~~~~
Okey...last week masa cuti Hari Malaysia, me n En. Suami pergi melawat atok kat rumah pak ngah at Kedah. So, mak ngah masak ikan yg sangat lazat..terus I mintak resepi n beli rempah kari utara siap2 untuk bawak balik KL..
Smlm your truely mulakan google walk untuk cari resepi Kari Ikan Utara ni. Mak ngah da kasitau da...tp saje2 suke nk google jugak. So, confident sket bila da baca bnyk2 resepi. One of the resepi yg closed with mak ngah punya style tu..is here. I da copy n paste kat sini..supaya x lupa. Esok2 nk buat lagi senang.. carik j kat sini kan..
So, sape2 n try..boleh la.
KARI IKAN UTARA
Bahan2:-
1 ekor ikan jenahak/merah/bijik nangka dsb - potong kecil ( mak ngah guna ikan Nyuk2)
3 sdm rempah kari ikan - penuh bumbung
9 ulas bawang merah - hiris
5 ulas bawang putih - hiris
1 sdm halba campur
1 sdm cili mesin ( yg ni mak ngah x guna, sbb rempah tu da siap2 cili da )
1 kotak santan
1/2 cawan minyak atau lebih
3 tangkai daun kari - lurutkan
segumpal asam jawa - rendam dalam air ( Lebih kurang besar penumbuk )
2sdk garam ( garam pon x yah masukkan..rempah yg mak ngah belikan tu da siap boh garam )
1sdk perasa ikan bilis(optional)
Bahan tumbuk:-
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sdk jintan manis biji
1 sdk jintan putih biji
2 sdk lada hitam biji
Bahan sampingan:-
2 biji terung bulat ungu/putih - potong baji
6 batang bendi
2 biji tomato - potong 4
1 biji bawang besar - potong baji
3 biji cili hijau - belah tgh tapi jgn putus
Cara:-
1. Dalam periuk masukkan minyak dan biar panas.
2. Masukkan halba campur,goreng sekejap dan masukkan daun kari.Biar halba dan daun kari 'masak' sedikit baru dimasukkan bawang merah dan bawang putih.Biarkan sekejap di atas api.
3. Di dalam mangkuk..masukkan rempah kari bersama air panas.Kacau sehingga rempah tidak berbintil-bintil.Kemudian masukkan cili mesin ke dalam mangkuk tadi.Masukkan bahan tumbuk juga.kacau2 dan ketepikan.
4. Pastikan bawang ditumis sehingga garing [color dia mmg kuning nak garing betul]
5. Tuang bahan2 dalam mangkuk tadi ke dalam periuk.Kacau sekejap dan tudung dgn periuk.
6. Dalam pada itu boleh siapkan terung.Potong 4 terung.
7. Kacau rempah sehingga benar2 masak dan pecah minyak.Sampai mercik2 kat tanganlah!
[Lebih kurang mcm dok kacau dodol laa]Bukak tudung dan kacau lagik..tutup balik..pastu dalam 5 minit kacau lagik sampai benar2 masak.[part nie yg penting..rempah kena masak btoi2]
8. Masukkan terung dgn sedikit air.Bila terung dah empuk masukkan air asam dan santan.Ya ng nie kalau rasa pekat sgt kuah tu,boleh masukkan air.tapi jgn byk..tuang skett2 dulu..
9. Bila dah menggelegak,baru masukkan ikan,kacang bendi,bawang yg dipotong baji.Perasakan dgn garam dan perasa ikan bilis.
10. Bila ikan dah masak,tutup api dan masukkan buah tomato yang dipotong 4 dan cili hijau.
Taken from HERE
Selamat mencuba ye..!! ;D
.
1 comment:
assalam, salam perkenalan
saya masak kari smlm guna ur recipe and it turns good. alhamdulillah for nice food this ramadhan. THANKS.
Post a Comment