Thursday, October 22, 2009

Roman Picisan.. ( aku, dia dan hitam putih kehidupan )

Picisan...dr seorang aku,

Aku tidak takut untuk mencuba, tapi amat bimbang akan penolakan. Aku fikir, rejection mampu mengundang malu yang melampau walaupun dalam banyak perkara aku mampu untuk bermuka tebal.

Tapi aku kenal ramai mereka-mereka yang tidak takut akan kedua-duanya, berani mencuba bermakna berani juga menanggung risiko untuk gagal/ditolak. Kagum betol dgn mereka-mereka ini, tapi menjadi lebih kagum bila aku menjadi subject kepada penolakan tersebut.

Tanpa segan silu (lihat bagaimana aku dalam banyak perkara boleh bermuka tebal) aku mengaku pernah berada dalam kedua-dua situasi, menolak dan ditolak. Pada pengalaman aku, ditolak adalah pengalaman yang melukakan, namun menolak juga tak kurang merunsingkan. Lebih-lebih lagi bila kita CUBA untuk mencari alasan yang munasabah dan CUBA untuk menyampaikan dengan rasa yang terhormat. Okey okay...bagi pihak yg ditolak tidak perlu utk cari sebarang alasan ye melainkan alasan utk menyedapkan hati diri sendiri.

Aku pernah terbaca..yg dlm kehidupan kita ni hanya ada 2 pilihan. YES or NO. Samaada kita nk pergi kerja atau tidak, whether to stay or not to stay, samaada kita nak marah atau kita cari yg positif dalam setiap negatif. ( wahhh...mampu ke ). Yg penting semua tu pilihan kita. Pernah dengar satu quote ni.. "Jika x dpt apa yg kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat, dan bersyukurlah dgn apa yg kita ada"

Okey, tulisan kali ni not directly give an account about myself. Hehe...ok, maybe sikit lah ada kena sipi2 tu. Pening bukan? Hmm.xpe la, sbb aku adalah ordinary dan x perlu utk paham aku sepenuhnya. Sebenarnya aku berada dalam suasana melihat ramai orang membuat keputusan yang salah, aku rasa aku berhak untuk berhati-hati. Aku juga cukup matang untuk tidak menyalahkan sesiapa atau apa-apa sekiranya aku juga buat pilihan yg kurang tepat. Kadang2 kita juga perlukan kesilapan sebagai guide atau pengalaman. Xkan la, hidup ni selamanya dan selalunya cerah dan indah, bukan ke?

Aku mungkin akan kagum dengan mereka yang masih berani mencuba untuk kesekian kalinya. Namun mereka juga harus jadi seperti aku melihat penolakan sebagai risiko yang di ambil dengan kesediaan untuk menerima sebarang kemungkinan. Hahaha..( aku memang berkebolehan utk berfikir yg bukan2 sblm mencuba dan kadang2 kebolehan aku yg satu ni buat aku jd kalah sblm bertanding.. Hidden skill tu..aik, itu dipanggil skill jugak ke? ekeke..)

Orang kata pengalaman tu is the best teacher. Jadi aku selalu ambil pengalaman kawan2, rakan seopis, saudara mara jauh , saudara dekat, org sekeliling da sapa2 juge utk aku jadikan panduan. Mana2 yg elok tu aku serap, yet, mana yg x elok tu..mintak2 dijauhkan. Kadang2 kite x perasan bile kite tersakitkan hati org. Kadang2 kite tak tau, yg perangai kite selama ni menjelekkan org lain.Kadang2 kite ingat kite da buat yg terbaik dan ok..tp pd pendapat org lain,mende yg kite buat tu is nothing special and common.Tp, ape2 pon adalah menjadi pilihan kita on how to respond or react with those situation. For me, i always take it easy and become open to talk to the person relates of what u thinking and what u feel. Lagi senang...xyah penat2 buat assumption and last2 we realised that we have made the wrong assumption. At that time, situasi mungkin da jadi berubah and maybe boleh jadi worse, lebih2 lagi pd sesiapa yg suke pendam masalah sengsorang. Ye..betul juga. X semua keadaan tu allow us to b open and outspoken.

There is a case where we feel it is not right for us to argue or to reveal our expression and feeling.Ataupon kita berada dlm situasi where, the people that we deal of are the kinda person yg x boleh terima pendapat org lain, panas baran, atau orang yg kite perlu adopt opinion die to show our respect to them. And again, it is our choice and our call to respond to it. Sebagai contoh, kalau ada makcik2 yg melarang kite buat something2 sbb pantang larang tok nenek moyang, just accept it. Jgn la argue plk..sbb kebanyakan org2 tua ni, selalunya tidak open utk menerima sebarang argument, nnt boleh keruhkan r/ship. Accept x semestinya kita buat. You may just smile and keep silent.Kalau mende tu elok and x memudaratkan, ikut j lah. X rugi pon..mcm org kata jgn kuar rumah waktu maghrib..just dont do it but jgn la pulak percaya mende yg bebukan as nnt ada hantu la..apa la..

Aku tak sekeras mana. Jangan percaya dengan apa yang kau lihat, baca, dengar.

Tak sekuat mana, tak sebijak mana, tak semulus mana.

Aku tunjuk kekuatan dan benam kelemahan supaya aku tak lupa utk jadi hebat setiap hari. Tahu tak, kita perlu juga pura2 yg kita tabah dan kuat supaya org tak nampak kita lemah.

Biar orang nampak kite selalu tersenyum, sbb mana lah tau our smile can make someone smile and make their day.. ;D

Nota Little Lizzy : Kadang-kadang aku benci, benci pada kekuatan yang di buat-buat ini. hahaha apekah??

No comments: