Sunday, December 16, 2012

Roti boy

Salam... Arini Cik Lyzz nk share resepi roti boy yg pernah cik lyzz try. Cik Lyzz dapat resepi ni dari rumah CM. Mintak izin kongsi resepi kat sini pulak ye.
Walaupon cik lyzz ada olah sedikit bahan2 ikut apa yg ada kat dapur cik lyzz masa tu.. alhamdulillah menjadi jugak roti Cik Lyzz ni. Rasa semua da cukup, tp tekstur nya masih banyak yg kurang. Especially roti nya la. Masa fresh baru keluar dr oven mmg mantap. Roti lembut, inti dan topping pon sedap.Tp bila Cik Lyzz simpan semalaman utk breakfast esok paginya, roti da keras kejung. Not good!
Jadi, sesiapa yg first time try.. sila jangan jadi derhaka mcm Cik Lyzz. Haha..

On your right hand side is Topping:
100 gm butter.
80 gm gula halus.
2 biji telur
1 tbsp kopi segera.-bancuh dengan 1 tbsp air panas.
100 gm tepung gandum.

Cara-caranya:

Pukul butter dan gula halus hingga kembang.Kemudian masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.Masukkan tepung gandum dan kopi segera.Gaul hingga sebati.Masukkan kedalam bekas plastik ising.Ikat kemas-kemas dan simpan dalam peti sejuk sementara nak sediakan doh untuk roti.

On your left is Inti:
200 gm butter.
1/2 tsp esen vanila.
70 gm gula perang.


Cara-caranya:
Pukul bahan-bahan diatas hingga gebu dan masukkan kedalam plastik ising.Ikat kemas-kemas dan simpan dalam peti sejuk sementara nak siapkan bahan-bahan yang lain.


Masa ni Cik Lyzz tersilap step... ghairah benar nak buat spiral atas roti tu sampai lupa yg sepatutnya kena tunggu roti naik sekali ganda baru buat spiral.

Sebaik2 nya.. selepas masukkan inti dan bulat2 kan roti kepada 8 bahagian, kita rest kan dulu dough dlm setengah jam or sampai roti naik sekali ganda.

Kemudian, baru lah keluarkan topping dr fridge and buat spiral atas dough yg da kembang tu.

Da siap, terus masuk dlm preheat oven utk bakar ikut suhu yg ditetapkan.


* Note for next trial.

 Walaupon ada kesilapan teknikal kat situ... dough Cik Lyzz tetap naik jugak.

Suspen jugak nk tunggu sbb atas dough tu da berselemuih dgn topping.. but cik lyzz still x leh bakar sbb dough belom kembang.

Tips : Dough akan cepat kembang dgn elok bila suhu sekeliling adalah panas dan kering. Jadi, Cik Lyzz selalu masukkan dough dlm oven pada suhu less than 50'c utk kasi dia cepat naik.

Bayangkan how dough Cik Lyzz nk struggle utk kembang tambah2 lagi topping kat atas dia tu sejuk dr fridge. Inti kat dlm pon dr fridge. Ish ish ish... not good.

 At last, alhamdulillah...menjadi jugak. jadi la.. utk mkn minum petang. kalau nk simpan x leh la.. dia kejung. Wakaka... Ok jom tgk resepi roti pulak.

Roti

210 gm tepung roti.
56 gm tepung gandum biasa.( Cik Lyzz bantai guna tepung hongkong sbb bnyk lebih buat crepe aritu )
20 gm susu tepung. ( cik Lyzz xde susu tepung, belasah susu pekat manis dlm 3 sudu )
42 gm gula halus.
1/2 tsp garam halus.
6 gm yis segera.
2 biji kuning telur.
85 gm air.
84 gm water roux
22 gm butter.


Cara-caranya:

  1. Masukkan semua bahan-bahan diatas kedalam bekas yang sesuai kecuali garam dan butter.Uli hingga sebati dan kenyal.Kemudian masukkan garam dan butter,Uli lagi hingga semuanya sebati.
  2. Biarkan adunan selama 40 minit atau adunan naik dua kali ganda.
  3. Timbang adunan seberat 60 gm setiap biji-Cm buat dapat 9 biji semuanya.
  4. Bentukkan menjadi bulat-bulat  dan perap selama 15 minit.
  5. Masukkan inti dan tutup dengan rapi .Biarkan sehingga  adunan menjadi 2 kali ganda saiznya.
  6. Paipkan Topping diatasnya.Bakar hingga masak.lebih kurang 20-15 minit dengan suhu 180 darjah celcius. ( Oven Cik Lyzz 200'c )

Closed up tekture roti.. nampak tak?? lembut tau... sbb yg ni fresh from oven.. topping dia garing..roti lembut. tp sayang sbb inti da hilang sbb melimpah keluar masa process baking. Huhu..
Water Roux:
25 gram tepung
125 ml air
Bancuh tepung dan air didalam periuk dan masak menggunakan api yang perlahan  hingga pekat.Sejukkan dulu baru digunakan.
* Note : Tekture water roux ni mcm nestum baby. Penting Water roux ni utk mendapatkan roti yg lembut.

Tips2 lain :
1. Jgn isi inti banyak2 sbb nnt bila bakar dia pecah dan melimpah.
2. Jgn put topping banyak2..( bajet kalau banyak lagi sedap sbb topping tu crunchy2 kan? ). padahnya, nnt roti boy da jadi bentuk dinasor, ada yg bentuk pokok, ada yg bentuk kura2.. penyu sume la. Hahaha...
So, advisable just letak atas permukaan roti tu dlm 3/4 j. Nnt dia melt cun2 meliputi keseluruhan roti. Jadi nampak la bentuk bulat tu.
3. Sila guna tepung yg betul. Wakaka..

selamat mencuba ya:)

2 comments:

Anonymous said...

May match lots of one's outfits with every one of these amazing styles. Saddle bags are worn across that this body and have a very western seem to them. Oakley's female collection made a great progress
way. "Information transparency was a high priority when we refurbished our HR web site. http://www.indiadealsonline.com/user.php?login=sadyemiln

Anonymous said...

All the well-known company is truly a really hit this required Cannes by way involved with tornado.
the precise significance is acquainted to basketball
game titles. One amongst these shops stationed on the vast is Nike Weather event.
Various types of Nike shoes should assist you to enjoy your
own personal sports activities. http://apuntes.kosasguapas.
com/index.php/Usuario:ZZQLoren