Monday, October 4, 2010

Wahai kamu kamu dan kamu..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*********~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Wahai yang empunya diri, sudahkah selesai mendirikan solat?”
“Sudah, Alhamdulillah.

Apakah kamu telah berniat dan mengangkat takbir ketika memulakan solatmu?”
“Ya.”

"Apakah ketika kamu memasang niat dan mengangkat takbir itu, kamu rasakan
itu mungkin solatmu yang terakhir, kerana mati boleh menjemputmu bila-bila
masa?”
“Tidak..”

“Adakah ketika lidahmu menyebut ‘Allahu akbar’, hatimu turut membesarkan
Allah?”
“Tidak..”

“Kalau begitu, kamu tidak benar-benar berniat dan mengangkat takbir.”
“….”

“Ketika lidahmu melafazkan doa iftitah, adakah kamu mengiyakannya bahawa
hidupmu dan matimu hanya untuk Allah yang Esa?”
“Tidak..”

“Ketika surah al-Fatihah kamu baca, adakah hatimu bersyukur kepada Allah,
Tuhan yang kamu sembah dan tempat meminta pertolongan, lantas kamu memohon
diberi petunjuk ke jalan yang diredahi-NYA dan dijauhkan dari jalan yang
sesat lagi dimurkai-NYA?”
“Tidak..”

“Kalau begitu, kamu sebenarnya tidak membaca apa-apa dalam solatmu.”
“…..”

“Adakah kamu telah menyempurnakan rukuk dan sujud serta menjaga
pergerakanmu agar tidak mendahului iman?”
“Ya.”

“Dan ketika rukuk dan sujud itu, adakah hatimu tunduk dengan penuh rasa
hina diri ke hadrat Allah dan benar-benar merasakan kebesaran-NYA dan kamu
merasakan Allah melihatmu dan menilai solat yang sedang kamu kerjakan?”
“Tidak..”

“Kalai begitu, kamu sebenarnya tidak rukuk dan sujud.”
“…”

“Dalam solatmu, adakah kamu berniat mendekatkan diri kepada Allah dengan
mengerjakan sesuatu amalan juga kebaikan yang paling utama?”
“Tidak..”

“Dan ketika kamu akhiri solatmu dengan ucapan salam, adakah hatimu berasa
takut kalau-kalau solat yang baru kamu kerjakan tidak diterima Allah lalu
amalan itu dilemparkan kembali ke mukamu, di samping menaruh harapan agar
Dia mahu menilai solatmu sebagai pengabadian darimu?”
“Tidak..”

“Kalau begitu, kamu sebenarnya tidak mendirikan solat keranaNYA dan tidak
pula mengingati dan mendekatkan dirimu dengan Allah melalui solatmu”.

Berhati-hatilah kerana Allah telah berfirman:
‘Neraka Wail bagi orang yang solat, yang mereka itu lalai dalam solatnya.’
(Al-Ma’un”: Ayat 4-5)


Astaghfirullahal azim…Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk memperbaiki
solatku dan menjadikannya wadah untuk tambah dekat dan hampir dengan-Mu..Peliharalah iman kami Ya Allah.. Amin..

Nota kuku kaki : Got this from Pak usu's email this morning, think that it is nice and good to share here with all of you. Hope you'll like it. Untuk renungan bersama, semoga kita sama2 dapat memperbaiki solat kita nnt ye. ;D ( Copy and paste from one of the junkmail )

No comments: