Monday, December 8, 2014

Resepi Keria Labu

Salam u ols..

Ape kabar yunk? Harap2 semua sihat sejahtera disamping keluarga tercinta. Pada ibu2 mama2 atau mummy2 yg tengah pening nk pikir nk masak ape untuk cik abang dan anak2 untuk minum petang, leh try resepi ni. Arini Cik Lyzz nk share resepi kuih keria yg dibuat daripada labu.

Sape suka makan labu??
Makan lah labu sbb labu ni banyak khasiat nye tau.. selain sedap dimakan, baunye harum manis, rasa lemak2 manis, warna yg cantik menawan dan banyak serat dan kaya  khasiat. Haa... da macam pantun dua kerat plak. Ekekeke..


Gambar dari google.com. Hehehe..


Nabi kita Muhammad SAW pon suka makan labu.. Nabi SAW makan roti berkuah dengan daging dan buah labu. Beliau suka kepada buah labu dan mengatakan : "Bahawa labu itu pohon saudaraku Yunus AS".

Aishah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Hai Aishah apabila kau masak gulai,  maka perbanyakkan dalamnya buah labu kerana labu itu menguatkan hati yang duka".

So kalau kita makan labu ni, niat lah ikut sunnah. InsyaAllah, dapat pahala dan moga2 keberkatan tu membawa kebaikan untuk kita bila makan labu tu nnt. Ada jugak dengar orang tua2 kata labu ni angin dan sejuk. Ape2 pon, kita bersederhana lah k.. Don't eat too much.. practise moderate ye... ;p

Ok, antara khasiat buah labu ialah  ia mengandungi Vitamin A dan beta karotin yg baik untuk kulit dan mata, ia juga buah yg banyak serat yg dapat membantu sistem penghadaman,  antioksida dapat mengurangkan risiko penyakit, dapat menguatkan struktur tulang, melindungi fungsi jantung, dan ia juga baik untuk ibu yg hamil kerana ia banyak zat besi. ( sumber dari google )

Try la google lagi khasiat buah labu ni..banyak tau. selain rasa nya sedap, murah, easy to get, dan baik untuk kesihatan, Labu ni pon boleh buat pelbagai jenis masakan, jadi kalau beli labu separuh tu macam2 boleh buat. Suka!!



Pumpkin Porridge serve with fish sambal.. sedap dap dap...!!

Selalu dalam sebulan CIk Lyzz akan beli la labu kuning ni sekali dalam sebulan.. kadang2 dua bulan sekali. Beli separuh j sebab nk makan berdua harganya pon dalam RM2 sahaja. Cik lyzz personally mmg gemar makan labu.. Tp encik DD kurang gemar makan labu ni. Dia x suka bau labu tu katanya.

Salah satu masakan yg biasa Cik Lyzz buat dgn labu ialah, pengat labu as dessert, masak lemak labu letak udang sohon pucuk, porridge labu, labu bakar, sup labu makan dgn garlic bread dan yg terbaru Cik Lyzz cuba resepi keria tp tidak menggunakan keledek, but labu.
Haa..hamek kau. Sume bende aku nk guna labu.
Keria Labu Cik Lyzz

Ready to eat... ;) YUMMY MY TUMMY...


Rasanya sangat2 sedap.. yummy. Tak menyesal mencuba, rasanya lembut, lemak manis labu tu buat keria ni lebih istimewa.. Kalau org yg x suka bau labu mcm DD, surprisingly, bila kita buat keria guna labu, mcm xde bau labu pon. DD pon makan dgn jayanya serta banyaknye. In fact, dia yg makan lagi banyak dari Cik Lyzz. ;P

Cuma bila guna labu, susah sikit nak membentuk kuih keria tu sebab dia lembik. Jadi sape2 yg nk cuba jangan risau ye kalau adunan lembik. Dia mmg macam tu.. tp bila goreng ok la dia keras. Jangan lah pulak, u ols pi tambah tepung banyak2, nnt x sedap pulak kuih keria u ols. Kalau susah2 sgt, bentuk j bulat2 mcm kuih keria kat Cameron Highland tu, then salut gula mcm biasa. Siap Weeeeeeeee....

Ok, moh intai resepi keria labu:

1/4 labu lebih kurang 1kg
2 cawan tepung
sedikit garam
sedikit air
1/2cawan gula 
Minyak untuk menggoreng

Cara2 :


Potong kecil buah labu ( tanpa buang kulit mcm dlm gamba diatas. Ini gaya pemalas la ye), kukus sampai empuk. Setelah itu, sejukkan dan keluarkan isi labu dengan menggunakan sudu.
Mashed labu dengan sedikit garam dan masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul rata.
Bentukkan keria dan goreng sampai kekuningan ( golden brown ).

Untuk sira gula, masak gula dan air atas api, masak air gula sampai sedikit kental, kemudian gaul rata keria degan cepat. Make sure semua keria diselaputi gula. tutup api dan sedia untuk dihidang.

Sedap dimakan panas2 dengan air kopi sambil tengok bola. Perghhh..

Tak sedar habis sepinggan.

Hehehe..

Till then, selamat mencuba.

Bye.





No comments: