Tuesday, April 1, 2014

Sotong sumbat berlada

~~SoTonG  sUmBAt BeRlaDA Cik LyzZ~~

Hollaaaa.... amacam?? Mengancam x sotong sumbat Cik Lyzz. BAIK PUNYA POSING.. tergolek terlentang sekor2.. huhuhu...
Maaf la kalau ada yg mengidam. Cian nnt baby teringin . Tp xpe..cik lyzz akan kongsikan resepinye. Mudah j. Promise!!


Bahan2: 
1kg sotong segar ( bersihkan dan perapkan sekejap dengan sos tiram n garam)

Bahan kisar:
2biji bawang besar
3 ulas bawang putih
sedikit ikan bilis

Bahan sumbat:
4biji telur
5biji cili padi (hiris halus)
Garam dan serbuk perasa
Capsicum (Optional)

Sos berlada:
3sudu cili boh
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
1 sudu kicap
garam dan gula
sedikit air
minyak utk menumis

Cara2:
Campur semua bahan sumbat. Kacau rata dan goreng telur mcm buat scrable egg. Sumbatkan telur dalam setiap sotong, tutup dengan kepala sotong dan cucuk dgn lidi supaya kemas dan inti tidak terkeluar.

Dalam kuali lain, tumis bahan kisar sampai naik bau. Kemudian masukkan cili boh dan tumis sampai cili masak. Then masukkan sedikit air( jgn banyak sgt air sbb sotong akan keluarkan air nnt), sos cili, sos tomato, kicap. Gaul sebati..dan perasakan garam dan gula.

Akhir sekali masukkan sotong yg telah disumbatkan td. Biar seketika dan gaul rata sampai sotong masak. 

Boleh hidangkan dgn bawang hiris dan daun ketumbar.

*kalau suka pedas, boleh tambahkan cili padi semasa menumis. ;)

Mudah kan? Good luck dr Cik Lyzz.. Xoxo 




1 comment:

Anonymous said...

Nyummmm...tq share