Friday, September 24, 2010

Tiramisu simple..

~~~~~~~~~~~~~~~~~

Last night I buat Tiramisu Cake. Saje j mengada teringin nak makan. So buat dlm bekas kecik2 bekas plastik tau fu fa tu 2 bekas, cawan kecik 1, then dlm bekas bulat besar sket 1. Buat dlm bekas kecik2 so senang nk makan, x payah nak potong2 da. Hehe..

==Bahan-bahan==

1 biji kek span coklat [saiz kecil]- jika menggunakan ladyfingers aturkan ke dalam mangkuk secukupnya.
250 gm keju krim [Philapeldephia]
250 gm fresh cream atau whipping cream ( i guna satu kotak kecil j.. 200g x silap )
1/2 cawan gula halus ( lebih kurang 100g )
1 cawan air nescafee ( bancuh dgn air panas )
serbuk koko

==Cara==
1. Kek span coklat dipotong nipis 3 lapisan ikut kesesuaian mangkuk u all.
2. Letakan kek dalam bekas kaca.
3. Tuangkan 1/3 bahagian air nescafee atas kek. Atau ambil sesudu air nescafe tu..sapukan atas kek td..ulang sampai rata.
4. Pukulkan keju, fresh /whipping crean dan gula sehingga gebu. Seeloknye pukul keju dan whipe cream berasigan..bila da gebu tu..baru satukan.
5. Tuangkan adunan keju serata kek.
6. Ulanglkan buat sehingga semua adunan habis.
7. Untuk lapisan keju yang akhir ayakkan serbuk koko diatasnya.
8. Sejukkan sejam atau lebih sebelum dihidangkan.

Senang kan?? Kalau malas mcm I, beli j la kek span tu..then susun. Kalau terlebih rajin or nk lg puas hati.. leh buat sdr kek span tu.

==Bahan-bahan : Kek Coklat Tanpa Telur (loyang 9 inci)==

2 cawan tepung gandum*
3/4 cawan serbuk koko*
2 sk serbuk penaik*
1 sk soda bikarbonat*
1/2 sk garam halus
1 1/2 cawan gula pasir / gula halus
3/4 cawan minyak masak sayuran / minyak jagung
1 1/2 cawan air kopi/nescafe panas
3/4 cawan susu perisa coklat
1 sk esen vanilla
2 sk cuka

==Cara-cara==

Sediakan loyang kek. Griskan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung. Panaskan oven pada suhu 170-180 C.
Di dalam mangkuk adunan, ayakkan bahan-bahan bertanda *. Masukkan garam. Ratakan.
Satukan gula, air kopi/nescafe panas, susu segar, dan esen vanilla ke dalam satu bekas dan bancuh hingga gula larut. Kemudian satukan dengan langkah no 2. Masukkan minyak masak/minyak jagung. Kacau mengikut arah pusingan jam.
Tapiskan adunan.
Masukkan cuka dan terus kacau serta merta selama 20 saat. (Gunakan spatula/senduk kayu)
Tuangkan cepat2 adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama 30-40 minit atau sehingga masak. (suhu bergantung pada jenis oven masing2).
Setelah masak, sejukkan kek terlebih dahulu.

Resepi kek ni taken from Teratak Dayang blogspot. I copy and paste j.


Kalau buat kek coklat ni..dia da bubuh nescafe in it..so, boleh omit air nescafe untuk sapu atas kek kalau x suka too much caffien. Its depand la ye.. Chio..selamat mencuba..!
.

No comments: