Saturday, August 20, 2011

Almond Flakes




Lagi biskut raya yg Cik Lyzz cuba tahun ni. Almond Flakes. Dulu masa kat rumah Pak Usu kat Sg.Buluh, M.Usu rajin oder biskut ni dr opis dia. Sedappp.... berulang2 kali Cik Lyzz pegi dapur amik biskut ni. Hahaha..

Kali ni cuba try buat sendiri pulak.. tgk apa jadi.. ;P



Gambar atas ni baru keluar dar peti sejuk, ready untuk di slice.. Bismillah..

CHOCOLATE ALMOND COOKIES
Sumber: Chef Alex Goh

Bahan-bahannya

(A)
260 gram mentega
185 gula aising

(B)
1 biji telur
1/2 sudu teh pes kopi

(C)
400 gram tepung
1 sudu besar tepung susu
1/2 sudu teh baking powder
15 gram serbuk koko

(D)
180 gram kepingan badam

Cara-caranya
1. Pukul (A) sehingga kembang. Kemudian tambah (B) dan pukul sehingga sebati.
2. Campurkan (C) yang telah diayak dan kemudian masukkan (D). Gaul hingga rata.
3. Tekan doh kedalam dulang segiempat, berukuran 8 inci yang telah dialas dengan kertas kuih. Simpan dalam peti sejuk semalaman atau sehingga keras.
4. Keluarkan doh daripada peti sejuk dan potong menjadi kepingan 40mm. Potong menjadi kepingan nipis, berukuran 5mm tebal.
5. Susun atas loyang pembakar yang telah disapu mentega dan bakar pada suhu 170 darjah C selama 20 - 25 minit.

Nota: Kepingan badam boleh diganti dengan kacang lain seperti walnut, pecan, hazelnuts. Adunan biskut ini tidak perluk dipukul sehingga ringan cukup sekiranya bahan-bahan sebati dan rata.

Namun Cik Lyzz punya biskut ni tgk la sendiri rupa dia.. x sama besar kan? Hehe... Sbb alat2 kat rumah ni x berapa nk cukup. Pisau pon Ck Lyzz guna j pisau yg ada kat dapur tu. Tu pasal la bentuk rupa paras dia yg ado j...... adunan dia da sedap da.. rangup!! CUMA, Cik Lyzz ada derhaka sikit.. seperti biskut2 yg lain, Cik Lyzz memang kurangkan kandungan gula dia. Lupa pulak biskut ni xde celup2 coklat or tabur2 gula atas dia. Hehehe... jadi nya rasa dia x berapa manis. Tp Cik Lyzz suka! Sbb da crunchy munchy.. krup krap krup krap.. Ada rasa2 pahit chocolate, rasa kepingan badam, n manis2 buah.. nyumm..

Sape2 yg mmg pemanis, sila jangan makan biskut Cik Lyzz yg ini..Ahaks!

Boleh, cenggitu?? ;P

Eh2, ada pulak ayam percik Cik Lyzz nk interprem jugak. Ye la, sape2 yg buntu x tau nk masak ape menu berbuka boleh cuba resepi ayam percik ala kelantan ni. Sedap..

Kalau nk beli kat bazar tu pon bukan sedap sangat. Kadang2 tu ayam keras mcm semalam punya j. Not school betol!!


Resepi ni Cik Lyzz amik dari website kesayangan Cik Lyzz, myresepi.com. Ekekeke.. Apa2 j selalu Cik Lyzz refer kat situ j.

C&P dari myresepi

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1 sekor ayam yang dipotong 4
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • 2 biji bawang putih
  • 1 labu bwg besar
  • 2 cm halia
  • 2 batang serai
  • 1 camca kecil ketumbar
  • 1/2 camca kecil jintan putih
  • 1/2 cawan tepung beras
  • sedikit air asam jawa@asam keping
  • cili kering (optional... kalau nak kuah merah)
  • garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Blend bawang,halia,serai,ketumbar,jintan...pastu peraplah dlm 1/2 jam.
  2. masukkan ayam diperap bersama tepung beras yang digaul sekali ngan santan beserta bahan lain ke dlm periuk dan masak sehingga ayam agak2 3 suku masak dan kuah agak pekat.
  3. angkat ayam bersama sedikit kuah dan masukkan dlm loyang pembakar.
  4. bakar dlm oven dengan suhu 200 darjah dlm 1/2 jam atau agak keperangan.
  5. hidangkan ayam yang dicelup dengan kuah lebihan tadi...hiaslah ikut selera masing2
Selamat mencuba...