As Salam dan selamat sejahtera u ols..
I was fall in love with these babies. Comel kan?
Selain comel, rasanya pon sedap.. yummy my tummy!! Haha...
Untuk sesiapa yg masih belom pernah cuba rasa pavlova ni, rasanya manis. Sesuai untuk sesiapa yg gemar makanan manis2. Luarannya crunchy, manakala didalamnya lembut macam kapas dan teksturnye macam marshmellow.
Closed up.. rangup diluar, dalam macam kapas. Nyummm.. |
Jadi, mostly orang akan serve pavlova ni dengan fresh fruit yg masam2 untuk balancekan rasa manis base dia tu. Ditambah pulak dengan whip cream, jadi combinasi lemak2 bercream serta masam manis tu buat pavlova ni sangat special.
Untuk pengetahuan, now ramai pulak kawan2 Cik Lyzz order baby pavlova ni dr Cik Lyzz. Dah jadi favourite and bestseller pulak. ;P Cik Lyzz buat suka2 j.. tp kalau ada org mintak tolong buat, Cik Lyzz buat la.
Knowing that, baking is my pasion and hobby.. now boleh jana sedikit income $$.. hehe x sangka ler pulop. Seronok bila orang pon seronok.
Kita seronok baking.. they seronok enjoying its. Haa..what a bliss kan.
Happy pulak bila kawan2 suka and give positive feedback to our baking. Selalu DD asyik merungut sbb Cik Lyzz asyik baking.. end up dia jugak yg kena perabih. Hehehe... pastu komplen dia da gumuk. Kui kui kui.. angin kawan tu.
Untuk Baby Pavlova ni, Cik Lyzz jual RM45 per box. Satu box ada dalam 24-25pcs of pavlova's.
Kalau mini pavlova tu RM10 j satu box. Setakat ni xde delivery jauh2. Lebih prefer orang pick up kat mrr2.
Ok, now kita cerita pasal resepi. Kot2 ada yg nk mencuba buat sendiri. Boleh la try guna resepi dibawah ni k.. InsyaAllah menjadi. Don't Worry!!
Untuk Pavlova:
4 biji telur gred A (bahagian putih sahaja biarkan ke suhu bilik)200gm gula castor
1/2 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil Cream of Tar tar
1/2 sudu besar tepung jagung
Cara2 : Make sure bowl kering... untuk membuat maringue, pastikan tiada sisa air, minyak sebagainya...
sebab nak buat meringue memang pantang bendasing... telur putih juga mesti takde sisa telur kuning. Masukkan putih telur dulu ke dalam bowl.... Putar putih telur sampai berbuih....
Bila dah berbuih2 sambil putar mixer masukkan gula dan cream of tar tar sedikit demi sedikit ....
(tips: jangan campur putih telur + gula terus dari awal... Putar dulu putih telur bila dah berbuih baru masuk gula okies kawan2). And then, Putar sehingga ia kental dan berkilat.
Masukkan esen vanilla
(Tips: esen vanilla akan buatkan pavlova kita tidak hanyir bau telur.... dan sedappp)
Then putar lagi.... Lepas tu stop kan mixer.... masukkan tepung jagung dan juga cuka.
(Tips: esen vanilla akan buatkan pavlova kita tidak hanyir bau telur.... dan sedappp)
Then putar lagi.... Lepas tu stop kan mixer.... masukkan tepung jagung dan juga cuka.
Masukkan adunan tadi ke dalam piping bag.... dan paipkan ikut bentuk kegemaran.
Panaskan Oven suhu 150 celsius...Bakar selama 60-75 minit sehingga disc bertukar kepada perang... It should be crust outside and marshmellow inside. ( tips : cuba try angkat pavlova tu. Kalau dia lekang dari baking sheet tu, means dah masak la. Pavlova ni sepatutnya x melekat di kertas pembakar. Kalau masik melekat, tambah kan lagi waktu pembakaran 10min. )
Untuk Krim:
240ml whipping creamBuah2 kesukaan..
(yg masam2 mcm strawberry, berries. peach
sebab nak bagi kontra rasa ngan pavlova yg dah sgt manis)
ok dah... tu je.
cara nk serve, letak whip cream di atas pavlova, then susun buah2 kegemaran. Enjoy...
P/s: Pavlova ni boleh simpan dalam bekas kedap udara up until 1 week tau. So boleh buat sesiap, nnt bila2 teringin nk makan baru bubuh whip cream n buah2. :D
Lastly... sila lah jamu mata dulu k.
No comments:
Post a Comment