Saturday, October 8, 2011

Custard Tea Cake

Salam Sabtu...

Arini Cik Lyzz nak tayang resepi Custard Tea Cupcake yg Cik Lyzz buat minggu lepas. Ahaha..
Ok dah lama...tp saja nak letak untuk rujukan masa depan. Hihi.

Kek ni, hasil dari sugesstion Kak Ngah ( Biras Cik Lyzz ). Masa pegi rumah dia aritu, dia rekomen Cik Lyzz try kek ni..Sedappp katanya. Kek ni memang sedap, lain dari yg lain, especially sbb dia campur tepung kastard and ada custard filling dalam dia. Yummm...

Tp kek ni kering sikit..dia x moist. Sape2 yg suka kan custard, boleh la cuba resepi ni.. Bak kata kawan kak ngah... senang nk buat. Sambil berkemban pon boleh jadi. Ahahaha... Awas, sape2 yg teringin nk buat kek ni sambil berkemban tu.. ;P

Asal nye Kek ni dari 1001 resepi tp Cik Lyzz try dari Diana punya resepi di sini. Sila lah lawat blog Diana ni...cantik2 masakan dia.



Bhn
²
125g / 1/2 cawan butter ( Versi Diana pula _ d cairkan )
1/3 cawan gula castor
1 biji telur
3/4 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan tepung kastard
1/2 tsp pewarna perang ( Nie Diana tambah yer )

Bhn² Kastard ( Diana buat 1 1/2 adunan )
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar gula kastor
2/3 cawan susu
15g butter
2 sudu teh vanilla

Cara² Untuk Kastard
  1. Larutkan tepung kastard dan gula ke dalam susu.. panaskan hingga mendidih dan pekat.
  2. Masukkan butter dan vanilla.
  3. Sejukkan.
Cara² Untuk Kek
  1. Pukul telur bersama gula sehingga kembang dan gebu.
  2. Masukkan tepung naik sendiri dan tepung kastard.. Gaul rata.
  3. Kemudian masukkan mentega yang telah d cairkan dan pukul sebati.
  4. Bubuh pewarna perang dan gaul rata.
  5. Ambil sedikit adunan dan masukkan ke dalam cawan kertas dan tuangkan sedikit adunan kastard dan bubuh lagi adunan kek sehingga 3/4 penuh.
  6. Bakar selama 15 - 20 minit atau sehingga masak ( bergantung pada saiz cawan kertas yang d gunakan ) d dalam oven yang telah d panaskan pada suhu 180°C.
Note: Doublekan kuantiti jika mahukan kek yang lebih besar...

Ok...selamat mencuba.

No comments: