Thursday, September 11, 2014

Chocolate Cheese Tart


Tarrraaaaaaaaaaaaaaa... tempting tak tgk cheese tart Cik Lyzz??
Senang j tau nk buat..easy pessy j..

Sebenarnye idea nk buat ni bila tgk kat restoran Aaron Aziz Kids and Cream ada Nutella cheese tart.
Ramai yg kata marvelous sangat tart tu siap ramai yg tapau bawak balik lagi lepas cuba..

Cik Lyzz pon geram nengoknye.. try la google the recipe.. Tp xde stock nutella pulak kat rumah.
Ade choc masakan untuk buat kek.. ok boleh la. Project on.
Huhu..


Eh, apehal ada buah dragon ni plak kan...
Hehe.. sebenarnye saje nk info sikit.. Cik Lyzz ada baca kalau kita start our day by eating any fruits before breakfast, akan baikkan system penghadaman..boleh hilangkan kedut2, eyebag and awet muda, sbb senang body system nk absorb all the nutrition from the fruit itself kalau kita mkn buah buahan dulu before any meals.

Selama ni makan buah as dessert kan? apa kata lepas ni kita tukar sikit.. makan buah as a starter.
So far, untuk Cik Lyzz.. belom nampak apa2 lagi la. Masih lagi x awet muda.. x glowy kalau x pakai camera 360..masih lagi kena pakai eyeliner untuk cover eyebag.. haha..

Tapi one thing is.. Cik Lyzz dapat balik routine membuang like everyday.
Everyday mesti buang sekali. ok la kan.. tu j yg Cik Lyzz perasan buat masa ni.
Cik Lyzz dah amalkan like half month. InsyaAllah akan teruskan j la.

Dragon fruit and green apple for starter of the day

Yummm... kalau boring hari2 mkn buah, boleh j buat jus. 
 Allright, back to our main topic.. The Chocolate Cheese Tart recipe from Joyofbaking
Check it out
Bahan2 :

1 cawan tepung
sedikit tepung jagung
1/3 cawan icing sugar
a pinch of salt

1/2 cawan cold butter ( potong kecik2 )

Masukkan all in food processor.. then blend sampai jadi crumble.. ( Kalau xde food proccessor, boleh rub j butter dgn tepung sampai habis. )

Dah siap.. tekan2 adunan td ke dalam tart mould. Make sure tepung tu cover the whole tin evenly.
(Boleh guna belakang sudu untuk ratakan permukaan tepung )
Then, rest kan dlm fridge for about 20min supaya butter and tepung firm sikit untuk dapatkan crust yg rangup, Sementara tu boleh la pre heat oven 180-200'c. Bakar crust sampai masak for about 15-20min,

Bila dah masak, keluarkan crust dr oven, dan rest kan. ( sejukkan dia di redai )

Untuk Filling :

250g cream cheese
1 cup whipping cream
2biji telur
1/2 cup granulated sugar
Vanilla assence

Pukul cream cheese dgn gula sampai lembut. then masukkan telur, whip cream and vanila assence.
Pukul lagi sampai kembang and sebati.
Tuang adunan ke dalam crust td.. dan bakar lagi sampai cheese kekuningan and masak.

( Kalau nk buat Strawberry/blueberry or whatever flavor, boleh mix kan skali the puree dlm adunan cheese before baking. Or can also use fresh berry campak j atas cheese batter tu before bakar. Tips : kalau guna flavor buah2 seperti strawbery, blueberry, etc, please add lemon juice into the cheese batter and omit vanilla assence, It will make the cheese taste really good. )

Topping:

1/2 choclate bar
2 sudu besar serbuk koko
Susu pekat secukupnya
1 sudu butter

Cairkan chocolate bar dengan kaedah double boil.
Masukkan serbuk koko, susu pekat and butter.. kacau sebati sampai all the ingredient well incorporated.

Tuang choklat atas cheese tart tadi. Chill before serve.

Gamba ni just right after tuang the choc ganache... x sabar nk potong.. tp kena chill dulu kejap. Bagi dia set.
 Cheese tart ni sesuai untuk cheese lover macam kami la.. rasa shortbread nye yg rangup and masin2 sikit.. tambah pulak dgn rasa cheesy dari cream cheese kat tengah2 with topping dia choc ganache. Sila bayangkan... bila kita gigit..krupppp, rangup masin2, then ada rasa lemak manis chocolate blending together... hulaaaaaaaa......yebaaa yebaaaaaa...

Tak ingat daah nk diet ke ape... masa makan tu.. pejam mata sikit.. and nikmati lah setiap rasa yg ada dlm mulut tu.. hehehehe.... lebih2 pulak Cik Lyzz ni kan.

Penat cari tart mould... x jumpa. Last2 pakai j la baking tin untuk buat kek tu.. guna yg loosing pan, senang nnt nk keluarkan crust dia.

Eat me!!!




2 comments:

Anonymous said...

Salam, nak tanye kalau xde food processor boleh x gaul dlm mangkuk je.

Little Lizzy said...

Boleh dear.. just rub tepung n butter dlm mangkuk j k.