Saturday, June 16, 2012

Kuih Bakar Pandan

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan air pandan ( dr 6 helai daun pandan blend n tapis)
1 cawan santan (200ml)
1 cawan susu cair (sejat)
3 biji telur
2 sudu mentega dicairkan
Sedikit pewarna hijau
Sebagai hiasan- sedikit bijan jika suka

Cara-Cara

Masukkan semua bahan kedalam blender kecuali bijan
Blender hingga sebati
Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan bahan tadi kedalamnya.
Taburkan bijan (jika suka)
Bakar 40 minit pada suhu 180c/ hingga masak. 
Saya bakar lebih masa bergantung pada kepanasan oven masing2.

* Cik Lyzz bakar dlm cupcake pan jer. Dapat la comel2 mcm ni. Senang nk mkn... sekali ngappp jer.
* Boleh juge intai resepi ni kat blog Kak Wan kite.. Dpt idea buat dlm cupcake pan ni pon dr kak wan la.


Suke bau kuih ni masa tgh bakar tu.. harum semerbak bau pandan n bijan tu satu rumah. En.Suami tgh tido pon boleh tergaja n tanya.."yu masak ape ni syg?" hahaha..

Apam gula hangus


APAM GULA HANGUS

Amik dr dapur Kak Ita. Suke sgt kejadiannye.. gebuss.

Lg resepi simple.. buat pon kejap j da siap. ;)

1 cawan gula pasir 
1 cawan air 
Bahan yang di atas ini adalah untuk membuat gula hangus

2 biji telur
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin
2 sudu susu pekat
1 sudu teh soda bikarbonat.
1 1/2 cawan tepung gandum.

Cara2:
Masak gula dalam periuk hingga kuning keemasan. Kemudian tambahkan air. Berhati2 semasa menambah air. kacau rata hingga gula larut.  Kemudian sejukkan. 
Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin kisarkan anggaran 3 minit 
Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi. 
Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati. 
Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit jika mengunakan loyang besar.
Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik atau paper cup. Tapi masa mengukus dikurangkan kepada 15 - 20 minit sahaja.
Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya

POTATO GRATIN

Resepi simply dimply yet easy pessy.. sesuai utk sape2 yg xde idea nk masak.‎

2 1/2 biji kentang(size besar) slice n susun dlm bekas. 
Dlm periuk lain, add 1 cup whipcream,1 cup milk,1 clove garlic - minced, 
1/2 teaspoon salt,sikit black pepper n serbuk oregano, 
60g cream cheese. 
Heat dgn api sederhana sampai cheese cair. 
Then Tuangkan atas kentang td.Tabur lg serbuk oregano atas dia. kalau suka boleh jugak tabur skali mozzarella cheese. 
Bakar uncover 30min 180degree. 
then cover baking dish dgn alumnium foil n continue baking until set. 15-20min lg.



* Cik Lyzz selang2 kan dgn sosej antara susunan kentang tu. Utk cepat masak cik lyzz rebus sekejap kentang tu sblm susun dlm baking dish. boleh jimatkn masa membakar. Selamat mencuba ye.

Marbel Ceese Brownise

Yummilicious marbel cheese brownise.. terbaekk wok!

amik resepi dr FP rynn. So, sape2 nk mencuba next time sila selongkar dapur rynn ye. hihi ;)





MARBLE CHEESE BROWNIES

Bahan-bahan Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko ( Cik Lyzz add quarter cup of dark choc n kurangkan 1/4 cup choc biasa)
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

 * Cik Lyzz add chop walnut 1/2 cup

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.


Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.





*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.