Monday, March 31, 2014

Sambal taun jawa style....


Salam sayang semua...

Weekend semalam Cik Lyzz balik kg tgk ayah and adik2. Kesian pulak cuti sekolah seminggu xde sape nk masakkan derang. Cik Lyzz masih ingat zaman Cik Lyzz sekolah dulu2... time cuti lah masa yg kami semua tunggu2... selain dari nak releasekan stress study..kat kg dpt la diversion sket..dpt tgk tv, dengar radio, buat suke hati, bangun lambat dan paling best dapat makan masakan Ummi.

Masa cuti ni la boleh requst macam2 kat Arwah Ummi.. dari breakfast, lunch, minum petang sampai la supper. Silap haribulan da set dah menu utk seminggu..sepanjang musim cuti tu. Wakaka.. ;P Ummi Cik Lyzz memang suka masak. You named it.. dan2 tu boleh siap. Setiap kali dia masak, jelas sekali wajah kepuasan bila anak2 suka dgn masakan dia.

Tp itu semua kenangan.. sebab arwah dah pon pergi menemui Pencipta buat selamanya. Semoga Ummi dicucuri rahmat, dan ditempatkan bersama2 kekasih Allah. Semoga Ummi tenang disana.. Alfatihah. Terima kasih Ya Allah.. pinjamkan Ummi kepada kami walaupun sementara. Miss you Ummi.. ;,(

Okey..xmo sedih2. Back to the topik. Masakan ni masakan terkenal org jawa. Sekali sekala ayah request utk mkn lauk ni. Sian jugak kat ayah sy yg comel. Moh kitew tgk resepi dulu:

Bahan2:

2 genggam kulit lembu yg sudah diproses. Boleh tukar dgn pedal ayam.
1kg kerang ( rebus dan ambil isinya)
1 biji Lengkuas hiris halus2
2 genggam cili padi kisar
1 genggam ikan bilis kisar
5 ulas bawang merah kisar
2 ulas bawang putih kisar
1 asam keping
2 cawan santan pekat
2 cawan air
garam dan gula
sedikit minyak untuk menumis

Cara2:

Rebus lengkuas dgn 2 cawan air sampai air rebusan berkurang jd satu cawan. Dlm kuali lain, tumis bahan kisar sampai naik bau. Campurkan bahan tumis dalam air rebusan lengkuas td. Masukkan santan pekat 1 cawan, garam, gula, dan asam keping.

Gaul sebati dan renehkan sekejap. Kemudian boleh la masukkan kulit lembu dan isi kerang. Kalau terlalu pekat, boleh tambahkan sedikit air.

Sebelum tutup api, taburkan cili api dgn tangkainya sekali. Petua dr makngah cik lyzz, letakkan sekali cili padi dgn tangkainya supaya kite x sakit perut bila makan pedas lauk ni.

Wallahualam.. sila la cuba. Pasti sedap tau sesekali tukar selera.





No comments: