Saturday, July 24, 2010

Resepi donut gebu dan lembut





Bahan-bahan ( 18 biji - saiz besar )

* 1 paket yeast ( jenama Mauripan)
* 1 1/2 cawan air suam
* 1/2 cawan susu segar, pada suhu bilik ATAU dipanaskan sedikit
* 1 sudu Susu pekat
* 1 sudu kecil garam
* 1/3 cawan Margerin/shortening
* 4 cawan tepung gandum
* Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

1. Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.
2. Masukkan susu, gula, garam, shortening/margerin dan tepung.Gaulkan sebati hingga jadi berderai(jd ala-ala breadcrumbs.Masukkan bancuhan air dan yeast sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.
3. Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda. Bagi yg ada breadmaker, boleh sediakan doh dlm bread maker macam buat roti.
4. Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong 'donut' dengan donut cutter. Bagi yg takde dunut cutter (macam sy), bahagikan doh kepada 18 bahagian yg seimbang. Bulatkan doh, buat lobang ditengah-tengah degan jari.
5. Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
6. Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.
7. Toskan minyak. Salut degan icing semasa donut itu masih panas.

Ready to eat.. kalau suka boleh letak topping ikut kegemaran masing2.. Disebabkan your truely n en.suami tinggal berdua j..malas pulak nk deco donut tu. Haha.. Tgk la next time pulak. ;D

2 comments:

Anonymous said...

check balik resepi kamu. saya ikut...adunan jadi cair.tak boleh membentuk langsung. huhu...sedihnyer...

Anonymous said...

Saya kurangkan sukatan air suam dan gunakan Shortening.. Hasilnya alhamdulillah lembut & gebu. Thanks much pd yg share resipi.