Sunday, December 16, 2012

Roti boy

Salam... Arini Cik Lyzz nk share resepi roti boy yg pernah cik lyzz try. Cik Lyzz dapat resepi ni dari rumah CM. Mintak izin kongsi resepi kat sini pulak ye.
Walaupon cik lyzz ada olah sedikit bahan2 ikut apa yg ada kat dapur cik lyzz masa tu.. alhamdulillah menjadi jugak roti Cik Lyzz ni. Rasa semua da cukup, tp tekstur nya masih banyak yg kurang. Especially roti nya la. Masa fresh baru keluar dr oven mmg mantap. Roti lembut, inti dan topping pon sedap.Tp bila Cik Lyzz simpan semalaman utk breakfast esok paginya, roti da keras kejung. Not good!
Jadi, sesiapa yg first time try.. sila jangan jadi derhaka mcm Cik Lyzz. Haha..

On your right hand side is Topping:
100 gm butter.
80 gm gula halus.
2 biji telur
1 tbsp kopi segera.-bancuh dengan 1 tbsp air panas.
100 gm tepung gandum.

Cara-caranya:

Pukul butter dan gula halus hingga kembang.Kemudian masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.Masukkan tepung gandum dan kopi segera.Gaul hingga sebati.Masukkan kedalam bekas plastik ising.Ikat kemas-kemas dan simpan dalam peti sejuk sementara nak sediakan doh untuk roti.

On your left is Inti:
200 gm butter.
1/2 tsp esen vanila.
70 gm gula perang.


Cara-caranya:
Pukul bahan-bahan diatas hingga gebu dan masukkan kedalam plastik ising.Ikat kemas-kemas dan simpan dalam peti sejuk sementara nak siapkan bahan-bahan yang lain.


Masa ni Cik Lyzz tersilap step... ghairah benar nak buat spiral atas roti tu sampai lupa yg sepatutnya kena tunggu roti naik sekali ganda baru buat spiral.

Sebaik2 nya.. selepas masukkan inti dan bulat2 kan roti kepada 8 bahagian, kita rest kan dulu dough dlm setengah jam or sampai roti naik sekali ganda.

Kemudian, baru lah keluarkan topping dr fridge and buat spiral atas dough yg da kembang tu.

Da siap, terus masuk dlm preheat oven utk bakar ikut suhu yg ditetapkan.


* Note for next trial.

 Walaupon ada kesilapan teknikal kat situ... dough Cik Lyzz tetap naik jugak.

Suspen jugak nk tunggu sbb atas dough tu da berselemuih dgn topping.. but cik lyzz still x leh bakar sbb dough belom kembang.

Tips : Dough akan cepat kembang dgn elok bila suhu sekeliling adalah panas dan kering. Jadi, Cik Lyzz selalu masukkan dough dlm oven pada suhu less than 50'c utk kasi dia cepat naik.

Bayangkan how dough Cik Lyzz nk struggle utk kembang tambah2 lagi topping kat atas dia tu sejuk dr fridge. Inti kat dlm pon dr fridge. Ish ish ish... not good.

 At last, alhamdulillah...menjadi jugak. jadi la.. utk mkn minum petang. kalau nk simpan x leh la.. dia kejung. Wakaka... Ok jom tgk resepi roti pulak.

Roti

210 gm tepung roti.
56 gm tepung gandum biasa.( Cik Lyzz bantai guna tepung hongkong sbb bnyk lebih buat crepe aritu )
20 gm susu tepung. ( cik Lyzz xde susu tepung, belasah susu pekat manis dlm 3 sudu )
42 gm gula halus.
1/2 tsp garam halus.
6 gm yis segera.
2 biji kuning telur.
85 gm air.
84 gm water roux
22 gm butter.


Cara-caranya:

  1. Masukkan semua bahan-bahan diatas kedalam bekas yang sesuai kecuali garam dan butter.Uli hingga sebati dan kenyal.Kemudian masukkan garam dan butter,Uli lagi hingga semuanya sebati.
  2. Biarkan adunan selama 40 minit atau adunan naik dua kali ganda.
  3. Timbang adunan seberat 60 gm setiap biji-Cm buat dapat 9 biji semuanya.
  4. Bentukkan menjadi bulat-bulat  dan perap selama 15 minit.
  5. Masukkan inti dan tutup dengan rapi .Biarkan sehingga  adunan menjadi 2 kali ganda saiznya.
  6. Paipkan Topping diatasnya.Bakar hingga masak.lebih kurang 20-15 minit dengan suhu 180 darjah celcius. ( Oven Cik Lyzz 200'c )

Closed up tekture roti.. nampak tak?? lembut tau... sbb yg ni fresh from oven.. topping dia garing..roti lembut. tp sayang sbb inti da hilang sbb melimpah keluar masa process baking. Huhu..
Water Roux:
25 gram tepung
125 ml air
Bancuh tepung dan air didalam periuk dan masak menggunakan api yang perlahan  hingga pekat.Sejukkan dulu baru digunakan.
* Note : Tekture water roux ni mcm nestum baby. Penting Water roux ni utk mendapatkan roti yg lembut.

Tips2 lain :
1. Jgn isi inti banyak2 sbb nnt bila bakar dia pecah dan melimpah.
2. Jgn put topping banyak2..( bajet kalau banyak lagi sedap sbb topping tu crunchy2 kan? ). padahnya, nnt roti boy da jadi bentuk dinasor, ada yg bentuk pokok, ada yg bentuk kura2.. penyu sume la. Hahaha...
So, advisable just letak atas permukaan roti tu dlm 3/4 j. Nnt dia melt cun2 meliputi keseluruhan roti. Jadi nampak la bentuk bulat tu.
3. Sila guna tepung yg betul. Wakaka..

selamat mencuba ya:)

Sunday, December 9, 2012

Broccoli and chicken mini quiche





These mini quiches are so quick and easy yet fun to eat.
There are many variants of quiche, including a wide variety of ingredients. You can always experiment the recipe to your own one and it will still turns ok.. promised.

So next time u ols leh try experiment the recipe dgn mengunakan mushroom, or seafood or spinach or meat or sosej or vege etc ect etc. Kalau nk buat bday party utk anak2, masak ni sangat sesuai sbb not only kids will love it. Adult pon mesti suka.. lagipon preparation time doesn't take too long

Cik Lyzz suke sangat buat savory mcm ni sbb pertama DD suka cheese. Yg kedua, it's easy to make. Yg ketiga, it's yummy. Dan yg paling best sbb dia sesuai dimakan pada bila2 masa.

Selalu Cik Lyzz buat utk snack ketika tgk movie or santai2 tgk TV atau utk sesuai juga for breakfast.




 Quiche (/ˈkʃ/ KEESH) is a savory, open-faced pastry crust dish with a filling of savory custard with cheese, meat or vegetables.
The word quiche comes from French, which ultimately borrowed the word from Lorraine Franconian Küeche ‘cake’ (cf. German Kuchen).[1] Central Franconian typically unrounded the ü (/y/) and shifted the fricative "ch" (/ç/) to "sh" ([ʃ]), resulting in "kishe", which in standard French spelling gives "quiche."

Today, quiche is considered as typically French. However, savoury custards in pastry were known in English cuisine at least as early as the fourteenth century. Recipes for custards baked in pastry containing meat, fish and fruit are referred to Crustardes of flessh and Crustade in the fourteenth-century The Forme of Cury and in fifteenth-century cookbooks as well. ( Sumber dari Wiki )

Bahan Bahan : 

1. Puff pastry jenama KAWAN.

Filling :
 2 ketul chicken breast - Diced
 Herbs for marinate
 - Rosemary
 - Mixed herbs
 - olive oil
 - black paper
 - white paper
 - 1 onion ( chopped )
 - Salt.
4. Tomato - diced
5.  Broccoli


 Custard :

3/4 cup whip cream
2 eggs
2 tbs self raising flour
1/2 chicken cube knorr

3 slices of Cheese
mixed herbs

 Cara2 :
Marinate chicken breast with the herbs. Letak tepi sementara siapkan bahan2 lain.
Pre-heat oven to 200 degrees C.
Bake in the oven for 15 - 20 minutes or until golden brown

Those yg suka rasa yg lebih authentic, boleh la mixed the herbs dgn serbuk kari atau serbuk jintan.
Nak lagi best boleh try guna rempah rendang or percik. Hehehe.. tp kalau guna rempah rendang or percik, boleh la exclude pengunaan cheese. kan? Mcm clash pulak rasa cheese tu dgn rendang or percik.
Apepon.. mcm Cik Lyzz kata td, its fun to make quiche cause we can always experiment with the recipe.


Ok, till then... selamat mencuba.

Recap attire during Great Eastern Annual Dinner ~ Monocrome Night.

Malam  dinner tu Cik Lyzz pakai dress lycra color navy blue with pink ribbon from Norzie Beautilicious House. Gaya ni adalah inspirasi dari Heliza Helmi. Cik Lyzz jumpa gambar dia ni kat Mr Google. Nampak sweet sangat dia pakai dress white n purple tu.. dgn ribbon kat kepala. Soo shomel.

Jadi bila cik lyzz jumpa dress ni kat Norzie's blog, terus sepantas kilat membelinya. Masa beli ni x plan pon nk pakai utk dinner. Saje2 j beli sbb rasa mcm paling comel kalau pakai. hahaha.. Bila da beli.. simpan j dlm wardrobe sbb x tau masa bila nk pakai. Nasib baik ada dinner with the theme monocrome night.. so, cik Lyzz teringat la baju ni yg belum pernah cik lyzz rasmikan lagi ni. Lagipon x sempat nk cari baju lain.. jd pakai j la baju yg ado.

CikLyzz cuma beli tudung dr Al Humaira Contemporary online, kebetulan ada warna yg sama dgn baju ni. Terus grab.. Anak tudung silang tu pon beli kat AlHumaira. ;) Senang j kan skang ni..semua dihujung jari.. Order saje online. ;P

Accessories bangles and ring Cik Lyzz beli kat Ampang Park, a day before the majlis. Last minutes shopping. Pheww..

Kasut tu cari kat wangsa walk. Thanks to DD for the kasut.

So, taddaaa... ( Rasa mcm nk beli ribbon for the headband.. tp mujur sedor diri x bape nk chomel mcm heliza hilmi. Hik hik hik.. )


 Sorry la gambar blur sbb pakai camera HP j..


Sunday, December 2, 2012

Nasi Mandhi ala Cik Lyzz



Assalam...
Kali ni Cik Lyzz nk kongsi resepi Nasi arab a.k.a nasi Mandhi yg pernah Cik Lyzz try. Alhamdulillah.. DD suke sangat. Siap dapat 100likes dr en gula hati I tu.. hehe..
Resepi nasi mandhi ni da lama Cik Lyzz try.. cuma baru kali ni ada masa nk blog kan dia.
 
 Resepi ni Cik Lyzz dapat dr blog Liza Razak. TQ tuan punya resepi.. sedap sangat. x yah g Hadramawt dah. Boleh buat sdr, jimat cost dan yg penting skali..puas hati. Kan?? So, sape2 minat nk try, leh tgk blog Liza Razak kat sini
 Nampak tak nasi tu panjang2.. nyum2 sangat. Rasa rempah dia sedang elok j.. especially kita ambil stock dr ayam bakar tu utk tuang kedalam nasi. Nnt leh tgk cara2 nk masaknye lps ni. Selain tu.. special nye ttg resepi nasi mandhi ni.. kita masak dgn asap arang. Pelik tak? tp, beleive me.. i think the smell from the asap tu gives best impact to the taste. Masa letak bara arang tu, advisable you all letak sket lemak ayam/daging supaya bau asap dia campur lemak tu.. terangkat sket. At least more meaningful la, dari letak bara semata dlm periuk nasi kan..

 Cik Lyzz guna beras Faiza batmathi gred 1.. rendam dulu at least 20min, then masak ikut resepi.

Selain dari nasi mandhi dan ayam panggang rempah kabsha, Cik lyzz ada jugak sediakan side dish utk dimakan bersama nasi ni.

Cik Lizz buat kuah dal daging, salad timun dan sambal tomato.. eh, sambal tomato ke panggilnye. Ala..sambal cicah yg mcm kat restoran arab tu.. cili hijau blend dgn tomato, tambah gula garam n jus lemon sket.
 Okey... ini la dia salad timun n tomato.

Simple sangat.. Cik Lyzz dadu kan kedua2 nya.. then, gaulkan dgn sambal tomato cili td.

Tambah sket jus lemon secukup rasa.

Gula dan garam to taste.. Kalau ada daun pudina.. boleh chop finely and tabur j atas dia. Yummmm..
 And this is the sambal tomato.

Blend cili hijau n tomato, add in jus lemon, gula n garam.

kalau suka pedas, boleh campur cili padi jugak. kasi terangkat sket.



Bahan-bahan ayam:
1 ekor ayam ~ dibelah 2 dan di cuci bersih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsa ( kalau tak ada,gantikn dgn rempah campuran )
2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
2 biji lemon ~ dihiris bulat
Garam
Sedikit pewarna kuning/ saffron
Aluminium foil.
Cara penyediaan ayam:
1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250′c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.
**Semasa ayam dibakar, ayam akan mengeluarkan air. Selepas 45 @ 50 minit, buka foil dan keluarkan air didalam ayam tersebut dan barulah bakar semula selama 10 minit atau sehingga ayam sedikit garing.
**Kuah dari ayam tadi, saya campurkan dgn saffron/pewarna kuning sebelum dimasukkan ke dalam nasi.


Nasi:
4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
3 camca besar minyak sapi
4 1/2 cawan air atau secukupnya
1 biji bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
1/3 cwn kismis
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning
Garam secukup rasa.
Cara penyediaan nasi:
1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.

Untuk dapatkan resepi rempah kabsha, boleh tgk disini

Boleh buat skali banyak2..then simpan dalam bekas kedap udara n keep in the fridge. Bila2 teringin nk mkn ayam or daging pangang ala arabic style.. leh terus guna. Okey dokie.. Jemput makan... Hehehe..

Durian Crepe Cik Lyzz

 Assalam... 
Selamat bersiaran. Hahaha...agaknye blog Cik Lyzz ni setahun dua kali j update kan. Xpe la... mcm la ade org nk baca pon. Cik Lyzz suka nk kongsi resepi kat sini so, in future, bila nk buat boleh jadi rujukan cik lyzz sdr di masa akan datang.

Sempena fenomena durian crepe yg semakin hangat sekarang ni.. Cik Lyzz pon da try buat semalam sempena birthday DD. Sebelum ni 2-3 kali nk buat, tp DD mcm x minat j nk try. Everytime we both beli durian..mesti habis mkn mcm tu j.X sempat Cik Lyzz nk bereksperimen. Hehe.. ( dua2 hantu mkn durian.. )
Sebelum tu...Cik Lyzz nk ucapkan Happy Birthday DD.. Semoga yu jadi gula hati I hingga ke syurga Jannah.
Hope Allah blessed our marriage and our life herein dunia and akhirah. Amin...


 A few days back, DD balik from office, tiba2 dia cerita pasal durian crepe. Ada officemate dia beli and kasi kawan2 rasa... tp DD x sempat nk rasa, dah habis. ( expected.. ekekekeke..DD ni mana la tau nk rebut2. ) Then, balik rumah, dia pon suruh la "masterchef dapor" dia ni a.k.a your truely buat. Cik lyzz pon suka kalau ada request.. semangat nk buat!!


Actually memang ada beberapa variasi resepi crepe durian ni.
Ada yg guna tepung gandum only, ada yg guna 4 jenis tepung, ada yg 5, ada yg 7.. haaa... fening jugak la nk study resepi.

Sambil tu, Cik Lyzz pon ada jugak merayau blog2 masakan tgk cara2 n gambar2 hasil crepe derang. Lastly, Cik Lyzz pilih resepi dari blog Cikgu Ani. Cik Lyzz tgk gambar crepe dia closed tu crepe yg pernah Cik Lyzz makan kat Great Eastern Mall yg sedap lagi yumeeyeah.

Price dia sangat mahal.. bila beli, rasa mcm x berbaloi pon ada. Satu ketul kecik tu RM2, 6pcs for RM10. Wow...tp bila mkn, x ingat da cik montel ni mahal. Codapppp..


Dua hari berturut2 Cik Lyzz beli.
Sambil makan tu, Cik Lyzz belek2 tekstur crepe dia.
Sekali pandang mmg mcm based tepung ketayap.
Bila tgk betul2, lain  sangat sbb dia nipis n x cepat pecah. Elastic!

Kulit dia pon licin.. bila balut dgn inti durian n full cream tu.. Wallaa... tengok pon rasa sayang nk makan.

Untuk percubaan pertama ni..cik lyzz guna resepi cikgu ani..
So, sape2 yg nk try boleh la tgk rumah cikgu ani disini

Mintak izin Cikgu Ani, Cik Lyzz share resepi cikgu kat sini k..
Bahan-bahannya:
2 sudu besar tepung pau - Cik Lyzz tukar ke tpg sagu
2 sudu besar tepung ubi kayu
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung kentang - Cik Lyzz guna tepung Hongkong
4 sudu besar tepung naik sendiri

1 1/2 sudu besar gula castor
2 biji kuning telur
1 penutup esen vanila
1/2 tin susu cair
1 sudu kecil garam
Air
3 sudu besar mentega yang dicairkan
1 sudu teh pewarna kuning lemon

Bahan Filling:
Isi durian yang telah dibuang biji
1 cawan fresh cream - diputar hingga kental



  1. Masukkan semua bahan tepung dan yang lain kecuali mentega cair dan pewarna ke dalam blender. Tambahkan air sehingga kurang 1 inci untuk penuh blender.
  2. Kisar hingga rata. Simpan di dalam peti ais selama sejam. (Saya simpan dengan blender2 sekali.. )
  3. Selepas sejam, keluarkan dan masukkan mentega dan pewarna, kisar sekejap aje hingga rata.
  4. Panaskan non-stick pan menggunakan api yang paling perlahan. Masukkan adunan dan lenggangkan kuali supaya crepe tidak terlalu tebal atau terlalu nipis sehingga adunan likat dan biarkan hingga atasnya masak. Tak perlu terbalikkan. (Crepe ini adalah seperti kuih dadar/kuih ketayap yang lembut).
  5. Ulang langkah 4 hingga semua adunan tepung habis. Biarkan crepe sejuk..

 * Cik Lyzz blender all these sampai sebati, then masak atas non stick pan mcm masak ketayap. ( Cik Lyzz x rest batter dalam peti sejuk pon sbb x cukup masa. ) Tips dr Cik Lyzz, panaskan non stick pan hingga betul2 panas.. once da panas betul then slow kan api, baru lenggangkan adunan crepe dlm kuali. masak atas api sederhana. Kalau api kuat, nnt crepe jadi crisp. Hehe..Cara mcm ni juga boleh avoid dr kulit crepe melekat bila nk terbalikkan atas pinggan. Buat hingga adunan habis. Balut dengan isi durian n whip cream. 
Chill before serve.
 Cik Lyzz tindih2 j lapisan crepe bila da masak. Alhamdulillah dia x melekat pon.

 This is another resepi dari Mak Ngah Cik Lyzz. Dia pergi class utk blajar resepi Crepe ni. Now, dia dah pon jadi usahawan Durian Crepe kat Kedah nun.. Sape2 nk beli durian crepe area Alor Star, boleh cari mak ngah saya Ezzah Aziz. Next time, Cik Lyzz akan cuba resepi ni pula and akan kasi feedback whats the diff key.

Untuk Crepe:
40gm gula ising
40gm tepung hongkong
40gm tepung jagung
2 sudu besar tepung ubi/sagu
1sudu besar tepung kastard
4 biji telur
Pewarna kuning lemon
1sudu teh vanilla
Secubit garam
1 1/2cawan air....kalau rasa pekat tambah sikit lg
2sudu besar minyak
Gaul semua bahan...simpan dlm peti sejuk selama setengah jam
Krim kastard
1/2 cawan gula
3biji telur kuning
2 cawan susu full krim / susu cair
1 sudu teh vanilla
6 sudu besar tepung jagung
Secubit garam
Sedikit air kalau kastard rasa pekat
Semua bahan di atas masak cara double boiler...sampai masak n kental
Simpan dlm peti sejuk seketika sebelum di gaul dgn wipping cream..
Gaul separuh2 tau..
Kalau tgk sekali imbas pada dua2 resepi, x banyak beza. Cuma Mak Ngah guna 4 biji telur untuk satu adunan. X sabar nk cuba. ;)

Okey la...sampai disini dulu. Till we meet again. Daaa....