~~~~~~~~~
Hehehe.. ni I nk share resepi simple2 bagi yg xde bnyk masa nk masak yg beria2.. Mudah, sedap and only takes less than 1/2 hour jer to make it. Wish u all happy trying..
Resepi Egg Tart dengan puff pastry.
Untuk Crust
300 gram tepung gandum
150 gram marjerin / mentega
1 biji telur (size L / size A)
3 camca besar gula
1 camca teh garam
Untuk Filling
2 biji telur (size M/B)
4 camca besar gula
1 camca teh esen vanila
2 cawan air suam
5 camca besar susu pekat manis
4 camca besar tepung kastard
Cara:
1. Adun semua bahan - bahan untuk crust hingga menjadi doh
2. Balut doh dengan platik pembalut dan simpan dalam peti sejuk selama 30 minit
3. Setelah cukup 30 minit,canai doh dan potong atau cetak mengikut kehendak anda
4. Terapkan pada muffin pan (sekiranya takde acuan tart yang metal tu)
5. Bakar dlm ketuhar selam 10 minit atau 15 minit atau sehingga kekuningan sedikit pada suhu 160 degree celcius
6. Bancuh kesemua bahan - bahan untuk filling dan tuang ke dalam crust tadi. 3/4 penuh
7. Bakar semula tart tadi sehingga fillingnyer betul - betul masak. (dalam anggaran 10 minit)
8. Biar sejuk dalam tin muffin selama 5-10 minit sebelum dikeluarkan.
Tips : Kalau x guna custard.. juz egg, milk, sugar n vanilla essence pon boleh.. try la, sedaapp!!
Resepi Speghetti Carbonara
Bahan2
Spaghetti 1/2 packet (5 org makan)
1 1/2 kotak kecil susu segar
2 sudu tepung gandum (dibancuh air)
2 sudu besar plain yogurt
Lada hitam serbuk kasar
1 kiub ayam1 sudu besar butter
2 sudu besar parmesan cheese (serbuk)
2 ketul bawang putih (dicincang)
Daging kisar (goreng dulu dgn sedikit minyak)
Cendawan butang (potong 2)
Mozarella cheese (jika ada)
Garam secukup rasa
Oregano/basil ( optional )
Cara:
1- Rebus spaghetti. Sudah masak, terus basuh dgn air sejuk. Asingkan
2- Dalam mangkuk, campur susu, tepung gandum, yogurt, lada hitam, parmesan cheese. Kacau sebati.
3- Panaskan kuali, masukkan butter. Tumis bawang putih + kiub ayam. Then masuk bahan Daging kisar/ cendawan/ udang/ayam or apa saje yg anda suka. Kacau lagi.
4- Masuk bancuhan susu tadi. Atas api perlahan, pukul bancuhan dgn pemukul telur. Kacau hingga pekat. Jika terlalu pekat, tambah air masak.
6- Siap. Hidang dgn spaghetti.
Tips : Nak sedap, tabur sedikit mozarella cheese, bakar dlm microwave (medium, 4 minit). Mozarella akan menjadikan hidangan lebih cheesy.Selain tu..boleh juga campur dgn oregano/basil dan juga vege like broccoli/carrot/peas untk rasa yg lebih umpphh!
Senang kan?? worth trying.. buat la experimen masak2 kat rumah.. So, boleh pastikan family tersayang dijamin dpt mkn makanan berkhasiat, bersih, jimat dan 100% halal. Tak gituew CikTemah?? kikiki..
Nota Little Lizzy : with refer to the topic "Kalau boleh buat..kenapa nak beli??" tapi.. kalau tak jadi..kita BELI!!!! hahaha...
p/s : Resepi asal...cik lettle lizzy me google and alter ikut citarasa diri sendiri. ;D
No comments:
Post a Comment