Thursday, September 8, 2011

E'id Mubarak 2011

~~~~~~~~~~~~~

Hi readers.. kita masih lagi dalam mood raya ye tak? Nak kerja pon rasa malas n lemau j kan? Maklum la...cuti panjang aritu.Bagi Cik Lyzz and DD, kitaorang telah pon masuk hari ke-4 puasa di bulan Syawal. InsyaAllah.. akan habis next week. ;)

Masa raya last week kami makan banyak sangat... boleh dikatakan hari2 ada sup tulang.. tambah pulak daging2 serta rendang ayam..pulut lemang lagi.. wuisy..
Terasa bersalah pulak pada diri sendiri.. hik hik hik.. tp masa makan tu x sedar diri jugak. Ahahaha...Itu belom lagi cheese cakes serta satey.. Wahh...memang sakan.

Raya kali ni kami sempat duduk lama sikit kat kampung. Dari hari sabtu sebelum raya tu Cik Lyzz dah balik kampung ayah. Untuk preparation raya..nk kemas2 rumah, buat kek dan sebagainya. Lagipon kesian kat budak2 tu.. berbuka xde sape nak masak. Asyik makan kedai j.. So, sementara Cik Lyzz ada kat rumah dapat la derang makan sedap sikit.. Sedap ke?? ahaa.. ;D Boleh lah... nak makan adik beradik.. sedap la dibanding lauk2 bazar ramadhan tu kan? Hihihi..
Hari sabtu menu kami adik beradik ayam percik kesukaan adik. Dia sendiri yg offer diri nk bakar ayam tu guna arang. Kalau bakar pakai arang tempurung rasa nya lebih kaww..berbanding kalau kita bakar pakai oven yg biasa ni. Jadi, Cik Lyzz ok kan aje.. at least ade gak dia aktiviti petang2 tu. Disamping tu..Cik Lyzz masak ikan kembung masak ompok, lauk orang Kampar. Kebetulan mak sedara Cik Lyzz org kampar.. Cik Lyzz pon risik2 la resepi dari cousin Cik Lyzz. Masak ompok ni sedap.. pedas2 masam2.. sesuai la untuk pembukak selera. Sebab ayah x berapa minat dgn ayam percik. Then, Cik Lyzz masak sayur goreng dan sambal udang sikit. Laju j derang makan..suka Cik Lyzz tgk.

Hari Ahad tu menu kami special sikit sebab ada kari ikan utara. Pagi2 ayah da pegi beli ikan nyuk2 besar pulak tu.. ayah kata nk mkn kari kepala ikan. Cantekk..!! sejak Mak Ngah ajar cara nk masak kari ikan utara tu..Cik Lyzz pon da suka makan kari ikan. Hehe.. Sedap.. Adik pulak nak makan ayam KFC. Dia siap oder coleslaw dan mashed potato macam kat KFC tu. Lagi satu lauk Cik Lyzz masak sambal goreng tempe campur kentang dan ikan bilis goreng tu.. Nyum2.. Cik Lyzz masak lebih sikit untuk sahur sekali.. Alhamdulillah LICIN..

Hari Isnin Cik Lyzz busy masak 3 jenis rendang..then ada sup tulang.. then Cik Lyzz masak jugak ikan siakap sweet sour. Hari terakhir ramadhan kami makan special sikit sempena menyambut hari kemenangan la katakan.. Disamping nasi ada juga lemang dan ketupat. Memang kembung perut. Hahaha..

Petang raya Cik Lyzz pegi gathering kat Taiping family belah mak. Gathering tu start dengan solat maghrib, bacaan yasin, ada mesyuarat keluarga sikit dan seterusnya makan2 serta diikuti dgn salam2an dan distribute duit raya. Tgh2 malam tu jugak kami balik ke Manjung. Esok pagi kami makan rendang mak pulak.. Sedap nye la, Tgh hari kami makan sup tulang. Lebih kurang 10kg kami masak hari tu. Maklum lah semua adik beradik dapat berkumpul sekali. Petang sikit ada sesi photography kat rumah. Yeop Kay panggil cina kedai gambar tu datang rumah. Hehe.. Senang sikit nk kawal budak2 kalau kat rumah katanya. Malam nye kami pegi gathering family ayah pulak ke Trolak.

Memang rasa macam tak larat.. tp raya punya pasal dan lagipon setahun sekali j kan.. Kami sampai pon dah agak lewat jugak. Dalam pukul 8.30mlm. Patut ada bacaan yasin..tp dah lewat, kami baca tahlil j untuk arwah2 keluarga yg terlebih dahulu meninggalkan kami. Ye la...dalam kita bergembitra,, org yg telah tiada jangan kita lupa. Betul tak? Malam tu, lepas sesi photography, kami shoot balik ke Manjung balik dari Trolak tu. Dalam kereta tu, Cik Lyzz penat sangat..tp kesian DD bawak kereta sorang2. So, Cik Lyzz teman la jugak DD sembang2. Lama2 DD sembang sorang2..Cik Lyzz dah sampai mana2 dah.. Haha.. zzZZzz...

Raya ketiga, kami buat BBQ kat umah mak. Kebetulan family Pak Teh, Pak Chu dan Wan Cu cakap nk datang beraya kat Manjung. Hilfi and wife ( Pengantin baru ) pon ada sekali.
Menu mlm tu western sikit.. ada ayam BBQ, ikan keli bakar ( eh, ikan keli western ke? ), kentang bakar, makan pulak dengan nasi goreng, mashed potato and coleslaw. Cik Lyzz dan adik ipar buat cheese kek strawberry and oreo sebagai pencuci mulut. ;) Kejappp jer LICINN.. haha

Raya Ke-4, Hari Jumaat tu kami pegi ke Taiping rumah Wan Ipah. Ada majlis pertunangan and nikah cousin DD, E-are. Tahniah E-are sebab da jadi isteri orang. Semoga dapat jadi isteri solehah dan dapat rumahtangga yg diberkati Allah selalu. Tgh hari tu, Pak Uda jamu makan Sup Tulang Special Pak Uda. Kak Ngah cakap, tiap2 tahun sup Pak Uda tu la yg ditunggu2 org sekitar Changkat Jering tu. Majlis pertunangan dijalankan pada pukul 3, manakala bernikah pukul 6ptg nya. Malam pulak ada majlis marhaban..makan kurma kambing..pon special.. Nyumm2.. Kena pulak dengan nasi minyak, kerabu asam perut, ayam goreng rempah, sup tulang dan buah2. Fuhh... memang x cukup sepinggan, Ahaks.. ;)

Raya ke-5 ( Sabtu ), Kami menghadiri majlis kenduri kawen E-are dan suami di dewan berhampiran( alamak..lupa la nama dewan tu ). Nasib baik jugak kenduri kat dewan.. jadi relax sikit ahli keluarga sebab semua nya dah ready. Mak sponsor Chocolate Fountain pada majlis tu. Sungguh mendapat sambutan la kan.. bukan saja dikalangan budak2..mak2 serta bapak2 budak pon join sekali berebut. Hehehe... lagipon chocolate yg Anne gunakan untuk buat fauntain tu sungguh thumbs up. ;)

Petang tu kami bergegas balik ke Bagan Datoh, rumah ayah. Ayah dah siap2 ready nk pergi open house rumah mak long kat Bukit Raja, Klang. Sampai j rumah ayah, dalam pukul 7pm tu, kami terus shoot ke Bukit Raja pulak. Exhausted betul. Tp bila jumpa ahli keluarga ramai2 kat sana..terus hilang penat. Hehe.. ;D Lepas makan2 dan sesi bergambar, kami balik Bagan Datoh. Sbb memang dah niat nk kemas2 rumah ayah sikit. Lagipon ahad tu adik2 nak balik asrama. So, selalunya ada la yg derang nk oder untuk dibawa bekal balik asrama.

Ahad, pagi2 lagi Cik Lyzz dah pegi pasar. Pagi pon x pagi sangat la. Dalam pukul 9.30. Hahaha... letih sangat, sampai x boleh bangun tido. Tp bila pikir banyak kerja nk buat, gagahkan jugak.
Tgh hari tu Cik Lyzz, masak ketam masak lemak cili api, ikan talapia masak sambal, sayur kobis kicap dan ikan bawal goreng. Last call Hamudah dgn Hassan nak makan sedap2 sebelom balik asrama. Sementara Cik Lyzz masak tu, DD sempat basuh baju. Lepas masak, Cik Lyzz kemas2 rumah sikit, simpan pinggan mangkuk yg x digunakan dalam kebinet. Kemas peti ais and dapur sikit. Cik Lyzz masak sambal ikan tu lebih sikit untuk di frozen sekali. Imah pulak sempat buat kan Kek Batik untuk Hamudah bawak bekal ke asrama.

Petang tu, kami sempat dapat short nap sebelum balik KL. Alhamdulillah jalan clear and x jammed hari Ahad tu. ;)

Begitulah cerita raya Cik Lyzz and DD. Penuh warna warni dan happy sangat.. Thanks to Allah for His blessed. Cik Lyzz bersyukur sangat dikurniakan family yg sangat sangat happening, penuh dengan kasih sayang dan caring, serta awesome.

"Kau peliharalah kerukunan dan keharmonian keluarga kami ini Ya Allah. Dan jauhkan lah kami dari sifat keji serta hasad dengki manusia2 yg hendak memecah belah kan kami.. Kau lindungilah kami dari amarah/hindarkan kami dari fitnah agar hidup kami berkah Ya Allah.JAUHKAN KAMI DARI BALA DAN SEKSA MU dan jauhkan kami dari merasa kurang terhadap berlimpah anugerah yang Engkau berikan, setiap hari ini. Amin Ya Rabbal A'lamin.."

P/S : Cik Lyzz nak upload gambar, tp internet kat rumah ni slow sangat.. Nnt2 la ye. ;P

No comments: