangat2!

ya ya..saya tau..saya sangat sweet n lovely. Sekian terima kasih. Ha ha ha jangan marah bapak-bapak, ibu-ibu, adik-adik semua...Nanti kena jual tau~

Friday, October 2, 2009

Mini Aidilfitri Open House for Finance and Service Management Department

Arini ade mini open house at our department. Walaupon tgh busy closing tetap happening. Makanan dibawa scr port luck. Mcm2 ada.. Mari membuncit secara berjemaah..haha

Aku makan banyak giler sampai lenguh tali pusat. Huhu.. Mule2 mkn ketupat nasi + ketupat palas bersama rendang n kuah kacang. ( sedap ok..kuah kacang yg soleha buat sangat sedap. Dapat A ). 2nd round mkn spegheti yg kak maz buat..Terbaekk gak. Then mkn ayam masak merah n nasi impit n lontong juga.
Pastu buah2 ditaja oleh Fariz.. Sambil2 tu aku amik kek sec recepies choc indulgance ( Shima n Erina bwk) dan juge kek coklat home made yg syahdan bawak..Rasa Kak Dee punya puding resepi turun temurun sket..Sedap gak..leh mintak resepi ni.Last skali mkn kuih siput, n biskut2. Gilos banyaks giler makan. Semput den..

En.Khusyairi bawak cup cakes yg wife die buat..Cutes sangat. X sampai hati nk makan. ;P ( sebenarnye da kenyang kannn.. )

Okey..tu jer nk update..Letih usus aku arini. Heheheehehe..

Nota Little Lizzy : Aku bawak rendang ayam j.

Puisi utk Isteri ( from junkmail..nice to share..)

P/s : This entri aku fwd jer dr one of junk mail yg aku terima..Best jugak!
Phewww...meruntun jiwa!

Perempuan bagaikan angin lembutnya melenakan
Ributnya menggusarkan.
Adakalanya mereka seperti ibumenyaji kasih, menghidang sayang
adakalanya mereka seperti anakingin dibelai, minta dimanjakan
adakalanya mereka seperti nenek
berleter seadanya, merungut semahuannya.
Namun, teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini.
bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka.
( i )Psst....
Tiba-tiba isteri merajuk pandai-pandailah memujuk buka telinga,
tajamkan pendengaran,amati suaranya
teliti dengan hati yang terseni rasional atau emosi ?
andainya emosi, belailah emosi itu
jangan cuba dihadapkan secara rasional
kerana sidia tak akan terdayamengunyah hujah,
berilah walau seribu sebab lengkap dengan perangkaan statistik atau dokumen saintifik berserta dengan beberapa affidavit
dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu.
Dalam situasi ini
fikiran telah ditawan perasaan
sebaiknya, perhaluskan kata, perindahkan bahasa jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman.Masih gagal ?
cuba gunakan sentuhan semarakkan belaian.Masih gagal juga ?
Tunggu saja rajuknya reda emosi isteri bagai riak-riak air dalam cawan jangan digoncang...... buat selamba lambat laun, gelombang akan tenang
air dicawan akan kita minum jua.
Tapi awas.....kalau ternyata, rajuknya berfaktamasamnya berdata,
geramnya berilmiah marahnya ada prima facieini rajuk taraf tinggi namanya perlu ditangani berhati-hati
kalau ternyata benar,
apa salahnya kita terimamengaku lalu berjanji serta
berikrar "Sayang abang tak ulang lagi "
katakan " Sayang....abang alpa "
bisikkan " Darling.. I lupa.."
hulurkan tangan, pinta kemaafan
pendekatan kasanova, tapi hati suci
Rajuk isteri seperti mangga muda perisanya masam tetapi...
kalau kena cicahnya enaknya akan terasa.
ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin.
( ii )Arghh...tiba-tiba isteri merungut
malah kadangkala agak mengugut
minta aksesori serta perabut
minta Villa yang tersergam indah
atau mahligai di lereng bukit
sedangkan kita bukan Shah Jehan
yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya
tetapi isteri pula, persis Nur Jehan yang meminta petanda keagungan cintanya
Katanya " Seabadi permata....segermelapan intan " ...
sedangkan ditangan kita cuma cincin tembaga.
Aduh...peritnya mengukur cinta
dalam ukuran mayam atau menimbang setia
menerusi Bursa Saham papan utama kasih isteri,
turun naik mengikut kadar tukaran wang asing.
Tiada guna menyesali diri diakan dulu pilihan kita ?
semasa mekarnya dia dihargai,
dipuja-pujidia kini sudah menjadi ibu pada anak-anak kita
sudah takdir...
permata yang dipilih perlu digilap semula.
Namun putus asa jangan sekali
terimalah dia, dengan redha.
justeru isteri pada hakikatnya adalah bayang-bayang suami
wanita adalah tulang rusuk yang bengkok
uruskan dengan berhati-hati bertegas tapi jangan berkeras
lembut tapi jangan reput.
Katakan RM bukan segala-galanya
lalu pada saat yang kudus setelah bersolat bersama
bisikkanlah " Duhai isteriku...
marilah kita bina perkahwinan ini dengan cinta yang sejati
marilah kita kutip rezeki dengan keringat tersuci kita cari harta,
tetapi itu bukan segala-galanyapadamu isteri,
istanamu, di hati ini padamu sayang kalung cintamu, di jiwa ini."
( iii )Puuuh...Akan tiba masanya bila 'isteri' di hati tapi kurang di mata
usia meningkat kecantikan tergugat
dulu yang kita lihat mulus kini beransur pupus
betis, tidak lagi bunting padi
pipi, bukan lagi pauh dilayang
apakah dengan itu akan berkurang cinta kita ?
jika berkurang, nyatalah cinta kita selama ini cinta di mata
bertapak di body
tapi jika cinta tetap kekal malah semakin bertambahertinya cinta kita di hati, berpasak di budi.itulah cinta sejati.
Namun tidak salah di samping menyanjung budi,
kita merampingkan 'body'kalau ada kesempatan
ajaklah dia bersenam, amalkan puasa sunat
tapi ingat niat kerana Tuhan
bukan kerana ingin kuruskan badan
tapi Tuhan Maha Penyayang
Dia pasti membantu isteri yang memburu keredhaan suami
tak salah kalau mohon kesihatan, kecantikan dan kecergasan
sama-samalah merampinkan badan
yang terlebih dikurangkan
jangan sesekali mencemuh apalagi menjauh
apa gunanya membandingkan isteri dengan perawan.
Bukan masanya lagi merenung dara
tapi kini saat menghitung dosa
lalu ajaklah isteri sama-sama menambah bakti
moga-moga cinta kita kekal ke hujung usia
di dunia ini dan di akhirat nanti
itulah yang dikatakan hidup berdua,
'selepas' mati pun bersama.
( iv )Uhhh....Kekadang isteri mengamuk dengan ombak prasangka dan taufan cemburu
Apa bukti setiamu suami ?
Apakah tandanya hanya aku di hatimu ?
kekadang disergahnya kita
ketika keringat masih membasah
baru menjengah pintu rumah.
Ketika itu nilailah diri
mungkin kita berdosa dengan Tuhan
atau bersalah dengan insan
mungkin banyak kezaliman dan penganiayaan
yang telah kita lakukan
Lalu datang teguran, amaran dan peringatan
secara 'indirect' dari Tuhan
hadapkanlah diri ke cermin hati
kaji diri satu persatukalau liar, berhentilah kalau berdosa, bertaubatlah
Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu
nasihatkanlah baik-baik
bukan senang nak senang
ingatlah mustika kata dalam kitab-kitab tua
suami yang bersabar dengan isteri yang jahat
akan mendapat pahala Nabi Ayub
atau ingatlah pesan Sayidina Umar al-Khattab
ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri :
" Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri telah banyakmembantu kita.
Dia yang menyelamatkan kita daripada amukan nafsu.
Dia yang membantu menjaga makan minum kita.
Dia yang mencuci kain baju kitaDia yang membantu membersihkan rumah kita...lalu apa salahnya kita bersabar dengan sedikit kerenahnya ? "
( v )Marilah sama-sama kita tabur secubit salji pada segenggam api.
Telah banyak kita dengar cerita keruntuhan,
kisah perpisahan.
Marilah kita suburkan kembali pohon perkahwinan ini
walaupun sudah berdekad-dekad usianya.
Institusi ini adalah kubu terakhir kita.
Marilah kita pertahankan bersama si dia.
si diaku, si diamu
Bicara ini diakhiri dengan satu coretan
yang mungkin boleh diguriskan pada kad hari lahir isteri
atau kad ulang tahun perkahwinan
atau surat biru yang ingin kau utuskan padanya...
Atau kau pahatkan saja di halaman hatimu
pada malam nanti :
Aku hanya seorang suami
yang menerima setulus hati seorang isteri.
Janji yang termeterai di akad nikah kita musim yang lalu.
Salam kuhulur buat menyapa hatimu nan luhur.
Bersamalah kita harungi derita yang datang.
Bersatulah kita tempuhi nikmat yang bertandang.
Denai perkahwinan pasti dihujani air mata.
Biar kita rasa: rupanya syurga itu sangat tinggi maharnya.
Isteri... tidak kutagih setia, sesetia Hawa.
Atau kerinduan menggila Laila yang sangat dalam.
Terimalah kehadiranku di sudut tersuci di dalam hatimu.....
seorang isteri.
Nota Little Lyzzy : Best bukan?? Cik LittleLizzyme suke sangat lagu "permata utk isteri" by Kopratasa.
Little Lizzy's Note 2 :Buat En.Suami..I believe that LOVE not necessary to be expressed by words. But the most important is to feel it. As we grow older together, as we continue to change with age, there is one thing that will never change. . . I will always keep falling in love with you. I Promise!!