Saturday, June 16, 2012

Apam gula hangus


APAM GULA HANGUS

Amik dr dapur Kak Ita. Suke sgt kejadiannye.. gebuss.

Lg resepi simple.. buat pon kejap j da siap. ;)

1 cawan gula pasir 
1 cawan air 
Bahan yang di atas ini adalah untuk membuat gula hangus

2 biji telur
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin
2 sudu susu pekat
1 sudu teh soda bikarbonat.
1 1/2 cawan tepung gandum.

Cara2:
Masak gula dalam periuk hingga kuning keemasan. Kemudian tambahkan air. Berhati2 semasa menambah air. kacau rata hingga gula larut.  Kemudian sejukkan. 
Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin kisarkan anggaran 3 minit 
Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi. 
Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati. 
Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit jika mengunakan loyang besar.
Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik atau paper cup. Tapi masa mengukus dikurangkan kepada 15 - 20 minit sahaja.
Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya

No comments: