Monday, October 3, 2011

Aneka Rendang : Rendang Udang, Daging Masak Hitam, Rendang Ayam Yummieyeah!

1. Rendang Udang



1.1 Bahan-bahan :
1 kilo udang segar/udang galah (DJ guna udang biasa jer)
1 helai daun kunyit (dihiris)
2 helai daun limau purut
air asam jawa
1 batang serai (diketuk)
1 sk serbuk jintan manis
1 sk serbuk lada hitam
1 sk serbuk kulit kayu manis
1-2 senduk cili kisar
kerisik
santan secukupnya
gula melaka
garam
bahan-bahan kisar :
7 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
4-5 biji cili padi - optional
1 inci lengkuas
Cara-cara :
1. Tumis bahan-bahan kisar, serai dan daun kunyit hingga wangi. Kemudian, masukkan cili kisar, jintan manis dan kulit kayu manis. Tumis lagi hingga pecah minyak.
2. Masukkan udang, sedikit santan, garam dan gula melaka. Kacau sebati hingga udang 1/2 masak.
3. Kemudian masukkan daun limau purut, air asam jawa dan lebihan santan. Kacau lagi tanpa henti.
4. Akhir sekali masukkan kerisik. Kacau hingga kering atau boleh juga masak berkuah.
5. Hidangkan setelah masak



1.2 Bahan-bahan ( 5-6 orang )
* 1 kilo udang harimau – bersihkan dan toskan-akak gunakan udang galah
* 1 senduk cili kisar
* 1 biji bawang besar *
* 4 ulas bawang putih *
* 2 hiris halia *
* 4 sb serbuk rempah kari
* 2 batang serai – dititik
* 2 lembar daun kari – dipetik-petik
* 1 cawan santan – drpd 1/2 biji kelapa
* 3 sudu penuh kerisik
* garam dan gula secukup rasa
* 1 keping asam gelugur atau sedikit air asam jawa
* minyak utk menumis
Cara-cara
1. Kisar bahan-nahan yg bertanda * dan campurkan cili kisar dan rempah kari. 2.Panaskan minyak dlm periuk dan tumiskan campuran bahan kisar, serai dan daun kari hingga wangi.
3. Masukkan santan,garam,gula,asam dan kerisik.
4. Gaul rata,tambah sedikit air dan masak mendidih.
5. Masukkan udang dan gaul rata dan masak hingga udang berubah warna.
6. Masukkan garam dan rasa dulu baru di matikan api dan siap utk disajikan.

2. RENDANG AYAM



2.1 Bahan-bahan
* ayam 1 ekor (sukati ler nk kampung atau bandar...arnab pun bleh)
* bawang besar 3 ulas *
* bawang putih 2 ulas *
* serai 3 batang *
* lengkuas 1 1/2 inci *
* kunyit 1 inci *
* cili kering kisar + cili padi sikit
* kerisik
* santan
* daun kunyit (hiris)
* bawang merah kecil- 3 ulas- dihiris halus
* sedikit minyak masak
*halia 1 inchi
Cara-cara
1. bersihkan ayam dahulu.
2. blender semua bahan yang bertanda * .
3. Tumis bawang merah yang dihiris kemudian mmasukkan cili kering kisar. Tumis sampai pecah minyak. Kemudian masukkan bahan2 yang diblender tadi. Masukkan juga ayam. Biarkan dia mendidih dan air ayam keluar. Lepas tu dah boleh masukkan kerisik dan santan.
4.masukkan daun kunyit hirisan tadi untuk naikkan bau.
5. Siap untuk di hidang bersama nasi himpit, lemang, ketupat.. nasi putih pun bedal

2.2 BAHAN-BAHAN :
1/2 kilo ayam
5 batang serai
kerisik
50 gram cili boh
2 helai daun kunyit
50 gram bawang besar ( dikisar )
50 gram bawang putih ( dikisar )
30 gram halia ( dikisar )
30 gram lengkuas ( dikisar )
1/2 liter santan
garam
gula


CARA MEMASAK :
1. Panaskan kuali. Pastikan api sederhana.
2. Masukkan bahan-bahan yang dikisar bersama-sama dengan serai, cili boh, daun kunyit dan santan
3. Kacau sehingga sebati. Pastikan api sederhana.
4. Bila santan sudah naik minyak, masukkan ayam.
5. Letakkan garam dan gula secukup rasa
6. Kacau perlahan-lahan sehingga kering untuk mengelakkan rendang melekat pada kuali
7. Sedia untuk dihidang


3. Daging Masak Hitam :




Bahan2
1 kg daging
Di Kisar halus
3 biji bawang besar
20 tangkai cili kering
Bahan di goreng tanpa minyak dan di kisar/tumbuk halus
20 sen Jintan Pedas
20 sen Biji rempah
* kita beli yg 50sen kat pasar malam dan ambik separuh sahaja.
Kerisik dari 1/2 biji kelapa ( kira-kira 6-7 sudu besar)
Segenggam gula merah ( kira-kira 5 sudu besar)
Kicap ( saya guna cap kipas udang ) secukup rasa..
Gaul semua bahan2 di atas di dalam satu bekas...kicap tu sehingga nampak
adunan semua berkicap le....
Bahan utk menumis
4 biji bawang merah ( dimayang)
2 biji bawang putih ( dimayang )
kulit kayu manis
bunga lawang
Cara2
1. Tumis bahan2 penumis hingga naik bau
2. bila dah naik bau tuangkan daging yg dah di gaul dgn bahan2 di atas
3. Masukkan sedikit air asam jawa
4. Masak sehingga kering...


No comments: