Saturday, August 20, 2011

Biskut Fancy Ice Cream


Assalamualaikum....

Lama da Cik Lyzz x bersiaran. Hihi.. Salam Ramadhan. Diam x diam da masuk hari ke 21 kita berpuasa. Mesti ramai yg tgh busy mengookis skang ni kan? Kookies...tu kookies jugak.. tp jgn lupa amik kesempatan malam terakhir ni untuk banyak kan ibadat. Semoga amalan kita diterima oleh Nya. Amin...

Cik Lyzz tgh demam teruk sekarang ni.. Jgn panik.. cuma demam oven baking membaking. ( mcm la pandai sangat kan.. ;P ) Sejak Cik Lyzz dapat oven baru aritu..kemain lagi Cik Lyzz

Sejak Waheyd ajak masuk dapur Kak Ita masa nk blajar buat macaroon aritu, terus Cik Lyzz suka dgn Kak Ita. Biskut2 dia cantik2 dan kemas j. Habis da Cik Lyzz selongkar dapur dia.. Hehehe.... Buat Kak Ita, mintak izin kongsi resepi kat blog saya ye. Untuk panduan n rujukan pd masa yg akan datang.

So, tema cookies Cik Lyzz tahun ni ialah biskut cantik Kak Ita kita. Sila la melawat blog dia ye, sure tergoda. Cik Lyzz sempat la cuba beberapa resepi. X menghampakan.. cuma nk buat kemas2 n cantik mcm Kak Ita tu..mau patah jugak pinggang Cik Lyzz ni.




Ok sebelum tu...untuk pengubat rindu.. Lama da tuan punya blog x interprem. Hahaha..Over tau! Sebenar nye ni Cik Lyzz nk kongsi gaya pakai selendang ala2 org timur tgh. Cik Lyzz rasa bentuk muka Cik Lyzz ni x sesuai pakai tudung gaya ni. Hihi...Tp Cik Lyzz suka sbb dia tetap kemas.

Nnt kalau ada kelapangan Cik Lyzz buat tutorial ek.

Ok, back to the topic.. asyik membebel j kan.. bila nk tunjuk resepi nya ntah.


Bahan2 Fancy Ice Cream ( C&P dr blog Kak Ita )
130gm butter
60gm gula icing
160gm tepung gandum
30gm tepung jagung
20gm tepung ubi
1/4 sudu teh baking powder
20gm serbuk badam
Sdkt vanilla essence
1 biji kuning telur utk sapu atas biskut
Topping coklat dan manik2/bunga sebagai hiasan


Pukul butter dan gula sehingga kembang.
Kemudian campurkan tepung-tepung yang telah diayak bersama baking powder dan juga serbuk badam. Gaul rata sehingga menjadi doh.
Canai doh dan kemudian gelek dan terap dengan acuan ais krim.
Atur diatas loyang pembakar. Sapukan telur diatas biskut dan bakar pada suhu 150 degree selama 25 minit atau sehingga ia masak
Setelah itu celup hujung biskut dengan coklat dan tabur manik berwarna diatas coklat tersebut.
Hias biskut ikut creativiti anda.

Jangan la compare kan biskut Cik Lyzz dgn biskut Kak Ita tu. Sy budak baru belajar.. And credit to DD sebab gigih tolong Cik Lyzz sprinkled those bids kat atas biskut tu. Walaupon mcm a bit messy tp sangattt sentimental value, you..

Ok selamat mencuba.



No comments: